Anda di halaman 1dari 5

Teks Program Ceramah Kemerdekaan

Teks Moderator
Mekar mewangi bunga Cempaka,
Sayang harumnya memukau sudah,
Majlis bermula tirai dibuka, Zahirah
Dengan alunan madah yang indah..

Bismillahirrahmanirrahim
Selaut kasih seuntai rasa,

Yang Berbahagia ,
En Md Izzuddin bin Mohd Shah
Guru Besar SK Pasir Panjang,

Yang Dihormati,
Ustaz Nadzdzarul Amir Bin Mohyeddin
Penceramah Program kita pada petang ini

dan penonton yang dihormati sekalian..

Assalamualaikum dan selamat Sejahtera kami


ucapkan..

Petik Kenanga indah disemat,


Gubahan di olah bawa berangkat, Dania
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati program kita pada hari yang


penuh bermakna ini, marilah kita bersama-
sama kita menadah tangan mengaminkan
bacaan doa memohon keberkatan. Oleh itu,
majlis dengan ini mempersilakan Saudara
Muhammad Alif Zulfaqar Bin Ridzuan untuk
memimpin bacaan doa.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput


dan mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi Zahirah


penghargaan dan terima kasih kepada Saudara
Muhammad Alif Zulfaqar bin Ridzuan atas
bacaan doa itu tadi.

Semoga majlis kita pada hari ini, berjalan


dengan lancar dan dilimpahi berkat.

Sidang hadirin sekalian,

Adat berbahasa menyampaikan pesan,


Adat upacara menyampaikan ucapan,

Tanpa membuang masa, majlis diteruskan


lagi dengan menjemput dan mempersilakan 
En Md Izzuddin Bin Mohd Shah, Guru Besar
Sk Pasir Panjang ,untuk memberikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput


dan mempersilakan.

…ucapan….

Majlis merakamkan jutaan terima kasih


kepada Yang Berbahagia, En Md Izzuddin
Bin Mohd Shah atas ucapan alu-aluan
sebentar tadi.  Dania
Seterusnya, tanpa melengahkan masa lagi
ayuh kita ke acara utama iaitu ceramah
kemerdekaan yang akan disampaikan oleh
Ustaz Nadzdzarul Amir bin Mohyeddin.

Para penonton sekalian, Tajuk Ceramah


Kemerdekaan kita ialah Merdeka Dahulu, vs
Merdeka Sekarang.. Program ceramah petang
ini berkonsep soal jawab dimana kami selaku
moderator akan mengemukakan beberapa
soalan kepada ahli panel ataupun
penceramah..

Izinkan saya memperkenalkan secara ringkas


Penceramah kita hari ini..nama beliau ialah
Nadzdzarul Amir bin Mohyeddin, berumur 41
tahun dan mengajar di Sek Men Sains
Rembau.
Tanpa membuang masa saya mempersilakan
rakan saya saudari Zahirah untuk bertanyakan
soalan pertama kepada penceramah
kita..dipersilakan…

Terima kasih rakan saya yang comel yang Zahirah


juga selaku moderator pada program petang
ini..
Ok..soalan pertama..Ustaz, apa yang ustaz
faham bila kita bicarakan soal tajuk merdeka
dahulu, vs merdeka sekarang, ada persamaan
ke..atau ada perbezaan ke..silakan ustaz

Terima kasih atas pandangan dan jawapan ustaz


itu..
Dania
Ustaz..Tema hari kebangsaan tahun ini,
masih gunakan tema Malaysia Prihatin..
Adakah ustaz rasa tema ni dipilih
berdasarkan situasi sekarang ini..ialah..bila
Negara kita dilanda pandemic covid 19
ini..tidak putus-putus individu dan juga NGO
membantu golongan yang dalam kesusahan
tanpa mengira bangsa mahupun
agama..silakan ustaz

Terima Kasih untuk jawapan itu tadi..

Ustaz, Zaman dahulu, nenek moyang kita Zahirah


berperang menggunakan senjata, untuk
mencapai kemerdekaan, tapi zaman
sekarang, dengan menggunakan teknologi
sahaja, terutamanya media sosial, keamanan
boleh tergugat, bagaimana ustaz melihat
situasi ini, silakan…

Ok ustaz..Kalau kita lihat zaman sekarang


zaman teknologi..anak-anak muda seperti
Dania
kami ini memang tertarik dengan hiburan,
jadi semangat kemerdekaan dikalangan
orang muda ni kian pudar, boleh ustaz
kongsikan tips macam mana kita hendak
meningkatkan jati diri dan semangat
kemerdekaan dikalangan mereka ini..silakan..

Terima kasih ustaz untuk tips yang diberikan


itu..memang bermanfaat kepada kami dan
juga yang menonton sekarang ini..
Zahirah
Ok ustaz kita ke soalan seterusnya..Generasi
kami ini memang tidak pernah ada
pengalaman melalui zaman susah sebelum
merdeka..biasa tengok dalam filem
je..Pernahkah mak ayah atau nenek moyang
ustaz bercerita bagaimana pengalaman
kehidupan mereka hidup zaman penjajahan
dahulu…boleh kongsikan jika
ada..dipersilakan..

Ustaz.. orang kata zaman sekarang kita ni


bukan dijajah oleh penjajah, tapi dijajah oleh
Dania
virus covid 19.. selagi virus ini ada, bererti
kita belum merdeka..ustaz setuju ke dengan
penyataan ini? Dipersilakan ustaz…

Ok ustaz,,Kalau kita lihat, sebelum adanya


covid 19..hari kemerdekaan adalah salah satu
hari yang ditunggu – tunggu oleh semua
Zahirah
orang.. ada pertunjukan bunga api, ada
perarakan, nyanyian lagu patriotic dan
sebagainya..Tapi sekarang semua tu dah
tidak ada dan kemeriahannya telah hilang..
bagaimana ustaz melihat norma baharu itu
sekarang ini.. dipersilakan..

Ok ustaz, sebenarnya ada banyak lagi yang


ingin kami tanyakan , tapi faktor masa yang
Dania
mencemburui kita..sedar tidak sedar dah
habis soalan yang kami ingin tanyakan
OK..boleh ustaz rumuskan perbincangan kita
atau bagi nasihat atau pesanan kepada yang
sedang menonton sekarang ini..silakan.

Ok,,Maka dengan itu program kita hampir


sampai ke penghujungnya..Untuk itu,
Zahirah
dipersilakan Tuan Guru Besar untuk
memberikan ucapan ringkas sebagai ucapan
penutup..dipersilakan
Pesanan penaja,,link kehadiran dan e-sijil
akan diberikan selepas ini.. anda semua Dania
boleh scan qr code yang ada di paparan atau
link yang berada di chat.. Sebelum kami
mengundur diri dan mengakhiri program ini,
kami ingin memohon maaf sekiranya ada
melakukan kesalahan sepanjang
mengendalikan program ini. Semoga
program ini memberi manfaat kepada semua
yang menonton..Kami ingin mengucapkan
Selamat ,menyambut Hari kebangsaan yang
ke 64 kepada semua..Semoga Keamanan
negara kita berkekalan dan semoga negara
kita akan bebas daripada pandemic covid 19
ini..Sekian ..Assalamualaikum w.b.t..bye222.

Anda mungkin juga menyukai