Anda di halaman 1dari 6

SK CHERATING, KUANTAN, PAHANG

KERTAS KERJA
PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH
TAHUN 6 2022 SK CHERATING KUANTAN

PANATIA PENDIDIKAN ISLAM


SK CHERATING
1.0 PENDAHULUAN
Pengurusan Jenazah merupakan tuntutan fardhu kifayah terhadap setiap muslim kepada
muslim yang lain. Memahami konsep dan amali dalam menguruskan jenazah memerlukan ilmu
pengetahuan dan kemahiran tertentu. Kursus Pengurusan Jenazah ini merupakan program yang
dirancang oleh Panitia Pendidikan Agama Islam dengan kerjasama murid-murid tahun 6 bagi
memenuhi aktiviti –aktiviti program tahun 6 yang merupakan aktiviti wajib tahunan di SK
Cherating. Usaha ini juga diharapkan dapat membantu para pelajar memahami cara
pengurusan jenazah sebagai salah satu tanggungjawab sebagai muslim. Program ini juga
sebagai satu cara untuk menambah kefahaman dan panduan kearah melahirkan masyarakat
yang mendalami ilmu agama dan dapat melaksanakan tuntutan agama dalam kehidupan
mereka

2.0 MATLAMAT
Tujuan diadakan kursus Pengurusan Jenazah ini adalah sebagai salah satu alternatif yang
baik untuk mendedahkan para pelajar bagaimana pengurusan jenazah yang betul.

3.0 TARIKH / TEMPAT


Program Penguruan Jenazah Tahun 6 SK Cherating akan dilaksanakan seperti
butiran berikut :

Tarikh : 21 November 2022


Masa : 7.45 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Surau Asrama SK Cherating

4.0 SASARAN
Semua murid Tahun 6 SK Cherating.

5.0 OBJEKTIF
5.1 Mendedahkan kepada semua pelajar Tahun 6 tentang kepentingan mengetahui
cara pengurusan jenazah .
5.2 Memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam menjalani kehidupan seharian.
5.3 Mengamalkan dalam kehidupan bermasyarakat sebagai tuntutan fardhu Kifayah.

2
KPI (Indikator Output dan Outcome)

OUTPUT 100% murid Islam Tahun 6 SK Cherating mengambil


bahagian dalam aktiviti ini.
OUTCOME 100% murid Islam Tahun 6 dapat mengaplikasikan cara
pengurusan jenazah yang betul dan memenuhi tuntutan
fardhu Kifayah dalam kehidupan seharian

6.0 SUMBER KEWANGAN

BIL. PERKARA JUMLAH (RM) SUMBER


1. Hadiah Murid(kuiz ) RM220.00 Tambahan/B.Asing-
Kegiatan
2. Set Lengkap Penguruan Jenazah lelaki Pendidikan Islam
& perempuan(L &P) RM280.00 -spk1/2021

JUMLAH BESAR RM500.00

7.0 PERBELANJAAN

JUMLAH
BIL. PERKARA
(RM)
1. Hadiah Kuiz Pengurusan Jenazah 3 kelas tahun 6 220.00
Pertama - RM10 X 10 = RM100.00
Kedua - RM7 X 10 = RM 70.00
Ketiga - RM5 X 10 = RM 50.00
Jumlah = RM220.00
2. Set Lengkap pengurusan Jenazah Lelaki & 280.00
Perempuan
Rm140.00 x 2(L&P) = RM280.00

Jumlah = RM280.00

JUMLAH RM 500.00

3
8.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : En. Mohd Rudzuan bin Mohd Nor


Pengerusi : Pn Roslina binti Salleh (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi : En. Mohd Khairul Nizar bin Jamil (PK Ko-kurikulum)
Pn. Zainon binti Jufri (PK HEM)
Pn. Aziran binti Mat Nor (KP Pendidikan Islam)

Penyelaras : Pn. Suzana Binti Ahmad


Setiausaha : Pn. Syaima’ binti Abdul Halim @ Bakar
Bendahari : Pn. Wan Soleha Binti Wan Jaafar

AHLI JAWATANKUASA KECIL

Jurugambar : En. Suhaimi bin Ismail


: Pn.Fazilah binti Muda

Dokumentasi : Pn. Raziah Binti Wahab


: Pn. Norazura Binti Noordin

Siaranraya : En.Maktar Bin Mohamed


: En.Azlan Bin Daud

Hadiah/Cenderahati : Pn.Rozila Binti Abdul Rahman


: Pn.Nurul Izzati Binti Muhammad Nazir

4
TARIKH PERLAKSANAAN PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH TAHUN 6 2022 SK
CHERATING

21 November 2022 ( Isnin )

TENTATIF PROGRAM

07.45 pagi - Murid tahun 6 berkumpul di Surau Asrama

Bacaan Yassin Dan Tahlil

08.15 Pagi - Teori Pengurusan Jenazah

09.20 Pagi - Kuiz Pengurusan Jenazah

10.15Pagi - Murid Rehat

10.35 Pagi -Praktikal memandi dan mengkafankan jenazah

12.00 tengahari - Bersurai

Disediakan Oleh, Disemak oleh,

……………………………………………….. ………………………………………………………
( SUZANA BINTI AHMAD ) (AZIRAN BINTI MAT NOR)
Penyelaras Program Ketua Panitia Pendidikan Islam
Pengurusan Jenazah Tahun 6 SK Cherating,, Kuantan,
SK Cherating, Kuantan

Disahkan Oleh,

………………………………………………..
(MOHD RUDZUAN BIN MOHD NOR )
Guru Besar
5
SK Cherating, Kuantan

Anda mungkin juga menyukai