Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH ,

PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN PRS


SMK GADONG 2019
1.0 PENDAHULUAN
Lembaga Disiplin dan Pengawas Sekolah merupakan tunjang utama dalam menentukan dan
meningkatkan disiplin murid-murid ke tahap yang maksimum. Selain itu, pengawas-pengawas juga
dibentuk untuk menjadi pemimpin yang berwibawa dan berketerampilan.
Badan Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah satu unit yang terdiri daripada murid-
murid sekolah. Badan ini akan membantu PSS menjalankan pelbagai aktiviti untuk mencapai matlamat
dan objektif PSS.
Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) adalah untuk melatih para murid untuk menguasai
kemahiran membantu agar mereka dapat membantu rakan murid yang memerlukan pertolongan dari segi
emosi, sosial mahupun mental di samping melatih mereka membantu diri sendiri.

2.0 MATLAMAT
2.1 Memberi pengiktirafan kepada murid yang terpilih
2.2 Memperkenalkan kepada murid – murid barisan Pemimpin Pengawas Sekolah , Pengawas PSS dan
PRS, bagi tahun 2019
2.3 Memberi contoh teladan kepada murid mengenai pelaksanaan majlis rasmi.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi pengiktirafan dan semangat kepada Pengawas Sekolah ,Pengawas PSS dan PRS ,
supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh
bertanggungjawab.
3.2 Meningkatkan tahap motivasi murid yang terpilih untuk menjalankan tugas dengan baik.
3.3 Menggalakkan murid lain agar dapat mencontohi rakan – rakan yang terpilih.

4.0 KUMPULAN SASARAN


4.1 Pengawas Sekolah
4.2 Pengawas PSS
4.3 PRS

5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :
Penasihat : Tn Haji Abdul Ghani Bin Md Ali
Pengerusi : Pn Haja Rujimah Taip – PK Hem
Naib Pengerusi : Pn. Halimah Nordin – PK Pentadbiran
Pn, Norhaini Jaini - PK Kokurikulum
En. Rosli Hj Suhailin PK Tingkatan Enam
Penyelaras : En Abd Manan Abd Rahman
Setiausaha : En, Muhamad Fared Bin Zulkafli
Bendahari : Cik Siti Harinah Md Dun
Penyelaras Pengawas Sekolah : En. Abd Halim Aziz
Penyelaras Pengawas PSS : Pn. Normadiah Liasmat
Penyelaras PRS : Pn. Siti Amjah Saprah
Juruacara : Cik Norafikah Jibin
PA Sistem : En. Dully Lungi
Backdrop dan Hiasan Pentas : En Mazlan Joleh
Bacaan Doa : Dzulkhairul
Persiapan Dewan : Uztaz Amir Hazim
Disiplin : En. Nizam
En. Jeffri Jamuil
Jurukamera : En. Saifulazizi Mohamed
Sijil Guru dan Murid : Pn. Zurainah

6.0 TENTATIF
7.30 pagi - Murid-murid berkumpul di Dewan
Guru-guru mengambil tempat
7.40 pagi - Ucapan Pengerusi Majlis – Juruacara
7.50 pagi - Bacaan doa
Nyanyian Lagu Negaraku
8.00 pagi - Ucapan Ketua Pelajar
8.15 pagi - Ucapan Pengetua
8.30 pagi - Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan :
Pengawas Sekolah , Pengawas PSS, PRS, 8.50 pagi
Lafaz Ikrar Pengawas Sekolah , Pengawas PSS dan PRS
9.10 - Sesi Fotografi Pengawas Sekolah,Pengawas PSS,PRS,
9.30 - Bersurai

7.0 TEMPAT
Dewan Makan Asrama

8.0 TARIKH
8 November 2018

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


i. Sijil 3 Rim x RM 45.00 = RM 135.00
ii. Banner = RM 150.00
iii. Dokumentasi = RM 30.00
Jumlah = RM 315.00
10.0 PENUTUP
Diharapkan majlis ini dapat berlangsung dengan lancar dan dapat meningkatkan motivasi
Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber , PRS, untuk menjalankan tugas dengan baik dan penuh
dedikasi.
Program ini sedikit sebanyak dapat memberi pengiktirafan kepada para Pengawas Sekolah
,Pengawas PSS dan PRS supaya dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan.
Di samping itu, para pelajar dapat membentuk diri menjadi pemimpin yang berilmu, berakhlak
tinggi dan berketerampilan. Semoga majlis ini juga dapat melahirkan pemimpin yang dapat bertindak dan
melaksanakan tugas berdasarkan ilmu dan pertimbangan yang rasional.

Disediakan oleh,

(MUHAMAD FARED ZULKAFLI)


Setiausaha,
Majlis Perlantikan Pemimpin Sekolah,
SMK Gadong.

Disahkan Oleh,

(ABD GHANI MD ALI)


Pengetua ,
SMK Gadong.

Anda mungkin juga menyukai