Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN LANAI

27650 KUALA LIPIS PAHANG

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI KETIGA 2023/2024

Tarikh : 05 Februari 2024


Hari : Isnin
Masa : 02.00 petang
Tempat : Bilik makmal komputer

KEHADIRAN :
1. En. Mohamad Kamal Bin Haji Johan (Tuan Guru Besar)
2. Pn. Norashikin Binti Mat Zin (GPK 1)
3. En. Shuhaizal Bin Manaf (GPK HEM)
4. En. Zahid Bin Razak (GPK KOKO)
5. En. Mohd Pahimi Bin Hassan (SU Kurikulum)
6. En. Mohd Nadzri Bin Ismail
7. En. Mohd Khalilullah Bin Zakaria
8. Pn. Yuhaidah BintiYusof
9. Cik Norazila Binti Azaman
10. Cik Nik Noradilla Binti Zakaria
11. En. Muhammad Elyas Bin Sulaiman
12. En. Hamidul Hannan Hasani Bin Mohd Nawi
13. Pn. Farah Fadilah Binti Ahmad Zaki
14. Cik Yati A/P Bah Mat
15. Pn. Fatin Farzana Binti Mohamad Musa
16. Cik Nor Madzidah Binti Mukhtar
AGENDA MENSYUARAT

1. Bacaan doa
2. Ucapan aluan Guru Besar
3. Perbentangan dan pengesahan minit mesyuarat
4. Perkara berbangkit
5. Perbentangan dialog prestasi
6. Perkara yang perlu diksanakan sebelum habis sesi
7. Hal-hal lain
8. Ucapan penangguhan

1.0 BACAAN DOA

1.1 Majlis dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab dan bacaan doa oleh
Ustaz Mohd Khalilullah Bin Zakaria

2.0 UCAPAN ALU-ALUAN TUAN GURU BESAR

2.1 Tuan Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada GPK 1, GPK
Hem dan ketua-ketua Panitia serta semua guru yang dapat hadir ke
mesyuarat pada kali ini.
2.2 Tuan Guru Besar memaklumkan berkaitan dengan dialog prestasi
subjek-subjek utama seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Matematik, Sains, Sejarah dan Pendidikan Islam. Di samping itu juga
semua guru perlu menghadirkan diri dalam dialog prestasi kerana ada
lagi guru yang tidak hadir. Ini penting bagi semua guru untuk
mengetahui dan mengambil maklum tentang perkembangan murid.
2.3 Harapan Tuan Guru Besar agar Ketua Panitia dapat melaksanakan
tugas dan persediaan dengan baik dalam sesi dialog prestasi nanti.
2.4 Penilaian guru terhadap murid perlu telus dan memberi penilaian yang
sepatutnya kepada murid memandangkan terdapat penilaian
khususnya dalam UASA dan juga PBD.
2.5 Harapan Tuan Guru Besar juga bagi mesyuarat akhir tahun nanti
semua guru dapat hadir kecuali ada kecemasan guru-guru perlu
maklum kepada pihak pentadbir.

Tindakan: Makluman

3.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT


3.1 Membentangkan minit mesyuarat lepas dan telah diterima serta
disahkan.

Cadangan : Cik Nik Noradilla binti Zakaria


Sokongan : En. Muhammad Elyas Bin Sulaiman

4.0 PERKARA BERBANGKIT


4.1 Pembetulan nombor di para 5.7

4.2 Pembetulan perkataan konstruk di para 14.1

Tindakan: Makluman

5.0 PEMBENTANGAN DIALOG PRESTASI BAGI SUBJEK UTAMA


5.1 Pembentangan oleh Ketua Panitia Bahasa Melayu Cikgu Nik Noradilla
berdasarkan rajah Ishikawa adalah seperti di Lampiran 1.

a. Pelaporan data terkini (saringan 3) Program BCK

b. Pelaporan data terkini (saringan 2) Program BEI BACAK

5.2 Pembentangan oleh wakil Ketua Panitia Matematik Cikgu Fatin


Farzana berdasarkan rajah Ishikawa adalah seperti di Lampiran 2.
a. Hasil dapatan dari UASA juga khususnya murid tahap 2. Mereka
tidak dapat menjawab dengan baik kerana soalan yang
diberikan adalah arasnya terlalu tinggi. Walaupun murid dapat
membaca tetapi masih lagi lemah dalam memahami kehendak
soalan memandangkan penggunaan ayat yang panjang.

5.3 Pembentangan oleh wakil Ketua Panitia Pendidikan Agama Islam


Ustazah Nor Madzidah berdasarkan rajah Ishikawa adalah seperti di
Lampiran 3.

a. Program yang tidak perlu di masukkan dalam program seperti


Kem hafazan ayat lazim (telah dilaksanakan dalam kelas) dan
Kem Ibadah.

b. Cadangan untuk melibatkan semua guru dalam program


Riadhul Quran bagi meningkatkan lagi pencapaian murid dan
tidak tetapkan masa untuk program tersebut.

c. Karnival Dakwah perlu buat di awal tahun

5.4 Pembentangan oleh Ketua Panitia Sejarah Cikgu Norazila berdasarkan


rajah Ishikawa adalah seperti di Lampiran 4.
a. Cadangan untuk kajian kes perlu dilaksanakan pada awal tahun
agar ianya sempat dilaksanakan.
b. Bagi tahap 2 murid perlu didedahkan dengan beberapa siri ujian
dalaman sebelum ujian UASA dilaksanakan bagi membiasakan
murid dengan soalan-soalan dalam bentuk peperiksaan seperti
ujian bulanan dan sebagainya.

5.5 Pembentangan oleh Ketua Panitia Sains Cikgu Mohd Nadzri


berdasarkan rajah Ishikawa adalah seperti di Lampiran 5.
a. Cadangan untuk program BEI BACAK bukan sahaja membaca
tetapi tambahbaik dalam penulisan iaitu menulis ayat mudah
atau ayat ringkas agar murid tidak kaku dan dapat menguasai
dalam penulisan.
5.6 Pembentangan oleh wakil Ketua Panitia Bahasa Inggeris Cikgu
Norashikin berdasarkan rajah Ishikawa adalah seperti di Lampiran 6.

a. Guru-guru digalakkan mengajar dengan menggunakan audio


visual sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi memberi lebih
kefahaman kepada murid. Dengan kaedah ini murid lagi mudah
untuk memahami apa yang cikgu ajar sama ada dalam kelas
atau makmal komputer.

b. Murid perlu menyiapkan satu projek bagi semua murid tahap 2.

c. Tahniah kepada semua Ketua Panitia yang telah berjaya


merancang, dan melaksana serta membentang dialog prestasi.

Tindakan: Makluman

6.0 PERKARA YANG PERLU DIKSANAKAN SEBELUM HABIS SESI

6.1 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Guru-guru mestilah


melengkapkan SKPM kerana masih terdapat 6 orang guru yang masih
belum selesai dan diharap ambil tindakan segera iaitu pencerapan
kendiri, pencerapan pertama dan pencerapan ketiga.

6.2 Pemulangan kertas ujian UASA dan juga buku latihan kepada murid
sebelum akhir sesi persekolahan.

6.3 Penghantaran RPH dalam fail utama (fail tebal) minggu akhir dengan
lengkap (dari bulan Mac – bulan Februari)

6.4 Penghantaran minit menyuarat setiap panitia mata pelajaran.

6.5 Mesyuarat akan datang Ketua Panitia tidak perlu bentang cuma yang
perlu dibentangkan adalah TS25, EMIS, BCK, BEI BACAK dan
pemulihan.
6.6 Program yang belum dilaksanakan

a. PLC Panitia – 2 kali setahun

b. Showcase KMR

c. Karnival seni

d. Minggu PSS

Tindakan: Makluman

7.0 HAL-HAL LAIN


7.1 Cadangan Ustaz Mohd Khalilullah supaya adakan televisyen di dalam
setiap kelas agar PdPc berjalan dengan baik dan menyeronokkan.

7.2 Pelaksanaan program Showcase KMR dan STEM akan dilaksanakan


seawal yang boleh sebelum karnival daerah laksanakan.

7.3 Jemputan jamuan makan asrama yang akan diadakan pada jam 2.00
petang esok.

7.4 Agihan tugas untuk gotong-royong (GORO) yang akan berlangsung


esok bersama ibu bapa/penjaga.

7.5 Berkaitan dengan APDM dan IDME iaitu mulai sesi depan untuk
kehadiran dan data murid tahun satu sahaja akan digunakan
sepenuhnya dalam IDME bukan lagi dalam APDM. Manakala tahun 2
hingga tahun 6 masih kekal dalam APDM.

7.6 PAJSK yang dah siap khususnya bagi tahun 6 boleh cetak dan satu
salinan di simpan dalam fail. Begitu juga kemaskini data murid bagi
tahun 4 dan juga tahun 5.

Tindakan: Makluman
8.0 UCAPAN PENANGGUHAN
8.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada
mesyuarat kali ketiga. Semoga apa yang dirancang akan berjalan
lancar dengan kerjasama semua guru. Kata-kata mutiara dari Imam Al-
Qurtubi iaitu untuk mendapatkan apa yang kamu cintai kamu
haruslah terlebih dahulu bersabar dengan apa yang kamu benci.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.10 petang dengan membaca
surah Al-Asr dan tasbih kifarah.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

___________________ ___________________
(MOHD PAHIMI BIN HASSAN) (PN. NORASHIKIN BT MAT ZIN)
Setiausaha Kurikulum Penolong Kanan Pentadbiran
SK Lanai SK Lanai

Disahkan oleh:

________________________
(EN. MOHAMAD KAMAL BIN HAJI JOHAN)
Guru Besar
SK Lanai

Anda mungkin juga menyukai