Anda di halaman 1dari 5

PENDAHULUAN

Kem ini adalah anjuran Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Parit Serong.. Program
ini adalah satu inisiatif sebagai persediaan untuk menghadapi alam remaja terutama dari aspek
kerohanian & keagamaan.

1. OBJEKTIF UMUM

Menyediakan program permulaan kepada perubahan kendiri ,pembentukan jati diri seiring dengan
keperluan syariat dengan menekankan aspek aqidah, kesedaran beribadah yang tinggi, pengurusan
dan tanggungjawab sebenar sebagai hamba Allah ,manusia, anak dan pelajar.

Ia juga sebagai proses membangunkan kemahiran-kemahiran tersebut yang sudah lama ada dalam diri
pelajar supaya dapat direalisasikan dengan lebih bermakna ,efektif, memberi ruang dan peluang
melalui aktiviti yang disediakan secara terpimpin. Seterusnya akan mampu meninggalkan impak
positif kepada sekolah, masyarakat dan negara.

2. OBJEKTIF KHUSUS

Selepas program ini murid akan dapat :

1. Memahami tugas dan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah


2. Meningkatkan kefahaman mengenai asas-asas agama Islam dari sudut Aqidah ,Ibadah dan Akhlak
3. Memahami konsep-konsep seperti jati diri ,semangat berpasukan ,pengurusan ibadah dan
kesedaran merubah tingkahlaku yang tidak betul
4. Mendorong kesedaran dan keinginan melakukan perubahan yang baik terhadap diri sendiri
5. Membentuk rangka tindakan untuk menerbitkan sikap yang betul dalam proses mendorong pelajar
ke arah kecemerlangan sahsiah

3. TARIKH / MASA / TEMPAT


Tarikh : November 2022
Masa : 8.00 pagi – 1.20 Tengah hari
Tempat : Kelas 6 Mutiara SKPS

4. SASARAN
Seramai 90 orang murid tahun 4, 5 dan 6 ( Tahap 2 ) SKPS
5. RASIONAL
Terancangnya program ini adalah berdasarkan kepada rasional berikut :

a) Kejayaan pengaruh-pengaruh yang tidak sihat yang menjadi daya tarikan kepada golongan
pelajar ini menyebabkan golongan ini amat memerlukan bimbingan kepada pembentukan
kendiri yang kukuh. Bimbingan menyeluruh hendaklah diberi bukan sahaja kepada aspek
fizikal melalui aktiviti out door dan kesedaran tingkahlaku semata tapi memerlukan tunjuk
ajar kepada keperluan asas fardhu ain juga kerohanian sebagai pendorong kepada segala
perubahan yang diharapkan.

b) Kegagalan menjadikan syariat ,asas agama ,zikir munajat sebagai benteng pertahanan jati diri
seorang remaja menyebabkan mereka sering berada di luar landasan yang telah disyariatkan.
Oleh yang demikian bantuan berbentuk bimbingan kejiwaan ,pendedahan agama disamping
aktiviti latihan dalam kumpulan ,permainan ,aktiviti lasak adalah bantuan menyeluruh yang
diperlukan kepada mereka bagi memulakan semula tindakan rasional yang selama ini mereka
tidak sedar kepincangannya.

6. AHLI JAWATANKUASA

AHLI JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : En. Ismail b. Taharim ( Guru Besar )

Naib pengerusi 1 : Pn. Suzana bt Nasib ( GPK HEM )

Naib pengerusi 2 : Pn. Hairunisa’ bt Mohd Hussin ( GPK Pentadbiran )

Naib Pengerusi 3 : En. Ezaruddin b. Mohamad Othman ( GPK Ko -Kurikulum )

Setiausaha : En. Ali b. Mohd Ikhwan

Bendahari : Tn. Hj Mohd Hamidi b. Asnam

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Juruacara : En. Ali b. Mohd Ikhwan

PA Sistem : En. Mohd Hamidi b. Asnam


En. Amiruddin b. Mudasir
 

Persiapan tempat : Pn. Edayu Azni Fariza bt. Mohd Arif

Kawalan murid : Cik Nur Akmal bt. Ab Wahab


Pn. Ani Ashrin bt Mohd Saleh
En. Helmi b. Sharis

Jamuan : Pn. Sarimah bt Sulong


Pn Musliha bt Sairan

Pamplet : Pn. Rosidiah bt. Selamat

Penceramah : Tn. Hj Mohd Hamidi b. Asnam

Hadiah / : Pn. Norhafiza bt Ahmad


 Cenderahati

Fasilitator : Semua guru Pendidikan Islam

Dokumentasi : Pn. Nor ‘Azizah bt Abd Hadi

Juru foto : En. Mohd Kamal b. Juraimi


En Solleh Halim b. Mohd Sokhi

TENTATIF PROGRAM

MASA  AKTIVITI  TINDAKAN

7.30 - 8.00 Pendaftaran Urusetia

8.00 - 8.30 Taklimat/Perasmian Penyelaras

8.30 - 10.30 Slot 1 ” Aku Sudah Penceramah


Dewasa”
Slot 2 “Bersuci dari Fasilitator
Hadas/Mandi Wajib
11.00 - 1.00
( Teori dan Amali )

1.00 - 1.20 Rumusan/ Penutup Penceramah

7. ANGGARAN BELANJAWAN

A. Perbelanjaan

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)


1. Photostat dan alat tulis RM 100.00
2. Makanan murid RM 52.00

JUMLAH RM 152.00

B. Sumber Pendapatan

PCG Kegiatan Agama Dan Moral RM 152.00

Jumlah RM 152.00

PENUTUP
Usaha murni secara berterusan yang serius serta sokongan padu amatlah diperlukan bagi menentukan
bahawa program yang akan dilaksanakan ini berkualiti dan benar-benar memberi manfaat besar kepada
individu pelajar golongan sasar. Ini adalah selaras dengan matlamat untuk melahirkan pelajar yang
mempunyai sahsiah peribadi mantap yang mampu membuat perubahan seterusnya memberi kesan yang
besar kepada diri sendiri, warga sekolah, masyarakat dan agama.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………… ………………………………………
( ALI BIN MOHD IKHWAN ) (ABD SAMAD BIN SEDARI)
Setiausaha AQBAL GPK Pentadbiran SKPS

Disahkan oleh,

.............................................................
(NORSIAH BT KHALIL )
GURU BESAR
SK PARIT SERONG

Anda mungkin juga menyukai