Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT JAWA

JALAN TEMENGGONG AHMAD


84150 PARIT JAWA,
MUAR, JOHOR.

KERTAS KERJA
TAHSIN IQRA SEJAVA’S
TAHUN 2023/2024
KERTAS KERJA
TAHSIN IQRA‘ SEJAVA’S 2023/2024

1. Pendahuluan

Program Tahsin Iqra‘ merupakan satu inisiatif yang dijalankan oleh Panitia
Pendidikan Islam SK Parit Jawa kepada murid-murid Tahun 6 yang mengikuti
program j-QAF yang masih belum membaca Al-Qur’an (di tahap Iqra' 1 hingga 6).
Aktiviti pemulihan ini dilaksanakan sebelum sesi PDPc bermula pada setiap hari
Isnin-Khamis oleh guru-guru pembimbing yang terdiri dari Guru Pendidikan Islam
dan Bahasa Arab dan juga murid-murid turus Al-Quran (Naqib dan Naqibah Junior
yang telah dilantik) secara bergilir-gilir.

Antara matlamat program ini ialah untuk memulihkan murid-murid program j-


QAF yang masih di tahap kemahiran Iqra' 1 hingga 3 supaya dapat mencapai
sekurang-kurangnya tahap bacaan Iqra' 4, seterusnya meneruskan bacaan
selanjutnya. Murid -murid yang berada di tahap kemahiran Iqra 4 hingga 6 pula
disasarkan untuk menamatkan bacaan Iqra‘ mereka dan dapat membaca Al-Quran
sekurang-kurangnya juzuk 1 apabila tamat persekolahan di sekolah rendah.

2. Objektif
2.1 Murid-murid yang masih berada di tahap bacaan Iqra' 1 dapat mencapai tahap
bacaan Iqra 2. Murid-murid yang masih berada di tahap bacaan Iqra' 2 dan 3 dapat
mencapai tahap bacaan Iqra' 4.

2.2 Murid-murid yang berada di tahap bacaan Iqra 4 hingga 6 dapat menamatkan
bacaan iqra’ dan membaca Al-Qur’an Juzuk 1 sekurang-kurangnya.

3. Kumpulan Sasaran

Murid Iqra’ 1-3 (Tahun 6) -Klinik Iqra


Murid Idra’ 4-6 (Tahun 6) -Pecutan Khatam Iqra’

4. Tenaga Pembimbing
Guru j-QAF dan Pendidikan Islam dan Naqib Naqibah Junior dari kalangan murid
yang dilantik secara bergilir-gilir

5. Strategi Pelaksanaan

5.1 Tempoh Pelaksanaan

Dicadangkan selama 15 minit sehari x 4 hari seminggu Setiap hari Isnin-Khamis


bermula jam 7.15-7.30 Pagi (di Surau/Kelas) dan dijalankan sebanyak 2 fasa iaitu
Fasa 1 (Jun-September) dan Fasa 2 (Oktober-Januari)
5.2 Jawatankuasa Pelaksana

Penasihat : Pn. Hanita binti Jamil (Guru Besar)


Pengerusi : En. Noorlhisham bin Sapuan (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : Pn Nor Azizah binti Husin (GPK HEM)
Naib Pengerusi 2 : Pn Nor Adura binti Paimin (GPK Ko-ku) :
Setiausaha : Pn. Rosnah binti Yunus (Ketua Panitia Pendidikan Islam)
Naib Setiausaha : Pn. Ruhaya binti Saleh (Penyelaras Data Tasmik)
Penyelaras : Pn. Noraini binti Sungip (Guru Pendidikan Islam Tahun 6)
Penolong Penyelaras : En. Tg Yaakob bin Tg Samsudin (Guru Pendidikan Islam Tahun 6)
AJK : Semua guru j-QAF dan GPI

5.3 Aliran Kerja

BIL PERKARA CATATAN


1 Pelantikan Pembimbing Program Tahsin Iqra’
2 Mesyuarat JK Pelaksana Program Tahsin Iqra’
3 Pemilihan Murid Program Tahsin Iqra’
4 Pelaksanaan Program Tahsin Iqra’
5 Penyediaan Rekod Program Tahsin Iqra’
6 Penyediaan Analisa Program Tahsin Iqra’
7 Penyediaan Pelaporan & Dokumentasi Program Tahsin Iqra’
8 Mesyuarat Post-Mortem Kaji Kekuatan dan Kelemahan Pasca
program untuk program berikutnya

5.4 Modul Pelaksanaan

Modul pelaksanaan Program Tahsin Iqra’

BUKU MUKASURAT BIL MS


BUKU IQRA' 1 3, 6, 9, 12, 15, 19, 21, 25 dan 30 09
BUKU IQRA' 2 1, 4, 5, 6, 8, 10, 14, 17, 21, 25 dan 30 11
BUKU IQRA' 3 1, 2, 3, 6 ,8, 10,14, 18, 19, 22, 25 dan 30 12

BUKU IQRA' 4 3, 5, 7, 9, 11, 14, 16, 18, 21, 25 dan 30 11


BUKU IQRA' 5 1, 3, 6, 7, 9, 10, 11, 12, 15, 18, 20, 22, 25, 28 dan 15
30
BUKU IQRA' 6 1, 6, 7, 11, 15, 19, 22, 23, 25, 27 10
JUMLAH

 5.5 Rekod dan Pelaporan

Pihak JK Program Tahsin Iqra’ perlu menggunakan borang rekod pencapaian Iqra’
yang disediakan untuk tujuan merekodkan bacaan murid. Semua rekod bacaan
hendaklah dikemaskini dan disimpan dalam fail khas Tahsin Iqra’ untuk tujuan
rujukan.

Analisa Pencapaian hendaklah diserahkan kepada Penyelaras Program Tahsin Iqra’


selepas tamat tempoh pelaksanaan dan sekiranya diperlukan. Penyelaras Program
Tahsin Iqra’ hendaklah menyediakan Laporan dan Analisa seperti yang kehendaki
oleh pihak sekolah untuk tujuan perekodan dan dokumentasi.

6. Penutup

Adalah menjadi harapan agar pelaksanaan Program Tahsin Iqra’ ini akan berjaya.
Dengan penglibatan semua guru tidak mustahil apa yang hendak dicapai akan
mampu dicapai. Bak kata pepatah “yang berat sama dipikul, yang ringan sama
dijinjing.”

Disediakan oleh,

…………………………….
(ROSNAH BINTI YUNUS)
Setiausaha Tahsin Iqra SEJAVA’S
Sekolah Kebangsaan Parit Jawa

Anda mungkin juga menyukai