Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN ZAINAB (1)

15150 KOTA BHARU, KELANTAN

KERTAS KERJA

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS

ANJURAN:
UNIT HAL EHWAL MURID
DAN
JAWATANKUASA DISIPLIN DAN LEMBAGA PENGAWAS

TEMPAT:
DEWAN IPG KAMPUS KOTA BHARU

TARIKH:
10 JUN 2023
1.0 PENDAHULUAN

Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid dan
Jawatankuasa Disiplin dan Lembaga Pengawas SK Zainab (1). Program ini melibatkan
199 orang pengawas sekolah yang telah dilantik bagi sesi persekolahan 2023. Tujuan
utama penganjuran kem ini ialah untuk memberi pendedahan cara membantu pengendalian
tugas yang pelbagai kepada pelajar sebagai panduan dan bekalan untuk menghadapi
cabaran memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Oleh yang
demikian, program ini khususnya dirancang untuk meningkatkan kemahiran dalam
kepimpinan, pengetahuan dan menambah pengalaman serta memantapkan pelajar.
Pengawas sekolah memerlukan bimbingan dan panduan yang betul. Pertambahan ilmu
adalah salah satu cara yang dapat memantapkan kemahiran terhadap tugas mereka. Maka
kursus kepimpinan ini sangat sesuai dilaksanakan. Semoga usaha ini akan memberi
manfaat dan hasil kejayaan yang cemerlang dalam menjalankan tugas murni mereka dari
masa ke semasa demi mengharumkan nama sekolah.

2.0 RASIONAL

Sebagai seorang yang terpilih menjadi pengawas sekolah, seseorang murid itu perlu sedar
bahawa mereka memainkan peranan penting untuk mengerakkan segala aktiviti yang
dirancang. Tanpa ilmu dan keyakinan diri, pengawas-pengawas tidak akan dapat
menjalankan peranan mereka dengan berkesan. Melalui kursus ini murid-murid yang
dilantik memegang jawatan pengawas akan mampu melaksanakan tanggungjawab mereka
dan bersama-sama membantu mengatasi masalah disiplin di sekolah.

3.0 MATLAMAT

Untuk memastikan murid-murid terlibat mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai


kepimpinan dan pengurusan sesebuah organisasi dan mempraktikkannya.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Mengenal diri sendiri sebagai seorang pemimpin.


4.2 Mewujudkan ahli kepemimpinan dalam satu kumpulan.
4.3 Meyakinkan diri sendiri dalam memimpin sesebuah organisasi.
4.4 Memupuk nilai – nilai kreatif dan semangat dalam proses melengkapkan diri dengan
modul yang pelbagai.
4.5 Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan persediaan yang
mantap boleh menjadikan para pengawas dapat membantu kearah peningkatan
akademik dan sahsiah.
4.6 Melalui aktiviti – aktiviti yang telah dirancang ini, dengan harapan akan
menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap para pengawas apabila
menghadapi tugas yang diamanahkan.

5.0 KUMPULAN SASARAN


199 orang pengawas, tahun 4 hingga tahun 6 SK Zainab 1 2023

6.0 TARIKH DAN MASA


Tarikh : 10 Jun 2023
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 petang

7.0 TEMPAT
Dewan IPG Kampus Kota Bharu

8.0 AHLI JAWATANKUASA

Jawatankuasa Induk

Penaung : Pn Ramziah Binti Muhamad Amin (Guru Besar)


Pengerusi : Puan Razniyanty Binti Ab Razak (GPK HEM)
Naib Pengerusi 1 : En Rusdi Bin Abdullah (GPK 1)
2 : En. Mohd Rizuan Bin Hussin (GPK Kokurikulum)
Penyelaras : Pn. Norhayati Binti Ismail
Setiausaha : Pn Atiqah Binti Omar
Bendahari : Pn Zubaidah Binti Isa

Jawatankuasa Kerja

Pendaftaran & Penginapan : Pn Hjh Norhayati Binti Yusoff

Kawalan dan Disiplin Peserta : Pn Atiqah Binti Omar


: En Hazilee Bin Abu Talib
: Pn Zubaidah Binti Isa
Pembantu Fasilitator : Pn Norhayati Binti Ismail
: Pn Hazlina Binti Mat
Makan Minum Peserta : Pn Azlina Binti Ab Rahman
Pn Wan Baharina Binti Wan Hussin

Pn Siti Aisyah Binti Mohamed Foad

Cik Yusnawati Binti Abdullah

Cik Suriani Binti Yusoff

Puan Zuraidah Binti Yaacob

Puan Faridah Binti Saad

Penyediaan Alatan dan Bahan : Pn. Harisah Binti Hamid

Kerohanian : En. Muhammad Amirul Hafiz Bin Zulfakar


: Pn Siti Esah Binti Awang Ngah
Sijil / Cenderahati : Pn. Syazlynn Binti Abdul Razak
Pn. Rosni Aida Binti Mohd Shukri
Bacaan Doa : En Che Hamiruddin Bin Che Leh
Dokumentasi : Pn. Norhayati Binti Ismail

Juru gambar : En Mohd Faizol Bin Nik Mat @ Nik Hussain

Juru Acara Majlis : Pn Asnida Binti Che Rahim

9.0 TENTATIF PROGRAM

HARI MASA AKTIVITI

8.00 pagi – 8.15 pagi Pendaftaran dan Pembahagian Kumpulan


SABTU
8.15 pagi – 8.30 pagi Taklimat/Ice Breaking
8.30 pagi -10.30 pagi SLOT 1
10.30 pagi – 11.00 pagi Minum pagi
10 JUN 2023 11.00 pagi – 12.30 tgh SLOT 2
12.30 tgh – 2.00 petang Makan tengahari / solat zohor
2.00 ptg – 3.30 ptg SLOT 3
3.30 ptg – 4.15 ptg Acara penutup/ penyampaian sijil dan cenderahati
4.15 ptg – 4.30 ptg Minum petang dan bersurai
10.0 ANGGARAN KEWANGAN

Jumlah Jumlah
Anggaran Pendapatan Anggaran Perbelanjaan
( RM ) ( RM )

Bayaran Peserta RM 3980 Makan Peserta (RM 20 x 199 0rg) RM 3980


 Minum pagi (RM4 x 199 org)
( RM 20 X 199 orang )
 Makan malam (RM8 x 199 org)
 Minum petang (RM4x 199 org)
Tanda nama (RM4 x 199 org)

Unit Bimbingan dan RM 500 Bayaran Penceramah / Fasilitator RM 300


Kaunseling RM 200
Bahan Edaran dan alatulis

JUMLAH RM 4480 RM 4480


11.0 PENUTUP

Di akhir kursus ini, para peserta akan dapat menjalankan tugas dan tanggung jawab mereka
sebagai pemimpin kecil di sekolah dan melakukan perubahan ke arah kecemerlangan di dalam
diri dan sekolah. Kursus ini juga akan dapat memupuk murid-murid supaya mengetahui dan
membudayakan nilai-nilai kepimpinan dengan berkesan untuk mencapai kecemerlangan diri
dan sekolah. Sekaligus, dapat melahirkan pemimpin yang berkebolehan dan membentuk
barisan kepimpinan Pengawas yang kreatif dan inovatif. Di atas Keprihatinan dan sokongan
pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan Zainab (1), jutaan terima kasih diucapkan.

Disediakan oleh,

……………………………….
(NOHAYATI BINTI ISMAIL)
Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah Kebangsaan Zainab (1)

Disahkan oleh,

...............................................................

(PN RAMZIAH BINTI MUHAMAD AMIN)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Zainab (1)

Anda mungkin juga menyukai