Anda di halaman 1dari 5

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM KALI PERTAMA

Tarikh : 8 JANUARI 2015

Masa : 9.00 am

Tempat : Bilik Tasmik 1


SK Pengkalan Tentera,
Kem Batu 10,
25150 Kuantan, Pahang.

KEHADIRAN : ( Seperti Dalam Lampiran 1 )

TIDAK HADIR BERSEBAB :

1. Puan Rogayah Binti Omar

2. Puan Maslizah Binti Md Yasin

3. Puan Nurul Anisah Binti Nordin

PENGERUSI MESYUARAT

Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Haji Ahmad Burhanuddin Bin Abdul Aziz, Ketua
Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera.

AGENDA :

1. UCAPAN ALUAN KETUA PANITIA

1.1 Ketua Panitia memulakan mesyuarat dengan mengalu-alukan kehadiran Guru


Penolong Kanan 1, Puan Hjh Nor Hazila Binti Razali dan semua GPI/jQAF ke
mesyuarat panitia kali pertama bagi tahun 2015. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan
Ummul Kitab.

2. UCAPAN PENTADBIR

2.1 Puan Hjh Nor Hazila Binti Razali menyampaikan amanat kepada semua Guru
Pendidikan Islam agar dapat menjalankan tugas dengan lebih dedikasi pada tahun ini.
3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

3.1 Minit mesyuarat bertarikh 6 November 2014 dicadangkan untuk disahkan oleh Tuan
Haji Shamsul Bin Che Ismail dan disokong oleh Puan Hjh Shakiroh Binti Ab Raman.

4. PERKARA BERBANGKIT

4.1 Pengerusi memaklumkan mengenai Inhouse Training KSSR Tahun 5 dan memberi
penerangan tentang cara melengkapkan Buku Rekod Mengajar dan juga 10 item yang
perlu ada bagi menulis rancangan harian rekod mengajar.

5. RANCANGAN PENGAJARAN

5.1 Pengerusi meminta supaya semua guru memuat turun rancangan pengajaran harian
dari laman web KSSR ONLINE.

5.2 Pengerusi menerangkan mengenai sukatan bagi Tahun 1-5 adalah KSSR dan bagi
Tahun 6 pula adalah KBSR.

6. PERANCANGAN AKTIVTI TAHUNAN PANITIA

6.1 Aktiviti yang telah dirancang dalam masa terdekat adalah Sambutan Maulidur Rasul
yang akan dijalankan pada 23 Januari 2015.

6.2 GPK 1 telah mencadangkan agar majlis sambutan dijalankan selepas perhimpunan
bagi sesi persekolahan pagi hingga sebelum waktu rehat.

6.3 Antara aktivti yang dijalankan ialah:

i. Tahun Satu : Pertandingan Mewarna (Ustzh Fatimah)

ii. Tahun Dua : Pertandingan Silang Kata (Ustzh Hazita)

iii. Tahun Tiga : Pertandingan Mencari Perkataan Tersembunyi (Ustzh Azlin)

iv. Tahun Empat : Pertandingan Kuiz Bertulis (Ustz Burhanuddin & Ustzh Faziah)

v. Tahun Lima : Pertandingan Tulisan Khat (Ustz Nasharulnizam & Ustz Asnawi)

vi. Tahun Enam : Pertandingan Kuiz Bertulis (Ustz Shamsul & Ustzh Huraizah)

Hadiah disediakan bagi para pemenang Tempat Pertama, Kedua, dan Ketiga.
6.4 Tentatif Program Sesi Pagi:

7.40 pagi - murid berkumpul di tapak perhimpunan sekolah

- bacaan Al- Mathurat

8.15 pagi - murid berkumpul di Dewan Bestari

- bacaan Asma Alhusna

- solat hajat

- ceramah Maulidur Rasul

- penyampaian hadiah

Tentatif Program Sesi Petang

-Tazkirah

-Penyampaian hadiah

7. STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA

7.1 Ketua Panitia menerangkan mengenai Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
sebagai rujukan kepada penilaian kualiti sekolah di Malaysia yang mengandungi 5
standard yang perlu dicapai.

7.2 Antara standard yang diberi penekanan adalah Standard 4 dan 5 iaitu Pembelajaran
dan Pengajaran serta Kemenjadian Murid.

7.3 Terdapat 12 aspek yang harus diberi perhatian bagi mencapai hasrat tersebut:

i. penglibatan murid dalam aktiviti PdP

ii. penguasaan pembelajaran dari segi kognitif, afektif dan psikomotor meningkat

iii. hasil kerja murid yang berkualiti

iv. perancangan dan persediaan yang rapi

v. kaedah penyampaian yang berkesan

vi. komunikasi yang mudah dan berkesan

vii. penggunaan sumber pendidikan yang berkesan

viii. penilaian yang berterusan

ix. kepelbagaian teknik menyoal


x. pnguasaan fakta dan konsep

xi. pengurusan kelas yang cekap

xii. pematuhan etika kerja dan amalan nilia positif

7.4 GPK 1 menerangkan cara penulisan impak di dalam buku rekod pengajaran
hendaklah secara objektif dan boleh dinilai secara kuantitatif.

8. HAL-HAL LAIN

8.1 GPK 1 memaklumkan garis panduan bagi menjalankan mesyuarat panitia.

8.2 GPK 1 turut mengedarkan contoh cara penulisan minit mesyuarat terkini.

8.3 GPK 1 memberi peringatan berkaitan dengan fail panitia yang perlu diletakkan di
bilik gerakan

8.4 Ustaz Nasharulnizam meminta GPI/jQAF supaya mengintegrasikan penggunaan ICT


dan multimedia di bilik komputer.

8.5 Ustaz Asnawi telah menerangkan tentang sistem PBS telah dijalankan secara offline
dan pengisian markah murid dalam SAPS adalah seperti biasa.

8.6 Ustazah Zakiah memohon kerjasama dari semua guru untuk melaksanakan program
tasmi secara berterusan.

9. PENUTUP

9.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir dalam
Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam dan berharap agar dapat melaksanakan segala
aktiviti yang telah dirancang dengan jayanya.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

PUAN FAZIAH BINTI IBRAHIM EN. MAZLAN BIN MAMAT


Setiausaha Guru Besar
Panitia Pendidikan Islam SK Pengkalan Tentera.
SK Pengkalan Tentera.

Anda mungkin juga menyukai