Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA

KURSUS KECEMERLANGAN KEPIMPINAN PENGAWAS


SMK DANG ANUM 2010

TEMA :”KEPIMPINAN CEMERLANG MEMARTABATKAN SEKOLAH GEMILANG”

1. PENGENALAN

Kepimpinan adalah peranan sosial yang dimainkan oleh seseorang atas sesuatu
kumpulan dalam membawa kelompok atau masyarakat ke arah satu tujuan tertentu.

Di sekolah, pelajar-pelajar yang dikenal pasti memiliki sifat kepimpinan dilantik untuk
menjadi pemimpin bagi kelompok atau masyarakat mereka. Oleh kerana
kepimpinan setiasa lahir dalam berbagai hala, pemimpin-pemimpin muda ini harus
dibentuk dan dibimbing agar menjadi pemimpin yang berwibawa.

Kefahaman tentang definasi kepimpinan, tanggungjawab, keperluan ketahanan


fizikal, mental, dan emosi akan dapat membantu pemimpin-pemimpin muda ini
menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan, amanah, dan
komitmen.

2. RASIONAL

Pelajar-pelajar yang dilantik sebagai pemimpin kebanyakannya hanya dikenal pasti


mempunyai sifat kepimpinan. Mereka masih mentah dan tidak berpengalaman serta
kurang dan tidak mempunyai pengetahuan tentang kepimpinan. Oleh itu, mereka
harus dilatih dan dibimbing tentang kepimpinan dan diberi ilmu serta ketahanan agar
mereka dapat menjalankan tugas dengan berkesan.

3. MATLAMAT

Program ini diharapkan dapat membentuk para pemimpin muda SMK Dang Anum
menjadi seorang pemimpin yang berketrampilan dan berwibawa. Pemimpin-
pemimpin ini akan dapat menjalankan tangguangjawab mereka dengan ikhlas,
dedikasi, dan komited dengan tugas yang diberi. Mereka juga akan dapat menjadi
contoh kepada rakan-rakan yang lain dan membantu pihak sekolah dalam apa jua
aktiviti yang dijalankan.

4. OBJEKTIF

Diakhir program ini diharap para peserta akan :

4.1 Mempertingkatkan daya kepimpinan dalam diri mereka.


4.2 Mempunyai kemahiran untuk menjalankan mesyuarat dan menguruskan Majlis
Tertinggi Pengawas,
4.3 Menerapkan rasa tanggungjawab, amanah, peka terhadap persekitaran, dan
dapat menjalankan tanggungjawab dengan rasa ikhlas, jujur serta dedikasi.
4.4 Menwujudkan kerjasama yang erat di samping ikatan yang kuat dalam
menjalankan tanggungjawab bersama.
4.5 Membina ketahanan fizikal, emosi, dan mental serta dapat bertindak dengan
rasional dalam apa jua keadaan.
4.6 Dapat menjadi pemimpin yang boleh diteladani.

5. KUMPULAN SASARAN

- Pengawas Sekolah
- Pengawas Kebersihan
- Pengawas Pusat Sumber
- Pengawas SPBT
(100 orang pelajar)

6. PERSONALIA

Guru-guru Disiplin
Guru-guru Pengawas
Guru-guru Pengawas Kebersihan
Guru-guru Pengawas Pusat Sumber
Guru-guru Pengawas SPBT
AJK Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
AJK Program
Fasilitator Jemputan

7. JANGKA MASA PELAKSANAAN

2 Hari (Sabtu dan Ahad)

8. TARIKH / TEMPAT
10 dan 11 April 2010
(Sabtu dan Ahad)

Gunung Ledang Resort, Jasin, Melaka


9. KEWANGAN

9.1 Anggaran Perbelanjaan

bil Perkara Jumlah RM


1 Makanan dan Minuman Pelajar RM 2,000.00
2 Cenderahati Perasmian VIP RM 100.00
3 Bayaran Jurulatih Kawad Henry Gurney(3 org) RM 300.00
4 Alat Tulis/Fail/Bahan Pendua RM 300.00
5 Gambar Untuk 3 Salinan Laporan RM 60.00
6 Penceramah/Fasilitator (3 orang) RM 300.00
7 First Aid ( 2 unit) RM 100.00
8 Penginapan/Makan RM 3,000.00
JUMLAH RM 6,160.00

9.2 Cadangan Sumber Kewangan

BIL PERKARA JUMLAH


1 YB Parlimen Jasin RM 1,000.00
2 PIBG SMK Dang Anum RM 1,000.00
3 Sumbangan Syarikat/Bank RM1,160.00
4 Kutipan dari Pengawas/Penjaga RM3,000.00
JUMLAH RM3,160.00

Nota:
Semua sumbangan yang diberikan hendaklah dimasukkan dalam akaun
Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SMK Dang Anum, Merlimau, Melaka.
JAWATAN KUASA INDUK
KURSUS KECEMERLANGAN KEPIMPINAN PENGAWAS 2010
SMK Dang Anum

PENAUNG
YB DATUK WIRA HJ AHMAD BIN HJ HAMZAH
(AHLI PARLIMEN JASIN)

PENASIHAT
Pn. Hjh Maznah binti Md Nor
(Pengetua SMK Dang Anum)

PENGERUSI
En. Azahari bin Jaafar
(GPK HEM SMK Dang Anum)

NAIB PENGERUSI 1
Tn. Hj. Mohd Noh bin Sahat
(GPK 1 SMK Dang Anum)

NAIB PENGERUSI II
Pn. Salmi binti Abas
(GPK KoKu SMK Dang Anum)

SETIAUSAHA
En. Jasmi bin Bachik
Guru Pengawas SMK Dang Anum
Pn. Umi Kelsom binti Hj Dolmat
Guru Kaunseling SMK Dang Anum

AJK
Pn. Hjh. Azizah binti Jantan
Pn. Hjh. Hanizah binti Ahmat
En. Sahabuddin bin Bawok
En. Hazali bin Hasan
En. Azizan bin Jaafar
Pn. Norehan binti Ali
Pn. Adilah binti Adran
Pn. Nurliayana binti Zamat

URUSETIA/PENDAFTARAN
1. En. Mohamad Isa bin Awaf (K) Pelajar Lelaki
2. Pn. Noor Hamizah binti Hamzah (K) Pelajar Perempuan

J/K SIARAYA/PA SISTEM


1. En. Jasmi bin Bachik (K)
2. Pn. Norehan binti Ali
J/K KAWALAN KESELAMATAN/KEBERSIHAN
1. En. Hazali bin Hasan (K)
2. Pn. Hjh Hanizah binti Ahmat

J/K PERSIAPAN DEWAN/PERALATAN


1. Pn. Airinda binti Mustafa (K)
2. En. Sahabudin bin Bawok

J/K HADIAH/CENDERAMATA/SIJIL PESERTA


1. Pn. Hjh Azizah binti Jantan(K)
2. En. Jasmi bin Bachik.
3. Pn. Khadijah binti Ishak

J/K JAMUAN PELAJAR/VIP


1. Pn. Hasniza binti Mohamedon(K)
2. Cik. Roslin binti Hajis
3. Pn. Low Hwee Chen

J/K RAWATAN/KESIHATAN/KECEMASAN
1. Pn. Siti Ainon binti Erman (K)
2. Pn. Hanezah binti Hassan

J/K BACK DROP


1. Tn Hj. Jasny bin Md Nor (K)
2. En. Md Zamri bin Samat

J/K BROSUR/BUKU CENDERAMATA


1. Pn. Norfiza binti Ab Lajis (K)
2. Cik. Roslin binti Hajis

J/K PENGANGKUTAN.
1. En. Mohd Din bin Azam (K)
2. En. Jasmi bin Bachik

J/K PENGINAPAN PELAJAR LELAKI


1. En. Jasmi bin Bachik (K)
2. En. Hazali bin Hasan
3. En. A. Balakrishnan

J/K PENGINAPAN PELAJAR PEREMPUAN


1. Pn. Noor Hamizah binti Hamzah.(K)
2. Pn. Khadijah binti Ishak
3. Pn. Hasniza binti Mohamedon
J/K FASILITATOR/PENCERAMAH/JURU LATIH KAWAD KAKI
1. En. Azizan bin Jaafar (K)
2. Pn. Norfiza binti Ab Lajis

J/K PENULIS LAPORAN


1. Pn. Adilah binti Adran(K)
2. Pn. Nurliayana binti Zamat

IMAM DAN PEMBACA DOA


En. Hazali bin Hasan

JURU ACARA MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN/PENUTUP


Pn. Umi Kelsom binti Hj Dolmat

JURU GAMBAR
En. Roslinorazam bin Kalivan

RM 9030.0

JUMLAH
RM 9030.
10. SRATEGI PELAKSANAAN
10.1 Perbincangan penasihat
-penetapan tarikh, tempat, dan sumber kewangan
10.2 Menyediakan AJK bertugas beserta bidang tugas masing-masing
10.3 Mesyuarat jawatankuasa
10.4 Mengedarkan surat kebenaran ibu bapa
10.5 Persediaan program oleh AJK
10.6 Perlaksanaan program
10.7 Penilaian program

11. PERISIAN PROGRAM


i. Ceramah
ii. Latihan Dinamika Kumpulan
iii. Qiamullail
iv. Kembara Minda
v. Kuliah Akhlak
vi. Kawad Kaki.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DANG ANUM
JADUAL KURSUS KECEMERLANGAN KEPIMPINAN PELAJAR 2010
10 DAN 11 APRIL 2010
12.ATURCARA:

10 APRIL 2010 (SABTU)

7.00 pg - Para peserta mendaftar diri


7.30 pg - Sarapan pagi
8.00 pg - Taklimat
9.00 pg - Majlis Perasmian Pemimpin Pelajar
oleh YB Datuk Wira Hj Ahmad bin Hj.
Hamzah(AHLI PARLIMEN JASIN)
10.00 pg - Minum pagi
10.30 pg - Ceramah Disiplin Oleh JPM Unit HEM
12.00 tgh - Soal-jawab/Ice Breaking
12.30 tgh - Makan tengah hari
1.20 ptg - Solat Zohor berjemaah
2.00 ptg - Ceramah 2 : Menguruskan Mesyuarat
Induk
4.00 ptg - Bengkel/LDK
4.45 ptg - Solat Asar berjemaah
5.00 ptg - LDK 2
5.30 ptg - Riadah/Sukan
6.30 ptg - Mengurus Diri
7.00 mlm - Makan malam
7.30 mlm - Solat Maghrib berjemaah
7.45 mlm - Bacaan Yasin dan Solat Hajat
8.30 mlm - Solat Isyak berjemaah
9.00 mlm - Ceramah: “Tanggungjawab dan Peranan
Seorang Pemimpin Islam” oleh En.
Mohamad bin Tamsari.(Kaunselor JPM)
10.30 mlm - LDK 2
11.30 mlm - Mengurus Diri
12.00 mlm - Tamat

11 APRIL 2010 (AHAD)

5.30 pg - Solat Subuh berjemaah


6.00 pg - Tazkirah oleh Ustaz Hazali bin Hasan
6.45 pg - Senamrobik
7.15 pg - Sarapan pagi
7.45 pg - Bergerak ke padang
8.00 pg - Taklimat aktivti
10.30 pg - Minum pagi.
11.00 pg - Kawad kaki (En. Fakaruddin Mohd.Nor)
12.00 tgh - Makan tengah hari.
1.15 ptg - Solat Zohor berjemaah.
2.30 ptg - Ceramah 2: Mengelolakan organisasi
4.30 ptg - Minum petang.
5.00 ptg - Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan
Guru, SMK Dang Anum
5.30 ptg - Bersurai
**Semua aktiviti tertakluk kepada pindaan semasa mengikut
tingkahlaku kolaboratif peserta dan sikap.

13.PENILAIAN

i.. Program ini akan dinilai melalui :


ii.Borang Penilaian Program
iiiTemubual dengan beberapa orang peserta

14.PENUTUP

Program ini merupakan satu program yang agak besar di peringkat sekolah. Oleh
itu, semua ahli jawatankuasa khasnya dan semua warga sekolah amnya termasuk
para pelajar dan ibu bapa serta masyarakat sekeliling diharap dapat memberi
kerjasama dan komitmen dalam menjayakan pogram ini . Pihak sekolah juga sangat
mengharapkan sumbangan dan bantuan daripada syarikat-syarikat swasta, bank
atau badan koperat untuk menyumbang dalam bentuk kewangan, membantu
menampung kos perbelanjaan kursus ini. Kerjasma dan usaha murni semua yang
terlibat akan membantu dan memastikan perjalanan program berjalan lancar.
Semoga segala usaha yang diusahakan akan diberkati Allah s.wt.

Disediakan oleh,

………………………………
(En. Jasmi bin Bachik)
Guru Pengawas
SMK Dang Anum
77300 Merlimau,
Melaka.

Disahkan oleh

Anda mungkin juga menyukai