MENORA
13310 TASEK GELUGOR
SEBERANG PERAI UTARA
Tarikh
30 MEI 2022 (Isnin)
Masa
8.30 pagi
Tempat
Dewan Terbuka dan Dewan Zamrud
SK Padang Menora
1.0 PENGENALAN
Pengawas Disiplin, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT, Pembimbing Rakan Sebaya,
Ketua dan Penolong Ketua Kelas merupakan satu badan khidmat sokongan kepada pihak
pentadbiran sekolah. Peranannya amat penting dalam membantu pihak sekolah dalam
memastikan peraturan dan pengurusan sekolah berjalan lancar. Namun begitu peranan
pelajar-pelajar yang terlibat masih perlu dimantapkan lagi agar ia mampu bergerak aktif
ke arah matlamat asal penubuhannya dengan menggerakkan kepimpinan daripada
kalangan ahlinya.
2.0 MATLAMAT
Melahirkan pemimpin yang berwibawa dari kalangan pelajar supaya mampu untuk
memimpin dan membantu pentadbiran di sekolah sebagai satu badan khidmat
sokongan yang disegani dan dihormati, serta berupaya membantu sekolah melahirkan
generasi pelajar yang cemerlang.
3.0 OBJEKTIF
i. Melantik Pengawas Disiplin, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT,
Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua dan Penolong Ketua Kelas sebagai sebahagian
Organisasi Kepimpinan Sekolah.
ii. Memberi pengiktirafan dan semangat kepada Barisan Kepimpinan Sekolah
supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi
dan penuh bertanggungjawab.
4.0 RASIONAL
Bertepatan dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu ke arah
melahirkan modal insan yang terbilang maka program ini direalisasikan. Program ini juga
dilaksanakan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan
insan yang berakhlak mulia, seimbang dari segi emosi, rohani dan jasmani serta intelek.
Sifat kepimpinan yang diasah dari peringkat sekolah ini sememangnya menjadi titik
permulaan yang terbaik untuk melahirkan generasi dan pelapis pemimpin seterusnya.
5.0 SASARAN
Pengawas Disiplin : 43 orang
Pengawas Pusat Sumber : 34 orang
Pengawas SPBT : 11 orang
Pembimbing Rakan Sebaya : 36 orang
JUMLAH : 124 orang
6.0 TENTATIF
8.30 pagi : Ucapan aluan pengacara majlis
8.45 pagi : Acara Perbarisan
(Tuan Guru Besar diiringi oleh barisan penolong kanan
ke acara perbarisan pengawas)
9.00 pagi : Ikrar Pengawas
9.15 pagi : Penyampaian Watikah Pelantikan
9.45 pagi : Sesi Bergambar
10.1 KEKUATAN
a) Semua AJK yang terlibat dengan majlis tersebut telah memberi kerjasama
yang baik dan telah melaksanakan tugas yang diberi dengan jayanya.
b) Keadaan disiplin murid yang baik dan terkawal telah melancarkan perjalanan
majlis tersebut.
10.2 KELEMAHAN
a) Susunan pengawas dalam bacaan ikrar terdapat lompang kerana terdapat
segelitir pengawas tidak hadir.
11.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, Majlis Perlantikan Pengawas Disiplin, Pengawas Pusat Sumber,
Pengawas SPBT, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua dan Penolong Ketua Kelas ini telah
berjalan dengan lancar dan baik hasil usaha dan kerjasama yang diberikan oleh semua
AJK yang dilantik dan semua guru. Semoga majlis seumpama ini dapat dijalankan
dengan lebih baik lagi untuk kecemerlangan dan kegemilangan SK Padang Menora.
……………………………… ……………………………
(JUZAIDA BINTI JAMIL) (ASHRI BIN ABDULLAH)
AJK Dokumentasi Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Padang Menora Sekolah Kebangsaan Padang Menora
13310 Tasek Gelugor 13310 Tasek Gelugor
Seberang Perai Utara Seberang Perai Utara
PENGAWAS DISIPLIN
PENGAWAS DISIPLIN
LELAKI = 19 orang
PEREMPUAN = 24 orang
Jumlah 43 orang
LAMPIRAN SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG MENORA
LELAKI = 11 orang
PEREMPUAN = 23 orang
Jumlah 34 orang
LAMPIRAN SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG MENORA
LELAKI = 25 orang
PEREMPUAN = 11 orang
Jumlah 36 orang
LAMPIRAN SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG MENORA
LELAKI = 6 orang
PEREMPUAN = 5 orang
Jumlah 11 orang