Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM

SJKT LADANG BUKIT MERTAJAM

RASIONAL

Perkhemahan adalah diantara aktiviti-aktiviti utama kegiatan kokurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini unsur-unsur
asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara hands on dengan para peserta mengalami sendiri situasi-situasi
yang membuktikan pentingnya sifat-sifat mulia seperti bertolak ansur, bertoleransi, tolong-menolong, berdisiplin dan
lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan diri sendiri. Aktiviti perkhemahan juga
mendedahkan para peserta kepada cabaran-cabaran fizikal dan mental yang secara langsung akan memantapkan
semangat juang dan keyakinan diri masing-masing, disamping memberi kesempatan kepada para peserta itu
mengembleng daya inovasi dan kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah.

Seterusnya perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu, secara langsung atau tidak,
mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif, dan psikomotor masing-
masing. Demikian jugalah aktiviti-aktiviti perkhemahan yang berteraskan unsur-unsur patriotisme akan turut
menyumbangkan kepada pengukuhan perasaan cintakan bangsa dan negara.

MATLAMAT PROGRAM

Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka program
ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan
kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, agama dan negara.

Dalam konteks perkhemahan ini, aktiviti-aktiviti yang dirancang akan memberi peluang kepada para peserta
memperkembangkan potensi diri masing-masing khususnya dari segi kepimpinan dan kreativiti disamping
memperkukuhkan disiplin kendiri, semangat kejasama dan kesediaan berdikari serta bertanggungjawab.

Untuk membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan perkhemahan ini adalah juga
bertujuan untuk melahirkan generasi pelajar yang berwawasan, mempunyai imej kendiri positif, berakhlak mulia serta
berfikiran matang sehingga mampu menangani masalah hidup seterusnya.

Melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah dihasratkan agar para peserta memupuk kesedaran dan
kefahaman perlunya mengamalkan prinsip-prinsip berorganisasi kearah mencapai matlamat diri dan organisasi,
mencintai keindahan dan keceriaan alam sekitar, membina sahsiah yang berdya saing, berdaya tahan dan berdaya
juang yang tinggi.
OBJEKTIF

Dengan adanya perkhemahan bersepadu ini ianya dapat :

1. Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.

2. Melatih para peserta berkomunikasi antara satu sama lain.

3. Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara teratur dan
berdisiplin.

4. Memberi peluang kepada para peserta berseronok dan berekreasi dalam suasana semula jadi
yang kondusif.

5. Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-masing dalam bidang
kesenian dan kebudayaan.

6. Membimbing para peserta menghayati dan mengamalkan rukun-rukun beragama dan kehidupun
bermoral.

KUMPULAN SASAR

Semua murid tahap 2 iaitu semua ahli Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah, ST John Ambulans dan semua
guru pemimpin SJKT Ladang Bukit Mertajam.

JANGKA MASA PERKHEMAHAN

Perkhemahan ini akan diadakan pada :

Tarikh : 27 – 28 September 2023

Hari : Rabu & Khamis

Tempat : Perkarangan Sekolah


6.0 JAWATANKUASA KERJA

Penasihat : T. Aruna (Guru Besar)

Pengerusi : T.Murugammal (PK.Kokurikulum)

Naib Pengerusi 1 : M.Santhi (PK.Pentadbiran)

Naib Pengerusi 2 : P. Kannammal (PK Hal Ehwal Murid)

Setiausaha Program : S.Eswary

Bendahari : K.Kalarani

Pendaftaran Murid & Agihan Kumpulan : M. Thilagam & R. Muniamah

Persiapan Tempat sebelum & selepas : M.Subramaniam & M Ganesan.

Komando : T.Maniarrasan & K.Sivam

AJK Pengurus Program : S.Leela

AJK Peralatan : C.Kaliyama

AJK Makanan : K.Vanetha & A.Mahadevi

AJK Hadiah & Cenderahati : M.Hemarathe & R.Puvaneswari

AJK Fotografi & Sijil : S.Sudae & K.Bavaani

AJK Buku Program & Jemputan : S. Gengeswary & G. Pirabavathi

AJK Disiplin dan Keselamatan : S.Kaliani


7. IMPLIKASI KEWANGAN

7.1 Sumber Kewangan yang digunakan :

Bantuan Kokurikulum Sekolah RM 713.90

7.2 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Barang Harga Kuantiti Jumlah (RM)

1 Peti Kecemasan +Ubat 120.00 1 120.00


2 Khemah 200.00 2 400.00
3 Lampu Suluh Besar 35.00 1 35.00
4 Tali Gajet 45.00 1 Gelung 45.00
5 Tangki Air 60.00 1 60.00
6 Penyedok Air 4.00 5 20.00
7 Jumlah 680.00

5.0 BUTIRAN PERLAKSANAAN PROGRAM

27.9.2023 ( RABU )

MASA PROGRAM / AKTIVITI


10.30 pg -11.00 pg PENDAFTARAN MURID & AGIHAN KUMPULAN
11.00 pg -1.00 tgh MOTIVASI BIMBINGAN & KAUNSELING
1.00 tgh – 1.30 ptg MAKAN TENGAHARI
1.30 ptg – 2.30 ptg MENDIRIKAN KHEMAH
2.30 ptg– 3.30 ptg PEMBINAAN GAJET
3.30 ptg – 4.00 ptg MINUM PETANG
4.00 ptg -6.00 ptg KAWAD KAKI
6.30 ptg -7.30 mlm MANDI DAN BERSIAP
7.30 mlm – 8.30 mlm SLOT AGAMA
8.30 mlm -10.30 mlm LATIHAN PERTOLONGAN KECEMASAN
10.30 mlm- 11.30 mlm PERSEMBAHAN KUMPULAN /UNGGUN API
28.9.2023 ( KHAMIS )

MASA PERKARA
6.00 pg-7.30 pg SENAMROBIK & YOGA
7.30 pg -8.00 pg SARAPAN PAGI
8.00 pg -9.00 pg LATIHAN HALANGAN
9.00 pg -9.30 pg MANDI DAN BERSIAP
9.30 pg -10.30 pg KEMASKAN TEMPAT / KHEMAH
10.30 pg – 11.30 pg REFLEKSI MURID
12.00 -12.30 tgh MAJLIS PENUTUPAN
12.00 tgh-1.00 tgh MAKAN TENGAH HARI
1.00 tgh -2.00 ptg BERSURAI

Anda mungkin juga menyukai