Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PROGRAM JELAJAH
KARNIVAL NIAGA USAHAWAN
2020
BERSAMA PEMIMPIN & RAKYAT

APRIL 2020 - DISEMBER 2020

LOKASI :

SELURUH DAERAH NEGERI JOHOR


1. PENDAHULUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk menerangkan serta memaklumkan
mengenai pelaksanaan PROGRAM JELAJAH KARNIVAL NIAGA
BANGSA JOHOR 2020, BERSAMA PEMIMPIN DAN RAKYAT, adalah untuk

memberi peluang, khususnya kepada seluruh Rakyat Johor dalam


menceburi bidang keusahawanan bagi menjana pendapatan
sampingan sebagai peserta di karnival berkenaan kelak. Disamping itu,
GAPEMA turut membuka ruang kepada seluruh rakyat Johor, dalam
berbelanja secara bijak dengan membuat pilihan terhadap pelbagai
barangan /product berkualiti yang dijual dengan harga berpatutan
serta mampu milik disepanjang program berlangsung.

2. OBJEKTIF
Objektif program ini adalah berpandu atas konsep 3M sebagaimana
berikut :

2.1. Memberi peluang dan pendedahan hidup gaya kini sebagai

pengguna bijak yang mengambil peluang berbelanja pada


product yang berkualiti dengan harga yang berpatutan serta
mampu milik

2.2. Meningkatkan kesedaran masyarakat amnya para belia untuk


menjana pendapatan dengan menjadikan karnival yang di
anjurkan sebagai batu loncatan dalam usaha bersama
menggerakkan pembangunan ekonomi dan sosial
masyarakat setempat seiring dengan objektif yang disasar

2.3. Memupuk masyarakat yang berupaya Melahirkan generasi yang


mampu memiliki aktiviti perniagaan yang sihat selaku warga

Tangkak yang turut mengamalkan kongsep semangat “ 3B “


Berkemahiran, Berpretasi dan Berintigriti
3. ANJURAN :
PROGRAM JELAJAH KARNIVAL NIAGA BANGSA JOHOR 2020, BERSAMA

PEMIMPIN DAN RAKYAT ini , dianjurkan oleh GABUNGAN PERSATUAN

PENJAJA DAN PERNIAGA MELAYU NEGERI JOHOR (GAPEMA) dengan


kerjasama Maz Event Management Ent

4. JANGKA WAKTU DAN TEMPAT


~ April 2020 - Disember 2020
~ Seluruh Daerah Negeri Johor

5. KAEDAH PELAKSANAAN & KESAN

Pelbagai acara/aktiviti yang berkonsepkan Seminar keusahawanan


/Kerjaya/ Program Sembang Santai bersama Pemimpin/ Program
keagamaan & Kasidah / Mencungkil Bakat baru dalam bidang
kesenian nyayian @ Lakunan / Kelas Zumba & Pocho-pocho.
Pertandingan kebudayaan Johor seperti kompang serta Zapin dan tidak
ketinggalan juga pertunjukan Seni persilatan Melayu juga turut
dicadangkan bagi memeriahkan program jelajah kali ini. Pemilihan
acara yang dicadangkan ini amat bersesuaian dengan objektif untuk
mengumpulkan lebih ramai masyarakat khususnya para belia
berkumpul di satu lokasi khusus yang secara tidak langsung dapat
memberi menfaat dan menghindarkan mereka dari mengamalkan
budaya lepak yang tidak berfaedah.

6. PROGRAM PROMOSI
• Dalam usaha menarik masyarakat ke program ini flyer akan
dikeluarkan khusus kepada acara – acara yang berbentuk
pertandingan serta program-program yang berkaitan dengan
pengisian kerjaya usahawan
• Banner di lokasi pertandingan/ program juga akan dikeluarkan
oleh penganjur
• Hebahan dalam bentuk surat jemputan kepada Agensi
Kerajaan/Jabatan yang dikenal pasti akan turut dikeluarkan oleh
penganjur

7. PENUTUP
Diharapkan dengan pelbagai pendekatan dan input yang diberikan
disepanjang program jelajah ini turut dapat Mengukuhkan lagi Sektor
Pelancongan di seluruh daerah negeri Johor, disamping berkeupayaan
mencetus satu impak yang sangat bermakna kepada para peserta amnya
dalam menerapkan serta menyemai rasa bertanggungjawab, untuk merubah
kepada kehidupan yang lebih bermakna, Demi Kesejahteraan Hidup
Masyarakat ,yang lebih berwawasan dan disegani oleh masyarakat di
daerah-daerah negeri lain.

Lokasi Sasaran Program Jelajah Sepanjang Tahun 2020

Januari - Mac 2020 - Daerah Yong peng , Muar , Tangkak ( Telah Dilaksana)

April - Jun 2020 - Daerah Kluang , Pontian , Batu Pahat

Julai - September2020 -. Daerah Segamat , Mersing , Kota Tinggi

Oktober - Disember 2020 - Daerah Johor Bharu , Muar

***
DICADANGKAN SEBANYAK 150 UNIT CONOPY USAHAWAN AKAN
DITEMPATKAN DI PROGRAM JELAJAH KARNIVAL BERKENAAN KELAK.

” MENERAJUI USAHAWAN BERPRETASI , BERINTEGRITI DAN BERWAWASAN”

......................................................
(HJ.AB KAHAR BIN MASHURI)
Pengerusi GAPEMA
Negeri Johor

DISEDIAKAN OLEH : SETIAUSAHA GAPEMA NEGERI JOHOR

Anda mungkin juga menyukai