Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

PROGRAM IHYA RAMADHAN 1445H / 2024


SK BATU 38

TARIKH :
12 MAC 2024 - 5 APRIL 2024

TEMPAT :
SK BATU 38, SABAK BERNAM

KELOLAAN :
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
DENGAN KERJASAMA
UNIT KEBAJIKAN (HAL EHWAL MURID)
SK BATU 38, SABAK BERNAM
KERTAS CADANGAN PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 1445H / 2024
SK BATU 38, SABAK BERNAM

Yang Berusaha Tuan Guru Besar

Program Ihya’ Ramadhan 1445H / 2024

______________________________________________________________________________

2. PENGENALAN / LATARBELAKANG PROGRAM

Semulia-mulia bulan di dalam kalender Islam adalah bulan Ramadhan. Padanya ibadah puasa
disyariatkan buat seluruh umat Islam. Dalam bulan ini Allah membuka pintu rahmatNya seluas-luasnya
melalui pelaksanaan pelbagai ibadah wajib mahupun sunat. Keistimewaan bulan ini seharusnya dirasakan
oleh semua golongan termasuk kanak-kanak meskipun mereka masih di usia muda.
Bertitik tolak dari perkara ini, Panitia Pendidikan Islam SK Batu 38 dengan kerjasama Kelab
Pencegahan Jenayah berhasrat menganjurkan Program Ihya’ Ramadhan 1445H. Program ini bertujuan
mengajak semua warga sekolah meraikan dan menghayati kebesaran bulan yang mulia ini. Adalah amat
diharapkan program ini dapat berjalan lancar dan memberi impak positif kepada perkembangan murid
dari aspek jasmani dan rohani serta mencapai objektif-objektif lain yang disasarkan.

3. OBJEKTIF PROGRAM

a) Mendidik murid menghayati kebesaran bulan Islam khususnya bulan Ramadhan.


b) Melatih murid dengan amalan-amalan sunat supaya dapat diamalkan dalam kehidupan seharian.
c) Melahirkan murid yang berpendirian teguh, sabar, bertanggungjawab dan beramal soleh sepanjang
masa.
d) Mencungkil bakat dan kreativiti murid melalui aktiviti seni dan kraftangan.
e) Menyediakan persekitaran yang Islamik kepada warga sekolah sepanjang bulan Ramadhan.

4. KUMPULAN SASAR

4.1 Semua murid Tahun 1 - 6, PPKI dan prasekolah, guru dan kakitangan sokongan SK Batu 38.
5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

HARI / TARIKH AKTIVITI

11/3/2024 1. Pelancaran Ihya’ Ramadhan


2. My Ramadhan Checklist
11/3/2024 – 5/4/2024 1. Tadarus Al-Quran Warga SK Batu 38
2. Tadarus Al-Quran (waktu PdPc)
3. Tazkirah Ramadhan
4. Tabung Ramadhan
5. Solat Dhuha (Tahap 2)
18 – 22/3/2024 1. Tanglung Ramadhan (Tahap 1)
2. Kuiz Ramadhan (Tahap 2)
3. Mewarna Poster Ramadhan (prasekolah)
25 – 29/3/2024 1. Sampul Duit Raya (Tahap 1)
2. Kad Raya (Tahap 2)
3/4/2024 1. Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadhan
2. Iftar Jamaie Bersama Anak Asnaf dan Fakir Miskin
5/4/2024 Majlis Khatam Al-Quran (Tahun 6 & PPKI)

6. JAWATANKUASA KERJA

6.1 Jawatankuasa Induk

Pengerusi : (Guru Besar)


Timb. Pengerusi : Pn. Rohaini binti Mustari (Pen. Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Aminah binti Basri (Pen. Kanan Ko-Kurikulum)
Naib Pengerusi 2 : En. Othman bin Suja’ (Pen. Kanan Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 3 : En. Firdaus bin Bakri @ Hashim (Pen. Kanan PPKI)
Penyelaras : Pn. Nurulhuda binti Adam
Setiausaha : Siti Seringaton binti Baok
Ahli Jawatankuasa : En. Muhamad Omar bin Zainuddin
En. Wan Mohd Khairi bin Wan Ibrahim
En. Wan Azizul bin Mohd Dahar
En. Muhammad Sulaiman bin Ishak
Pn. Sharifah Widyawati binti Syed Ibarhim
Pn. Nurul Yakin binti Supeni
Pn. Siti Mahanum binti Jayalani
Pn. Nor Laily Samsinar binti Ahmad Zawawi
Pn. Noraisah binti Hashim
Pn. Siti Hajjar Hasnaa binti Yahya
6.2 Jawatankuasa Pelaksana

6.2.1 My Ramadhan Checklist : Nurulhuda binti Adam


6.2.2 Tadarus Al-Quran Warga SK Batu 38 : Wan Azizul bin Mohd Dahar
6.2.3 Tazkirah Ramadhan : Nurulhuda bt. Adam
6.2.4 Tabung Ramadhan : Siti Seringaton binti Baok
6.2.5 Solat Dhuha : Muhammad Sulaiman bin Ishak
6.2.6 Mewarna Poster Ramadhan (prasekolah) : Siti Seringaton binti Baok
6.2.7 Tanglung Ramadhan (Tahap 1) : Siti Mahanum binti Jayalani
6.2.8 Kuiz Ramadhan (Tahap 2) : Nor Laily Samsinar binti Ahmad Zawawi
6.2.9 Sampul Duit Raya (Tahap 1) : Nurul Yakin binti Supeni
6.2.10 Kad Raya (Tahap 2) : Sharifah Widyawati binti Syed Ibrahim
6.2.11 Iftar Jamaie : Wan Mohd Khairi bin Wan Ibrahim
6.2.12 Majlis Khatam Al-Quran : Muhamad Omar bin Jayalani

7. IMPLIKASI KEWANGAN

7.1 SUMBER KEWANGAN

BIL PERKARA JUMLAH (RM)

1 BBTP – Kegiatan Pendidikan Islam 600.00

2 BKK 320.00
JUMLAH 920.00

7.2 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL BUTIRAN JUMLAH ( RM )

1 Hadiah Kuiz Ramadan Tahap 2 (Set Alat Tulis A) RM4 x 30 orang 120.00

Hadiah Pertandingan Kad Raya Tahap 2 (Set Alat


2 RM 4 x 30 orang 120.00
Tulis B)

Hadiah Pertandingan Tanglung Ramadhan


3 RM 4 X 30 orang 120.00
Tahap 1 (Set Alat Tulis B)

Hadiah Pertandingan Sampul Duit Raya


4 RM 4 X 30 orang 120.00
Tahap 1 (Set Alat Tulis A)

Hadiah Pertandingan Mewarna Poster Ramadhan


5 RM4 x 10 orang 40.00
Prasekolah (Set Alat Tulis A)

JUMLAH KESELURUHAN 920.00


8. ULASAN JPN/PPD

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

9. PENUTUP

Diharapkan program ini dapat memberi kesan yang mendalam kepada murid-murid dalam menghayati dan
menghargai kehadiran bulan Ramadhan yang mulia dengan mengamal dan melaksanakan segala amalan
yang wajib dengan sempurna. Disusuli dengan amalan sunat yang jika dilaksanakan dengan ikhlas dapat
mendekatkan diri kepada Allah seterusnya mencari keredhaanNya di dunia dan di akhirat, in sya Allah.

Disediakan Oleh : Disemak oleh :

…………………………………………………………………… ……………………………………………………………………

(Nurulhuda binti Adam) (Rohaini binti Mustari)


Jawatan : Penyelaras Program Ihya’ Jawatan : Penolong Kanan Pentadbiran
Ramadhan Nama Sekolah : SK Batu 38
Nama Sekolah : SK Batu 38 Tarikh : 7 Mac 2024
Tarikh : 7 Mac 2024
KERTAS CADANGAN PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 1445H / 2024M

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Program Ihya’ Ramadhan 1445H / 2024M

atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Program Ihya’ Ramadhan 1445H / 2024M

Ulasan:

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………….
(ROHAINI BT. MUSTARI)
PEN. KANAN PENTADBIRAN
b.p Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Batu 38
Sabak Bernam, Selangor
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai