Anda di halaman 1dari 7

KERTAS CADANGAN

SUKANEKA PRASEKOLAH
SK DANAU PERDANA
2022

TARIKH :23 JULAI 2022 (SABTU)

TEMPAT :PADANG SEKOLAH SMK DESA PERDANA


1.0 PENGENALAN/ LATARBELAKANG

Permainan sukan adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh kebiasaannya kanak-kanak untuk
bermain, berseronok dan mengisi masa lapang. Permainan sukan mempunyai peranan yang
penting dalam pendidikan fizikal bagi murid-murid prasekolah. Walaupun objektif jangka pendek
adalah menghiburkan para peserta, permainan sukaneka banyak memberi sumbangan yang baik
terhadap perkembangan para peserta. Selain itu, sukan juga dapat memberikan pengalaman dan
pengetahuan kepada penganjur dalam pengelolaan sesuatu pertandingan seperti ini.Program ini
adalah program yang dijalankan setiap tahun bagi melihat potensi bagi setiap murid dalam
perkembangan fizikal murid.

2.0 RASIONAL/OBJEKTIF

2.1 Memupuk semangat kerjasama, persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan peserta.
2.2 Membentuk sikap dan amalan positif di kalangan peserta dengan menunjukkan disiplin yang
tinggi
2.3 menjadikan kanak-kanak aktif dan seronok menjalankan aktiviti yang menarik dan produktif.
2.4 Merapatkan hubungan antara guru, ibu bapa dan murid dengan pelaksanaan aktiviti
bersama serta tidak mengabaikan S.O.P. yang telah digaris panduan.

3.0 Tarikh / Tempat / Masa

Sukaneka Prasekolah 2022 kali ini akan diadakan pada :


Tarikh : 23 Julai 2022
Hari : Sabtu
Masa : 8:00 pagi – 12:00 tengah hari
Tempat : Padang Sekolah SMK Desa Perdana

4 .0 KUMPULAN SASARAN

Senarai nama murid Prasekolah sessi 2022/2023 seperti di lampiran.


5.0 BUTIRAN PERLAKSANAAN PROGRAM

TENTATIF PROGRAM

(23 JULAI 2022)

8.00 pagi : Sarapan pagi


9.00 pagi : Murid berkumpul di foyer Prasekolah untuk ke padang
9.00 pagi : Ketibaan tetamu
10.00 pagi : - Acara sukan
- Larian 30meter
- Larian 50meter
- Perbarisan (Pakaian Seragam)
11.30 pagi : Penyampaian Hadiah bagi pemenang acaran larian dan pakaian seragam
12.00 tengah hari : Majlis bersurai

6.0 JAWATANKUASA PERLAKSANA

Penasihat : En Mohd Rizuwan Bin Toharuddin

Pengerusi : En Shafarullah Bin Abdul Jalil

Naib Pengerusi I : Puan Rosinah Bt. Mohd Nor

Naib Pengerusi Ii : Puan Norhafizah Bt Hamidi

Penyelaras Program : Tiong Mang Ching

Setiausaha : Pn Norfarishah Binti Razali

Naib Setiausaha : Puan Siti Nooraida Binti Sani

Bendahari : En Mohd Annaafi Bin Samsuri

Dokumentasi / Pelaporan : Pn Norfarishah Binti Razali


Puan Siti Nooraida Binti Sani

Juru Foto : Puan Nur Amalina Binti Zawahir


7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Kumpulan Wang Kerajaan

7.1 Bantuan Makan Prasekolah


7.2 Bantuan Kokurikulum

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH SUMBER


KEWANGAN
1. .

Hamper Pemenang
 Tempat Pertama RM 20.00 x 4 RM 80.00
 Tempat Kedua RM 15.00 x 4 RM 60.00 Kokurikulum
 Tempat Ketiga RM 10.00 X 4 RM 40.00
 Hamper Saguhati RM 5.00 x 35 RM 175.00

2.
Medal Sukaneka 1 SKDP RM 5.00 x 47 RM 235.00
Kokurikulum
Medal Sukaneka 2 SKDP RM 5.00 x 47 RM 235.00

3.
Medal Acara Jemputan
4 X 50 M Lelaki RM 5.00 x 16 Kokurikulum
4 x 50 M Perempuan RM 5.00 x 16 RM 160.00

4.
Pakej Kudapan
- Nasi Ayam RM 6.00 x 47 RM 282.00 Makanan
- Air Kotak

RM 1267.00
JUMLAH KESELURUHAN
8.0 CATATAN DAN ULASAN

……………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………

9.0 PENUTUP

Melalui aktiviti yang dijalankan , pihak sekolah khususnya Prasekolah SK Danau Perdana berharap
murid-murid prasekolah akan mendapat faedah yang berguna khususnya dalam meningkatkan lagi
tahap keyakinan diri dan semangat untuk bergaul dan bersosialisasi dengan masyarakat luar.
Aktiviti yang dirancang ini juga dapat memberi peluang kepada murid-murid melakukan aktiviti yang
menggembirakan dan berpeluang menerokai persekitaran yang lebih luas tanpa mengabaikan
aspek keselamatan.Program yang sentiasa dilaksanakan pada setiap tahun ini akan di sambut
dengan meriah dan penuh keberkatan semoga dapat diteruskan pada masa hadapan.

Disediakan oleh, Disemak oleh ,

……………………………………. ……………………………………….
(PN NORFARISHAH BINTI RAZALI) (EN MOHD RIZUWAN BIN TOHARUDDIN)
Setiausaha Program Pengerusi Program
Program Sukan Prasekolah Majlis Sambutab Hari Raya Prasekolah
SK DANAU PERDANA SK DANAU PERDANA
Tarikh : Tarikh :
KERTAS CADANGAN SUKANEKA PRASEKOLAH
SK DANAU PERDANA 2022/2023

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Sukaneka Prasekolah SK Danau


Perdana 2022/2023

atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Sukaneka Prasekolah SK


Danau Perdana 2022/2023

Ulasan :

……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………

(EN MOHD RIZUWAN BIN TOHARUDDIN)


GURU BESAR
SK DANAU PERDANA
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai