Anda di halaman 1dari 5

SPSK PK19-1

1.0 PENGENALAN/PRAKATA

Lembaga Disiplin dan Pengawas Sekolah merupakan tunjang utama dalam


menentukan dan meningkatkan disiplin murid-murid ke tahap yang maksimum.
Selain itu, pengawas-pengawas juga dibentuk untuk menjadi pemimpin yang
berwibawa dan berketerampilan.

Badan Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah satu unit yang terdiri
daripada murid-murid sekolah. Badan ini akan membantu PSS menjalankan
pelbagai aktiviti untuk mencapai matlamat dan objektif PSS.

COMBI adalah singkatan dari perkataan Communication for Behavioral


Impact atau Mengubah Tingkahlaku Melalui Komunikasi. Program COMBI ini adalah
bertujuan untuk memperkasa peranan komuniti/masyarakat dalam mencegah dan
mengawal kejadian penyakit denggi kerana kebanyakan kejadian penyakit denggi
ada hubungkait dengan tingkahlaku manusia. Oleh itu, pihak sekolah wajar
mewujudkan skuad COMBI bagi menggalakkan kepekaan murid terhadap bahaya
wabak denggi khususnya di kawasan sekolah.

Ketua dan penolong ketua kelas adalah orang yang bertanggungjawab


menjaga pelajar dan kelas semasa ketiadaan guru. Ketua dan penolong ketua kelas
bertanggungjawab membantu pengawas dan guru memastikan kekemasan diri
pelajar di dalam kelas masing-masing.

2.0 TARIKH PELAKSANAAN ( Tarikh/Masa/Tempat)


Tarikh : 18 Januari 2017
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan SK Dato Abu Bakar

2.1 JAWATANKUASA PELAKSANA


Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah:

Penasihat: Puan Nor Shafina binti Yasak Guru Besar


Pengerusi: Encik Mohamad Rosidi bin Kahar GPK HEM
Naib Pengerusi:
Encik Anif bin Abdul Ghani GPK Tadbir dan Kurikulum
Puan Hjh Rozimah binti Abu Nawar GPK Kokurikulum
Penyelaras: Encik Nan Mustaqim bin Nan Azmie
Setiausaha: Puan Farah Ainaa binti Adnan

Penyelaras Pengawas Sekolah: Penyelaras Pengawas PSS:


Encik Nan Mustaqim bin Nan Azmie Puan Tuan Noriah binti Tuan Man
SPSK PK19-1

PA Sistem:
Brosur & Backdrop:
Encik Muhamad Aris bin Samsudin
Puan Sabarina binti Baharom
Encik Khairul Nazri bin Mohd Yatim

Persiapan Tempat:
Bacaan Doa:
Puan Nursyahida binti Abdullah
Ustaz Mohamad Firdaus bin Abdul Hamid
Encik Khoo Chee Tiong

Sijil Guru dan Murid:


Dokumentasi:
Puan Farah Ainaa binti Adnan
Puan Normirah binti Gani
Puan Tuan Noriah binti Tuan Man

Cenderahati:
Juruacara:
Puan Nor Hadijah binti Mohd Phadzi
Encik Nan Mustaqim bin Nan Azmie
Puan Bibi Salmah binti Mohd Sahid

2.2 OBJEKTIF
1. Memberi pengiktirafan dan semangat kepada Pengawas Sekolah ,Pengawas PSS, Skuad
COMBI dan Ketua Kelas serta Penolong Ketua Kelas supaya melakukan tugas yang
diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh bertanggungjawab.
2. Meningkatkan tahap motivasi murid yang terpilih untuk menjalankan tugas dengan baik.
3. Menggalakkan murid lain agar dapat mencontohi rakan rakan yang terpilih.

2.3 KAEDAH PELAKSANAAN


7.30 pagi
Murid-murid berkumpul di Dewan SKDAB
Guru-guru dan murid-murid mengambil tempat
7.40 pagi
Ucapan Pengerusi Majlis Juruacara
Bacaan doa
Nyanyian lagu Negaraku
7.50 pagi
Ucapan GPK HEM
Ucapan Guru Besar SK(L)JP1

8.00 pagi
Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan:
Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Skuad COMBI, Ketua Kelas dan Penolong Ketua
Kelas
SPSK PK19-1

Lafaz Ikrar
Pengawas Sekolah dan Pengawas PSS
8.30 pagi
Sesi Fotografi

2.4 BAHAN-BAHAN PERALATAN YANG DIGUNAKAN


(Nyatakan jenis dan perbelanjaan lengkap)

Bil. Perkara Jumlah Seunit Jumlah


1. Sijil RM 45.00 x 1 RM 45.00
2. Cenderamata (tag nama jawatan) RM 5.00 x 4 RM 20.00

Jumlah = RM 65.00
Sumber kewangan : Akaun HEM SKLJP1

3.0 PENCAPAIAN AKTIVITI

Majlis pelantikan telah dijalankan dengan kerjasama daripada Pegawai


Perhubungan Awam Sekolah, Sarjan Mohd Shahril bin Saat, selaku perasmi. Beliau
turut menyerahkan watikah pelantikan kepada murid-murid yang terlibat.

4.0 KEMAJUAN / MASALAH


Blazer untuk Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas tidak dapat
diguna pakai oleh murid yang terlibat berikutan saiz yang tidak sesuai untuk dipakai
oleh murid.

5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


Penyediaan blazer saiz yang berlainan untuk variasi saiz murid yang berbeza
setiap tahun.

6.0 PENUTUP
Majlis telah berlangsung dengan lancar dan pihak sekolah berharap program-
program seperti kem kepimpinan dapat meningkatkan motivasi Pengawas Sekolah,
SPSK PK19-1

Pengawas Pusat Sumber, Skuad COMBI, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas untuk
menjalankan tugas dengan baik dan penuh dedikasi.
Program ini sedikit sebanyak dapat memberi pengiktirafan kepada para Pengawas
Sekolah ,Pengawas PSS, Skuad COMBI, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas supaya
dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan.
Di samping itu, para pelajar dapat membentuk diri menjadi pemimpin yang berilmu,
berakhlak tinggi dan berketerampilan. Semoga majlis ini juga dapat melahirkan pemimpin
yang dapat bertindak dan melaksanakan tugas berdasarkan ilmu dan pertimbangan yang
rasional.

Disediakan oleh, Tarikh :


25 Januari 2017

.
(NAN MUSTAQIM BIN NAN AZMIE)
Guru Disiplin & Penyelaras Lembaga Pengawas
SK (L) Jalan Pasar 1

Disahkan oleh Tarikh :

..
(MOHAMAD ROSIDI BIN KAHAR)
Guru Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid
Sk (L) Jalan Pasar 1
SPSK PK19-1

LAMPIRAN GAMBAR /SURAT-MENYURAT/ KERTAS KERJA DLL

Anda mungkin juga menyukai