Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN WAKIL GRADUAN

Terima kasih tuan dan puan pengerusi majlis

Yang Berbahagia Prof. Emeritus Dato Dr. Abu Azam bin Md. Yassin, Ahli Majlis MARA,

Yang Berusaha Tuan Haji Mohamed Roseli bin Dol, Pengarah Bahagian Pendidikan

Tinggi MARA,

Ahli pengurusan MARA,

Ahli-ahli senat Bahagian Pendidikan Tinggi,

Ahli pengurusan KPM,

para pensyarah, dato-dato, datin-datin dif-dif jemputan, warga kerja MARA, para

ibubapa

dan teristimewa sekali kepada rakan graduan Kolej Profesional MARA tahun 2016 ini.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur

kerana memberi peluang kepada saya untuk mewakili rakan-rakan graduan

menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis konvokesyen kali ini. Sahabat graduan

sekalian, akhirnya kita berjaya menamatkan pengajian kita. Tahniah kepada semua!!.

Pengajian di KPM merupakan perjuangan yang mencabar demi mendapat segulung

diploma. Bermula dengan seawal jam 8 pg hingga ke jam 5 petang baru pulang ke

asrama dan rumah sewa masing-masing. Malam pula mengadap buku dan tugasan

1
untuk ujian dan quiz. Masih segar di fikiran saya bagaimana saya bersama rakan-rakan

HND saya tidak tidur malam bagi berbincang dan menyiapkan tugasan yang diberikan.

Paling kemuncaknya ketika mengendali Karnival Usahawan Seri Iskandar sehingga

tidak tidur selama 3 malam bagi memastikan program berjalan lancar.

Walaubagaimana sukar cabaran itu, kita tetap tempuhinya kerana kita percaya Allah

tidak akan membebani hambanya seperti dalam firman NYA :

Maksudnya : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan

kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya dan ia

mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.

(Surah Al Baqarah ayat 286)

Para hadirin sekalian,

Graduan KPM bukanlah graduan yang biasa-biasa sahaja. Sebahagian daripada kami

sedang berkhidmat dengan kerajaan, ada yang bekerja di sektor swasta bukan sahaja

di syarikat IKS malah ada yang berkhidmat dengan syarikat Multinasional. Sebahagian

juga telah membuka perniagaan sendiri dalam pelbagai bidang. Sebahagian yang lain

seperti saya, sedang melanjutkan pengajian sama ada di dalam atau luar negara.

Walaupun kini kami berada dalam dalam lapangan yang berbeza selepas tamat

pengajian, tetapi jika ada yang bertanya dulu belajar di mana? kami dengan

bangganya akan berkata Kami dari Kolej Profesional MARA.

Hadirin yang dihormati sekalian,

2
Pelbagai kemudahan yang disediakan oleh MARA sepanjang pengajian di KPM seperti

tempat pengajian yang baik, para pensyarah yang dedikasi dan ahli pengurusan KPM

yang komited. Malah pihak MARA juga memberi elaun sara hidup sepanjang kami

belajar di KPM.

jutaan terima kasih kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) kerana memberi peluang

kepada kami untuk memenuhi harapan dan cita-cita kami Dengan adanya MARA, nasib

kami terbela, harapan kami dipenuhi, masa depan kami menjadi jelas dan nyata serta

dapat bersaing dengan kaum-kaum yang lain.

MARA HARAPAN KAMI, MASA DEPAN KAMI. Terima kasih MARA, terima kasih MARA

Ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada para pensyarah yang komited dan

sentiasa bersabar dengan kerenah kami sepanjang pengajian di kolej. Mohon

kemaafan jika ada terkasar bahasa dan tingkah laku kami yang kurang menyenang hati

para pensyarah sekalian

Dan ucapan terima kasih yang tulus dari hati kami ditujukan khas kepada kedua ibu

bapa kami yang selama ini tidak pernah putus memberikan semangat dan mendoakan

kami sehingga ke hari ini. Saya sendiri tidak tahu bagaimana mahu membalas jasa ibu

saya, puan Hanita binti Ismail yang telah banyak bekorban dan beri dorongan yang

tidak terhingga. Kejayaan mendapatkan segulung diploma ini adalah hadiah untuk ibu

saya yang tersayang. Semoga dengan kejayaan hari ini, menjadi titik tolak untuk kita

meneruskan perjuangan ke tahap yang lebih tinggi dan seterusnya menjadi insan yang

cemerlang di dunia dan di akhirat.

Para Graduan sekalian marilah kita bersama sama menadahkan tangan dan

memohon doa kepada Allah swt. agar organisasi MARA dan Kolej Profesional MARA

3
terus terpelihara dan diberkati dan kedua ibu bapa kita sentiasa berada di bawah

rahmat Allah.

Rakan graduan sekalian

Saya ingin mengajak rakan-rakan graduan yang hadir pada hari ini, untuk bangun bagi

memberi hormat kepada MARA dan semua mereka yang terlibat dalam mendidik kita

sehingga mendapat kejayaan.

- Rakan graduan ayuh berdiri

- Pertama kita akan tunduk hormat tanda terima kasih kepada AHLI

PENGURUSAN MARA DAN PARA PENSYARAH KOLEJ PROFESIONAL

MARA.

- TUNDUK HORMAT.

- Seterusnya, sebagai tanda hormat dan kasih sayang yang amat mendalam,

rakan graduan diminta untuk pusing ke belakang, dari kanan mengadap PARA

IBU DAN AYAH TERCINTA

- TUNDUK HORMAT.

- Para graduan dipersilakan duduk.

4
Terima kasih

Akhir kata dari saya, walaupun apa-apa jalan kita pilih, dimana pun kita berada,

lakukankanlah kerana Allah, demi kemajuan bangsa bumiputra dan juga demi negara

Malaysia. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang

terlibat dalam menjayakan majlis konvokesyen ini bagi meraikan kami semua. Mohon

kemaafan jika ada terkasar bahasa sepanjang ucapan saya ini.

MARA HARAPAN KITA, MASA DEPAN KITA.

Sekian terima kasih.

Wabilahi taufit wal hidayah wassalammualaikum wth.

Anda mungkin juga menyukai