Anda di halaman 1dari 4

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

SMK HUTAN MELINTANG, PERAK.


___________________________________________________

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN


TASAWWUR ISLAM KALI PERTAMA
TAHUN 2023/2024

Tarikh : 30/03/2023
Masa : 1.00 petang
Tempat : Pusat Sumber , SHUMEL

KEHADIRAN :

TH. Sahrin bin Ramlan


PH. Siti Salwah bt Ahmad
Pn. Maizatul Akmam binti Mohammad Awi
En. Redhuan bin Embi
Pn. Rozilawati binti Abd Wahab

AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah.

1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru-guru Pendidikan Islam ke
Mesyuarat Panitia kali pertama sesi 2023/2024 dan mengalu-alukan kehadiran Pn. Maizatul
Akmam yang baru berpindah dari SMK Seri Perkasa menggantikan Ustazah Miftakhiah yang telah
bertukar ke SMK Seri Muara.

AGENDA 2 : MEMBACA DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Minit mesyuarat bil 3/2022/2023 dibaca dan disahkan.


Pencadang : Ustaz Ridhuan
Penyokong : Ustazah Siti Salwah

AGENDA 3 : PERKARA BERBANGKIT

3.1 Keceriaan Surau


– Berkenaan cadangan pemasangan Mihrab yang masih belum dilaksanakan, ustaz Ridhuan
mencadangkan supaya rak al-Quran yang terdapat di dalam Mihrab dikeluarkan bagi memudahkan
pelajar mengambil dan menyimpan al-Quran terutama sepanjang program Tadarus al-Quran
berlangsung.

3.2 Pelaksanaan program panitia, Program 5 dalam 1 ( Khemah Ibadat ) akan diteruskan. Dicadangan,
program tersebut akan diadakan pada Sabtu, 15 Julai 2023 bermula dari 9 pagi sehingga 10.00 malam.

AGENDA 4 : KETETAPAN KURIKULUM

4.1 Sukatan Pelajaran, DSKP dan RPT

4.1.1 Sukatan dan rancangan pelajaran tahunan hendaklah mengikut takwim sekolah.
4.1.2 Sukatan pelajaran bagi tingkatan 5 perlu diselesaikan pada November 2023. Bagi tingkatan 1
hingga 4 juga perlu dihabiskan sukatan pada November.
4.1.3 Sukatan dan Rancangan pelajaran hendaklah difailkan dan diletakkan di atas meja guru.

4.2 Persediaan eRPH

4.2.1 Guna CIDS


4.2.2 Refleksi perlu ditulis di akhir pdpc
4.2.3 eRPH patut disediakan sebelum pdpc
4.2.4 Penghantaran eRPH – mesti dihantar pada hari Jumaat atau hari terakhir setiap minggu.
4.2.5 Guru-guru yang meninggalkan sekolah kerana berkursus atau lain-lain perlu menyediakan
sebelum keluar. Guru juga perlu menyediakan bahan-bahan untuk guru relief.

4.3 Pengajaran dan Pembelajaran.

4.3.1 Agihan mengajar bagi setiap guru hendaklah sekata iaitu ada mengajar kelas depan, tengah dan
Belakang.

4.4 Pemantauan

4.4.1 Pemantauan akan dilaksanakan sebanyak 2 kali setahun.


4.4.2 Tugasan dan kerja-kerja murid perlu disemak.
4.4.3 Penilaian prestasi guru-guru akan mula dijalankan pada awal April hingga Jun.

4.5 Penilaian dan Peperiksaan

4.5.1 Ikut takwim sekolah.


4.5.2 Penilaian akan diadakan sebanyak 3 kali.
4.5.3 PBD dan Kerja Kursus perlu dilaksanakan tanpa gagal, terutama bagi pelajar-pelajar SPM.

4.6 Pemantapan Headcount

4.6.1 Panita perlu menyediakan headcount bagi setiap tingkatan.


4.6.2 TOV bagi tingkatan 1 adalah merujuk kepada Ujian Penilaian 1. TOV tingkatan 2 hingga tingkaan 4
merujuk kepada markah peperiksaan akhir tahun, manakala bagi tingkatan 5 merujuk kepada
markah pertengahan tahun sebelumnya.
4.6.3 Sasaran Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam SPM 2023

MATAPELAJARAN BIL. CALON % LAYAK SIJIL ETR CEMERLANG SPM 2023 ETR GPMP SPM 2023
PENDIDIKAN 78 100% 22 CALON ( 28.21 % ) 4.44
ISLAM
TASAWWUR 24 100% 6 CALON ( 25.0 % ) 4.00
ISLAM

4.7 Program Peningkatan Akademik

4.7.1 Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam


i. Latih Tubi Topikal/ Berfokus
ii. Pintas Jawi / Pintas Nota istilah
iii. Program Halus
iv. Cemerlang Hafazan
v. Cemerlang KBAT
vi. Sambutan Hari Kebesaran Islam
vii. Bacaan Yasin dan Solat Hajat
viii. Teknik Menjawab Soalan

4.8 Jadual Waktu Sesi Persekolahan 2023/2024

4.8.1 Ikut sesi persekolahan 42 minggu.


4.8.2 Sesi pembelajaran- 32 minggu. 10 minggu ditolak untuk peperiksaan

Makluman : Semua guru P. Islam

AGENDA 5 : HAL-HAL LAIN

5.1 Program 5 dalam 1 ( Khemah Ibadat ) melibatkan Pengurusan Jenazah, Pengurusan Haji,
Sembelihan, Qiamullai dan ceramah motivasi akan diadakan selama satu hari pada 15 Julai
2023 (Sabtu ) bermula jam 8 pagi hingga 10 malam.

5.2 Program Ihya’ Ramadhan


5.2.1 Iftar Jamaie – akan dilaksanakan pada 7 April 2023 dan akan melibatkan semua guru dan
kakitangan SHUMEL serta pelajar-pelajar asrama.
5.2.2 Majlis Penutup ihya’ Ramadhan akan diadakan pada 17 April ( Isnin) dan akan dimulai dengan
Majlis Khatam Al-Quran, Sumbangan Aidilfitri kepada asnaf dan diakhiri dengan agihan bubur
lambuk kepada gur-guru dan murid- murid Islam.

Tindakan : Semua guru Pendidikan Islam


AGENDA 6 : PENANGGUHAN MESYUARAT

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.45 petang.

Disediakan oleh;

Setiausaha,
Panitia Pendidikan Islam,
SMK Hutan Melintang.

Tarikh : 14 Aprili 2023

Anda mungkin juga menyukai