Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TUNKU

JALAN SS1/11,
47300 PETALING JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA

KEM KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA SEKOLAH

ANJURAN:
UNIT HAL EHWAL MURID
DAN
JAWATANKUASA DISIPLIN DAN LEMBAGA PENGAWAS

TARIKH:
8 JULAI 2023
1.0 PENDAHULUAN

Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid dan
Jawatankuasa Disiplin dan Lembaga Pengawas SK Kampung Tunku. Program ini
melibatkan semua pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua dan penolong kelas
yang telah dilantik bagi sesi persekolahan 2023/2024. Tujuan utama penganjuran kem ini
adalah untuk memberi pendedahan cara membantu pengendalian tugas yang pelbagai
kepada pelajar sebagai panduan untuk menghadapi cabaran memikul tugas dan
tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Oleh yang demikian, program ini khususnya
dirancang untuk meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan, pengetahuan dan menambah
pengalaman serta memantapkan pelajar. Maka kursus kepimpinan ini sangat sesuai
dilaksanakan. Semoga usaha ini akan memberi manfaat dan hasil kejayaan yang cemerlang
dalam menjalankan tugas murni mereka.

2.0 RASIONAL

Sebagai seorang yang terpilih menjadi pemimpin sekolah, seseorang murid itu perlu sedar
bahawa mereka memainkan peranan penting untuk mengerakkan segala aktiviti yang
dirancang. Tanpa ilmu dan keyakinan diri, pemimpin sekolah tidak akan dapat menjalankan
peranan mereka dengan berkesan. Melalui kursus ini, murid-murid yang dilantik memegang
jawatan pemimpin sekolah akan mampu melaksanakan tanggungjawab mereka dan
bersama-sama membantu mengatasi masalah disiplin di sekolah.

3.0 MATLAMAT

Untuk memastikan murid-murid terlibat mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai


kepimpinan dan pengurusan sesebuah organisasi dan mempraktikkannya.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Mengenal diri sendiri sebagai seorang pemimpin.


4.2 Mewujudkan ahli kepemimpinan dalam satu kumpulan.
4.3 Meyakinkan diri sendiri dalam memimpin sesebuah organisasi.
4.4 Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan persediaan yang
mantap boleh menjadikan pemimpin sekolah dapat membantu ke arah peningkatan
akademik dan sahsiah.
4.5 Menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap pemimpin sekolah apabila
menghadapi tugas yang diamanahkan.
5.0 KUMPULAN SASARAN
79 orang pengawas sesi pagi
22 orang pengawas tahun 3
45 orang pengawas pusat sumber sesi pagi
33 orang pembimbing rakan sebaya (PRS)
32 orang ketua dan penolong sesi pagi

6.0 TARIKH DAN MASA


Tarikh : 8 Julai 2023 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi – 12.45 tengah hari
Tempat : SK Kampung Tunku

7.0 AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : Puan Rosmawati binti Mat Som


(Guru Besar)

Timbalan Pengerusi : Encik Ramli bin Tausa (PK HEM)


Encik Freddy Gondu (PK Petang)

Naib Pengerusi : Puan Raja Norhayati binti Raja Daud (Penolong Kanan)
Puan Azean binti Hashim (PK Kokurikulum)

Penyelaras : Khairul Anuar bin Hashim

Penolong Penyelaras : Che Noorihan binti Ludin

Setiausaha : Nor Amirah binti Ab Aziz

Ahli Jawatankuasa : Juru acara Ruqaiyah

Pendaftaran Nor Amirah binti Ab Aziz


Cenderamata / Sijil Nur Farah Liayana binti Razali

Makan Minum Peserta/ Che Noorihan binti Ludin


Jamuan

Siar raya/ Jurukamera Khairul Anuar bin Hashim


Johnathan Chua Kheng Yew
8.0 TENTATIF PROGRAM

HARI MASA AKTIVITI


7.30 pagi Pendaftaran
8.00 pagi Ice Breaking
Pengenalan dan Konsep
Learning Games
- Salah Betul
SABTU 8.30 pagi
- Besar Kecil
22 JULAI 2023
- Monopoly
LDK 1 - Kempimpinan pelajar bersama fasilitator
10.00 pagi Minum pagi
LDK 2 - Model kepimpinan dan persembahan
10.20 pagi
kumpulan
12.00 tengah hari Revolusi Program dan Majlis penutup
12.30 tgh Bergambar dan Bersurai

9.0 ANGGARAN KEWANGAN

BIL ANGGARAN PERBELANJAAN JUMLAH ( RM )


1. Makan Peserta (RM 7 x 220) 1540.00
2. Bayaran Penceramah 1500.00
3. Kain rentang 150.00
4. Makan Tetamu Jemputan 200.00
5. Cenderamata dan Sijil 150.00
6. Alat tulis dan bahan 160.00
JUMLAH BESAR 3700.00

10.0 SUMBER KEWANGAN

BIL SUMBER JUMLAH (RM)


1. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) 500.00
2. Kutipan bayaran daripada murid ( RM 10 X 220 orang ) 2200.00
3. Wang SUWA 700.00
4. PCG BImbingan dan Kaunseling 300.00
JUMLAH BESAR 3700.00
11.0 PENUTUP

Di akhir kursus ini, para peserta akan dapat menjalankan tugas dan tanggung jawab mereka
sebagai pemimpin kecil di sekolah dan melakukan perubahan ke arah kecemerlangan di dalam
diri dan sekolah. Kursus ini juga akan dapat memupuk murid-murid supaya mengetahui dan
membudayakan nilai-nilai kepimpinan dengan berkesan untuk mencapai kecemerlangan diri
dan sekolah. Sekaligus, dapat melahirkan pemimpin yang berkebolehan dan membentuk
barisan kepimpinan sekolah yang kreatif dan inovatif.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

................................................. ....................................................
(NOR AMIRAH BINTI AB AZIZ ) (CHE RAMLI BIN TAUSA)
Setiausaha Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Unit Pengawas Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku
Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku
KERTAS CADANGAN KEM KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA SEKOLAH
SK KAMPUNG TUNKU

KEPUTUSAN PENGURUSAN
SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan KEM KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA


SEKOLAH

atau

Tidak meluluskan KEM KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA


SEKOLAH

Ulasan :

...............................................................................................................................................................

......................................................................................................................................................

...............................................................................................................................................................

.......................................................................................................................................................

Disahkan oleh:

. ................................................
(ROSMAWATI BINTI MAT SOM)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku

Anda mungkin juga menyukai