Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA

KURSUS CARA MEMBUAT ROTI, KEK & KUIHMUIH

TEMPAT :
BENGKEL KEK & ROTI / SEJUK BEKU
PUSPEN BUKIT CHABANG, PERLIS

TARIKH :
23 24 APRIL 2011
(SABTU & AHAD)

ANJURAN UNIT LATIHAN VOKASIONAL & RIADAH


PUSPEN BUKIT CHABANG, PERLIS
DENGAN KERJASAMA
KOPERASI BINA INSAN BUKIT CHABANG PERLIS
BERHAD

1.0

PENDAHULUAN

Kursus Cara Membuat Roti, Kek Dan Kuih-Muih adalah satu program yang
dirangka oleh Unit Latihan Vokasional Dan Riadah PUSPEN Bukit Chabang,
Perlis dengan kerjasama Koperasi Bina Insan Bukit Chabang Perlis Berhad
adalah bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada penghuni-penghuni
yang berminat dalam bidang ini di samping melaksanakan program untuk
penghuni. Ianya akan diadakan di Bengkel Kek & Roti / Sejuk Beku PUSPEN
Bukit Chabang, Perlis selama 2 hari bermula pada 23 sehingga 24 April
2011. Kursus ini juga dilaksanakan selaras dengan misi Cawangan Latihan
Vokasional Dan Riadah, Ibupejabat Agensi Antidadah Kebangsaan yang
mahu mewujudkan keseimbangan modal insan dari segi kemahiran
bekerja oleh penghuni.

2.0

MATLAMAT

Matlamat kursus ini adalah untuk member latihan serta kemahiran kepada
penghuni supaya mereka tidak hanya mengikuti program PUSPEN yang
sedia ada, tetapi menceburkan diri dalam bidang yang berlainan yang
mampu untuk menjana ekonomi mereka di kemudian hari Selain itu,
kursus ini juga bertujuan supaya penghuni dapat berdikari dan mencegah
risiko untuk ketagihan berulang apabila mereka bebas kelak.

3.0

OBJEKTIF
3.1Memberi latihan dan kemahiran kepada penghuni.
3.2Membentuk sikap bekerjasama di kalangan penghuni.
3.3Melatih penghuni untuk memupuk sikap suka bekerja.
3.4Memberi peluang kepada penghuni yang berminat untuk
menceburkan diri dalam bidang pengendalian makanan.
3.5Membuka minda penghuni supaya mereka asas kemahiran yang
mampu diaplikasikan oleh penghuni untuk menjana ekonomi
apabila mereka bebas kelak..
3.6Dapat mengurangkan serta mencegah risiko penagihan
berulang.

4.0

TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN


4.1Tarikh yang dirancang adalah pada 23 sehingga 24 April 2011,
iaitu pada hari Sabtu dan Ahad.
4.2Dilaksanakan selama 2 hari
4.3Masa kursus bermula yang dirancangkan adalah pada jam 8.30
pagi sehingga jam 5.00 petang.
4.4Tarikh ini juga tidak mengganggu aktiviti harian lain penghuni
kerana ianya adalah pada hari cuti hujung minggu.
4.5Tentatif program kursus adalah seperti di Lampiran 1.

5.0

TEMPAT
5.1Tempat yang dicadangkan adalah Bengkel Kek & Roti / Sejuk
Beku, PUSPEN
Bukit Chabang, Perlis.
5.2Dilengkapi dengan peralatan yang mencukupi untuk kursus yang
dijalankan.
5.3Ruang yang cukup besar untuk menampung sebilangan besar
penghuni.
5.4Perjalanan kursus dapat dipantau oleh petugas keselamatan
yang bertugas pada waktu berkenaan.
5.5Memudahkan penghuni untuk mengikuti aktiviti wajib iaitu
bersolat secara berjemaah di masjid.

6.0

KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

Jumlah peserta kursus


: 40 orang
Fasilitator
: 2 orang
Tenaga Pengajar
: 1 orang

7.0

JAWATANKUASA PERLAKSANAAN

Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha

: Pn. Sharifah Binti Basir


: En. Mohd Hazrin Bin Haji Abu Seman
: En. Yusmarizal Bin Haji Yusop

AJK
AJK
AJK
AJK
AJK
AJK

: Cik Norhayati Binti Zalaluddin


: Ustaz Muhyiddin
: Pn. Azune
: En. Rashid Bin Hussain
: En. Mohd Idris Bin Bakar
: En. Haji Abdul Samad

8.0

Makanan
Kerohanian
Sijil
Kebajikan
Pengangkutan
Rawatan

PERBELANJAAN

Berikut merupakan anggaran perbelanjaan yang diperlukan untuk


kursus ini :

BI
L

PERKARA

1.

Makan dan minum

2.

Sijil

3.

Lain-lain perbelanjaan

KUANTITI

40RM 10.00(2
hari)
40RM 5.00

JUMLAH
PERBELANJAAN

JUMLAH

RM 800.00
RM 200.00
RM 200.00

RM 1,
200.00

Sagu hati kepada tenaga pengajar akan disumbangkan oleh Koperasi


Bina Insan Bukit Chabang Perlis Berhad

9.0

PENUTUP

Diharapkan kursus yang dirancangkan ini dapat dilaksanakan dengan


lancar dan berkesan. Semoga ilmu yang dicurahkan kepada peserta dapat
dipraktikkan sepenuhnya apabila mereka menjalani kehidupan di luar
seterusnya dapat menjadi satu sumber pendapatan buat mereka.
Kerjasama daripada semua pihak untuk menjayakan kursus ini amat
dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Disediakan oleh :

Disahkan oleh :

-----------------------------WAN MASRI BIN ROSNI


BIN ELIAS
Pembantu Antidadah S 17
PUSPEN Bukit Chabang,
Chabang.
PERLIS.

--------------------------MAHADZIR
Komandan
PUSPEN
Bukit
PERLIS.

LAMPIRAN 1
Tentatif program
SABTU ( 23 APRIL 2011 )
08.15 pagi : Sesi Pendaftaran Masuk Peserta Kursus
08.30 pagi :
10.30 pagi : Minum Pagi
11.00 pagi :
01.00 petang

: Makan Tengahari & Solat Zohor

02.30 petang

05.30 petang

: Bersurai

AHAD ( 24 APRIL 2011 )

LAMPIRAN 2
SENARAI NAMA PESERTA KURSUS

BI
L

NAMA PESERTA

NO.
BADAN

NO. KAD
PENGENALAN

Anda mungkin juga menyukai