Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA

PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM


SK TEBOK JAWA 2022

TARIKH :
27 – 28 JANUARI 2023

BERTEMPAT:
SK TEBOK JAWA

ANJURAN:
UNIT KOKURIKULUM
SK TEBOK JAWA
01. PENDAHULUAN

Program perkhemahan ini merupakan satu program yang menyuburkan potensi murid dalam
semua aspek perkembangan fizikal dan mental, menguasai kemahiran diluar bilik darjah serta
memupuk semangat perpaduan dikalangan ahli-ahli persatuan unit beruniform sekolah.
Program perkhemahan ini bakal mendedahkan kepada para pelajar tentang aktiviti
perkhemahan yang mencabar fizikal dan mental disamping memberi pengetahuan tentang
teknik-teknik perkhemahan seperti memasang dan membuka khemah, menjaga dan melindungi
diri daripada bahaya serta pengurusan diri semasa perkhemahan.

02. RASIONAL
2.1 Menimbulkan keyakinan, kecekalan dan kesedaran diri para pelajar.
2.2 Mewujudkan sikap dan nilai murni di kalangan peserta/pelajar.
2.3 Menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman baru dalam menjalankan
aktiviti kokurikulum

03. OBJEKTIF
3.1. Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan akademik dan
Kecemerlangan diri.
3.2. Memberi pendedahan awal mengenai kepelbagaian kegiatan perkhemahan.

3.3. Meningkatkan disiplin dan nilai jati diri.

3.4. Melahirkan insan yang bersemangat patriotik dan bertanggungjawab kepada


negara.

3.5. Melahirkan insan yang mantap dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial.

3.6. Dapat menjalin kerjasama antara mereka dalam melaksanakan aktiviti.


04. AKTIVITI
Pengisian / kandungan Perkhemahan Unit Beruniform ini adalah menjurus kepada aspek-aspek
berikut:

a. Taklimat dan pengurusan Kumpulan


b. Kem kraf
c. Aktiviti “ Tali temali/orienteering/masakan /kraf tangan(rekacipta)’’
d. Malam kebudayaan
e. Tazkirah/pendidikan moral
f. Riadah dan sukaneka
g. Latihan dalam kumpulan (LDK)
h. Majlis Penutupan Perkhemahan Unit Beruniform 2022.

05. KUMPULAN SASARAN

Pelajar Tahun 4 = 19 orang


Pelajar Tahun 5 = 25 orang
Pelajar Tahun 6 = 21 orang
Guru = 18 orang
Jumlah = 83 orang
06 . ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Perkara Butiran Jumlah

1 Makan Murid Sarapan RM 4 x 65 x 2 = RM 520 RM 1950.00


Tengahari & Malam RM 6 x 65 x 2 = RM 780
Tengahari penutup RM 10 x 65 = RM 650

Makan Guru RM 500.00 RM 500.00

2 Hadiah
Hamper RM 30 x 10 = RM 300.00 RM 340.00

Individu RM 20 x 2 = RM 40.00

3
Tong Gas Kecil Rm 100.00 RM100.00

JUMLAH RM 2890.00

07. SUMBER KEWANGAN

1. Yuran pendaftaran murid


Murid : RM 15 X 65 murid = RM 975.00

2. Peruntukan Kokurikulum = RM 1000.00

3. Sumbangan PIBG = RM 915.00

Jumlah = RM2890.00
08. JADUAL

27 JANUARI 2023 28 JANUARI 2023


MASA / HARI JUMAAT SABTU

7.30 pagi Pendaftaran  Perhimpunan Pagi.


 Nyanyian Lagu.
 Malaysia Cergas
Senamrobik.

8.30 Pagi Pembahagian Kumpulan / Taklimat Sarapan pagi

8.30 – 10.00 Pagi Memasang dan membuka Khemah Kawad kaki

10.00 Pagi Rehat Minum Pagi

10.30 – 11.30 Pagi Ikatan dan simpulan Membuka Khemah dan berkemas

11.30 – 1.00 Thri Pertolongan Cemas Majlis Penutup

1.00 -2.30 Petang Makan,solat dan rehat Makan dan bersurai

2.30 – 5.00 petang Pertandingan Memasak

5.00 -6.00 Petang sukaneka

6.00 Ptg – 8.00 Malam Makan Malam,mandi ,solat,tazkirah

8.00 – 10.00 Malam Malam Kebudayaan ( Tema : Irama


Malaysia )

10.30 Malam Rehat Diri


09. AHLI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA INDUK
PROGRAM PERKHEMAHAN

PENGERUSI
Puan Sharmiah Bt Hj Abas
(Guru Besar)

TIM.PENGERUSI
En Nuji B Hussin ( PK KOKU)

NAIB PENGERUSI 1
Pn Zainon Bt Dawam PK 1

NAIB PENGERUSI 2
En Hairul Nizam B Tauhed ( PK HEM )
Ahli Jawatankuasa Pelaksana

Kem Komanden : En Mohd Faizal B Pauji


Tim.Kem Komanden : Pn Wan Mariati Bt Wan Othman
Urusetia & Pendaftaran : Pn Noradiah Bt Mohammed Arshad
Pn Maznah Bt Nordi
Pa Sistem/Siaraya : En Mohd Shuhor B Abu Bakar

Makanan & Minuman : Pn Dewi Puspita Bt Masood


Pn Norhuda Bt Nasib
Kebersihan & Keceriaan : En Shukri
Pn Helmi
Keselamatan & Kecemasan : Pn Atikah
Pn Rosnah Bt Sahudi
Majlis Perasmian Penutupan : Pn Wan Mariati Bt Wan Othman
Sijil : Pn Hasmimi Bt Aminuddin
Riadah & Sukaneka : En Mohd Radzi B Mt Amin
Pn Zaleha Bt Jahari

Jurugambar & Dokumentasi : Pn Wan Mariati Bt Wan Ohman

Hadiah & Cenderahati : Pn Maznah Bt Nordi


Pn Siti Zuraida Bt Mohd Yusuf

Kerohanian : Pn Rosnah Bt Sahudi


: En Mohd Shuhor b Abu Bakar
:
Apresiasi Seni : Pn Noradiah Bt Mohammed Arshad
: En Mohd Radzi B Mat Amin
: Pn Hasmimi Bt Aminuddin

Ikatan : En Mohd Razi B Mat Amin


Pn Zaleha Bt Jahari

Kawad : Jemputan Luar


10. PENUTUP

Mudah-mudahan Program Perkhemahan Unit Beruniform ini dapat dijalankan dengan


lebih cemerlang ke arah kegemilangan yang paling tinggi. Kerjasama daripada semua pihak
yang terlibat begitu diperlukan bagi menjayakan hasrat murni ini dapat direalisasikan.Pihak
penganjur merakamkan terima kasih atas sokongan, komitmen dan kerjasama semua pihak
dalam menjayakan program ini.

Sekian ,terimakasih.

Disediakan oleh,

.................................................
) Pn Hasmimi Bt Aminuddin )
Penyelaras Program

Disemak oleh,

..............................................
( EN NUJI B HUSSIN)
GPK Kokurikulum
SK TEBOK JAWA

Diluluskan oleh,

............................................................................
( PN SHARMIAH BT HJ ABAS)
GURU BESAR
SK TEBOK JAWA

Anda mungkin juga menyukai