Anda di halaman 1dari 11

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

INTEGRASI SMK SERI AMPANG

KERTAS KERJA

READY...SET...GO

TARIKH : 15-16 FEBRUARI 2023

HARI : RABU-KHAMIS
1.0 PENGENALAN :

Permainan sukaneka adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh kebiasaannya kanak-kanak
untuk bermain, berseronok dan mengisi masa lapang. Permainan sukaneka mempunyai
peranan yang penting dalam Pendidikan fizikal bagi murid-murid pendidikan khas. Walaupun
objektif jangka pendek adalah menghiburkan para peserta, permainan sukaneka banyak
memberi sumbangan yang baik terhadap perkembangan para peserta. Menerusi permainan
sukaneka, para pesertadapat membina sifat jasmani dan sosial seperti yang diingini.
Kepantasan, daya tenaga,ketangkasan, kemahiran dan “game sense” adalah beberapa contoh
sifat jasmani yang diperlukan. Selain itu, permainan sukaneka juga dapat memberikan
pengalaman dan pengetahuan kepada penganjur dalam pengelolaan sesuatu pertandingan
seperti ini.

2.0 RASIONAL :

Program ini bertujuan memberi pengalaman dan pendedahan kepada murid-murid


bekeperluan khas untuk bersaing secara sihat sesama mereka melalui aktiviti yang
dipertandingkan. Semasa mengikuti program ini  para peserta diharapkan mendapat
pengalaman dan pendedahan dalam pelbagaiperkembangan melalui aktiviti yang
direncanakan.
3.0 OBJEKTIF :

i. Memberi peluang dan pendedahan awal kepada MBPK ke arah aktiviti


berbentuk pertandingan .

ii. Memberi pengalaman kepada murid-murid untuk mengurus diri dan emosi
sebagai persediaan diri dalam masyarakat.

iii. Memperolehi pengalaman yang menyeronokkan kerana peserta disediakan


aktiviti-aktiviti yang menarik sepanjang mengikuti program.

4.0 KUMPULAN SASARAN.

Murid bekeperluan Pendidikan Khas 60 orang


Guru 11 orang
PPM 2 orang
Jumlah 73 orang

5.0 TARIKH, HARI DAN MASA PELAKSANAAN PROJEK

Tarikh 15-16 februari 2023


Hari RABU - KHAMIS
Masa 7.30-12.30 tengahari
6.0 JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi Program : En Rushdi bin Mohamed


(Pengetua )
Naib Pengerusi : Pn Nurfadzilah Bt Abu Samah
(Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas)

Penyelaras Program : Pn Anita bt Abdullah

AJk Pendaftaran : Pn Noor Hafizah Bt Mohd Khorish

AJK Kecemasan :Pn Aznuri Bt Adanan

AJK Kebersihan : Pn Liow Mei Yin

AJK Makanan dan minuman: Pn Farah Alwanie bt Ali

AJK Peralatan : Muhammad Farhan Bin Abd Rahman

Dokumentasi : Muhammad Iqwan Shafik bin Zukeffli

AJK Jemputan : Zalinda bt Mohd Zahari

Hadiah dan cenderamata : Alina bt Md Zakaria

Kawalan Pelajar : Semua Guru Dan PPM


7.0 ANGGARAN KOS

ANGGARAN PERBELANJAAN
READY..SET...GO...

NO PERKARA KUANTITI JUMLAH


1 BANNER 1 RM 90.00
2 Minuman RM5 X 60 RM 600.00
Air mineral ORANG X
Air milo 2HARI
3 PERALATAN
Belon 10x RM20 RM 200.00
Kelapa 10x RM 5 RM 50.00
Biskut 4XRM10 RM 40.00
Bola air 3xRM20 RM 60.00

4 HADIAH (berkumpulan)
TEMPAT PERTAMA 4XRM120 RM480.00
TEMPAT KEDUA 4XRM80 RM 320.00
TEMPAT KETIGA 4X RM40 RM160.00
SAGUHATI

JUMLAH RM2000.00
KESELURUHAN
8.0 TENTATIF PROGRAM

Hari Pertama 15 Februari 2023

7.30-8.30 Pendaftaran dan pengagihan makanan

8.30-9.00 ucapan aluan Pengacara majlis

9.00-9.10 bacaan doa

9.10-9.20 nyanyian lagu


1. negaraku
2. Lagu Wilayah
3. Lagu sekolah

9.20-9.45 ucapan perasmian Pengetua

9.45-10.30 senam aerobik

1030-11.30 permainan 1
boling kelapa

11.30-12.30 Makan dan sesi bergambar

Hari Kedua 16 Februari 2023

7.30-8.30 Pendaftaran dan pengagihan makanan

8.30-9.30 permainan 2
Bola Dalam Tin

9.30-10.30 permainan 3
makan biskut tergantung

10.30-11300 permainan 3
pijak belon

11.30-12.30 ucapan penutup dan penyampaian hadiah


9.0 PENUTUP

Ready...set..go diharap dapat mengeratkan hubungan guru PPM


dan murid bekeperluan khas dan juga menerapkan semangat kerjasama dalam
diri individu. Sukaneka juga memberi peluang kepada guru meningkatkan
kemahiran sebagai contoh kemahiran kepemimpinan dan komunikasi serta
sekaligus membantu agar mahir dalam kemahiran tersebut di samping
melengkapkan diri menjadi pendidik yang baik dalam sesebuah institusi.

Akhir sekali adalah diharapkan projek ini dapat dilaksanakan dengan  jayanya
dan mencapai objektif serta matlamat yang telah digariskan.

Disediakan oleh
Disemak oleh

_______________
Anita bt Abdullah ________________
Penyelaras Program Nurfadzilah bt Abu Samah
Penolong Pendidikan Khas

Disahkan oleh,

_____________________
En Rushdi bin Mohamed
Pengetua

Anda mungkin juga menyukai