Anda di halaman 1dari 3

GERAKAN PERSATUAN WANITA

Felda Tun Ghafar,Bukit Senggeh,


77100,Asahan,
Melaka


Penerokawati,
Felda Tun Ghafar,Bukit Senggeh,
77100,Asahan,
Melaka. 11 Ogos 2014

Puan,

MAKLUMAN TENTANG PROGRAM KITAR SEMULA ANJURAN GERAKAN
PERSATUAN WANITA (GPW)

Sukacitanya perkara diatas adalah dirujuk

2. Untuk pengetahuan Puan,Gerakan Persatuan Wanita (GPW) menganjurkan
program kitar semula bagi mengumpul dana Gerakan Persatuan Wanita (GPW).
Sehubungan dengan itu pihak Gerakan Persatuan Wanita (GPW) mengharapkan agar
Puan dapat memberikan sumbangan berbentuk bahan kitar semula seperti
kertas,plastik,kaca tin keluli ,dan tin aluminium

3. Dengan sumbangan yang diberikan pihak kami dapat menjual bahan-bahan
tersebut dan hasil jualan akan dimasukkan ke dalam dana Gerakan Persatuan Wanita
(GPW). Dana yang telah dikumpulkan akan digunakan untuk program yang
melibatkan penerokawati Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh.

4. Oleh itu, kami merayu agar Puan dapat mengumpul dan meletakkan bahan
kitar semula di hadapan rumah supaya pihak kami dapat memungutnya dengan lebih
mudah pada ketetapan berikut

Hari : Rabu dan Jumaat (setiap minggu)
Masa : 7 malam

Keikhlasan Puan dalam menyumbang bahan kitar semula ini kami hargai sepenuhnya.

Sekian terima kasih.

Yang menjalankan tugas,


( )
Pengerusi GPW
Gerakan Persatuan Wanita



















































Program kitar semula Ini dijalankan dengan
usaha sama SMK Nyalas yang diwakili oleh
Tuah Troopers dan Gerakan Persatuan Wanita
Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh. Program ini
bertujuan untuk mengumpul dana GPW dengan
cara menjual bahan kitar semula yang
dusumbangkan oleh penerokawati di rancangan
ini.Penerokawati setiap rumah akan
mengumpulkan bahan kitar semula di rumah dan
diletakkan di luar rumah. Pada setiap hari rabu
dan jumaat lori akan memungut bahan tersebut
dan dikumpulkan di pusat kitar semula yang
bertempat di bangunan gerakan persatuan wanita
.sebelum bahan ini dijual.Pihak GPW akan
mengasingkan bahan kitar semula mengikut
jenis.Kemudian bahan tersebut akan dijual
kepada peraih bahan kitar semula. Hasil jualan
akan dimasukkan ke dalam dana GPW. Dana itu
pula akan digunakan untuk program-program
yang melibatkan penerokawati di Felda Bukit
Senggeh.












BIL

HARI

MASA
1.
RABU

7 MALAM
2.
JUMAAT

7 MALAM

Anda mungkin juga menyukai