Anda di halaman 1dari 4

KURSUS KEPEMIMPINAN WAJA DIRI PENGAWAS SEKOLAH

SMK. ABDUL RAHMAN TALIB, TELUK INTAN


TAHUN 2007

1. PENDAHULUAN
Pengawas sekolah merupakan sekumpulan pelajar yang dilantik khas oleh pihak
sekolah untuk membantu dalam pengurusan disiplin pelajar. Unit Bimbingan dan
Kaunseling dengan kerjasama Badan Pengawas Sekolah bercadang mengadakan satu
kursus kepemimpinan terhadap pengawas-pengawas sekolah yang dilantik ini.
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan tentang pentingnya kepimpinan yang
dedikasi dan fleksibel. Ianya dirancang untuk meningkatkan tahap pengetahuan
tentang bagaimana untuk menjadi seorang pemimpin yang cemerlang dan mampu
untuk mentadbir sesebuah organisasi atau pasukan dan menambahkan motivasi
dalaman dan luaran para peserta sepanjang program ini dilangsungkan serta
sebagai salah satu usaha melahirkan warga Malaysia yang berwawasan.

2. RASIONAL
Pelajar-pelajar yang dilantik sebagai pengawas perlu diberi latihan kepimpinan
supaya mereka:
2.1. mahir menguruskan masa dengan berkesan;
2.2. mempunyai kemahiran untuk melaksanakan peranan mereka sebagai
pengawas;
2.3. mengamalkan ciri-ciri kepimpinan yang baik agar pelajar-pelajar lain dapat
menerima dan menghormati mereka sebagai pemimpin sekolah.

3. MATLAMAT
Memberi kesedaran kepada para pelajar tentang ciri-ciri pemimpin yang cemerlang
dan mentadbir sesebuah organisasi atau individu serta melahirkan generasi remaja
yang berdikari, berkarisma serta mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi dalam
usaha membina ketahanan diri untuk mengharungi arus globalisasi yang semakin
mencabar.

4. OBJEKTIF

4.1. Meningkatkan pengetahuan tentang aspek kepimpinan dan kepemimpinan


yang diperlukan sebagai seorang pemimpin pelajar;
4.2. Membina jati diri yang berpaksikan kepada penguasaan pelbagai kemahiran
termasuk kemahiran asertif, komunikasi interpersonal, menangani tekanan
dan pengamalan nilai murni;
4.3. Mengenalpasti aspek-aspek diri untuk membantu menjana perkembangan
konsep kendiri dan meningkatkan harga diri sebagai seorang pemimpin
pelajar;
4.4. Pengetahuan tentang pengurusan masa, organisasi dan pengurusan sumber
manusia yang ada hubungkait dengan kepemimpinan Badan Pengawas
sekolah;
4.5. Menyesuaikan diri dengan persekitaran dalam usaha memahami fenomena
konsep kendiri yang rendah dan perlakuan agresif rakan remaja yang
dipimpin;
4.6. Kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi denga rakan sebaya agar
mereka dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang berguna dari
aspek kepemimpinan.

5. KUMPULAN SASARAN
Semua pengawas sekolah yang dilantik.

6. PELAKSANAAN PROGRAM
6.1. Tarikh : 10hb Mac – 12hb Mac 2007
6.2. Hari : Sabtu , Ahad & Isnin.
6.3. Tempat : SMK. Dr. Burhanuddin, Taiping dan Bukit Larut Taiping.

7. KAEDAH PELAKSANAAN
7.1. Ceramah
7.2. Bengkel
7.3. LDK
7.4. Riadah

8. JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : En. Mohd. Hashim Bin Ahmad


(Pengetua SMART)
Pengerusi : Pn. Normah Binti Kamaruddin
(Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi 1 : En. Mohd. Radzi Bin Ismail
(Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : En. Amin Zaki Bin Mohamad Yusuf
(Penolong Kanan Ko-Kurikulum)
Penyelaras Program : En. Roshaimmi Bin Mohamad
(Guru Bimbingan & Kaunseling)
Setiausaha : Encik Ahmad Hilmi Bin Sabuki
(Guru Badan Pengawas Sekolah)
Pen. Setiausaha : Puan Umi Hanom Bt. Umar

AJK-AJK
En. Norizal Bin Fatahum
YM. Pn. Raja Sarina Bt. Raja Seman
En. Mohd. Aziz Bin Harun
En. Mohd. Khuzaimi Bin Mohd. Nordin
Pn. Arbaiyah Bt. Basiran

9. KEWANGAN

Bil. SUMBER KEWANGAN Jumlah (RM)


1 Yuran Penyertaan Peserta 100 orang @ RM35.00 RM3500.00
2 Peruntukan Bimbingan & Kaunseling RM 800.00
3 Sumbangan PIBG RM 1500.00
JUMLAH RM5800.00
PERBELANJAAN
1 Makan & Minum Peserta 100 orang @ RM25.00 (3hari 2 malam) RM 2500.00
2 Penginapan (Asrama ) RM5 x 2mlm x 100 orang RM1000.00
3 Pengangkutan ( Sewa bas sekolah) pergi balik RM900.00 x 2 bas RM1800.00
4 Bahan Edaran Kursus (Fail, bahan bercetak) RM 200.00
5 Peralatan Kursus (tag nama, tali, ubat-ubatan, fotografi) RM 200.00
6 Banner & Publisiti RM 100.00
JUMLAH BESAR RM5800.00

10. JADUAL PELAKSANAAN

MASA/ TARIKH 10 MAC/ SABTU 11 MAC / AHAD 12 MAC/ ISNIN


5.30 pg Bangun dan Persiapan Diri Bangun dan Persiapan Diri

6.00 pg Solat Subuh dan Kuliah subuh/ Solat Subuh dan Kuliah
Kuliah Moral subuh/Kuliah Moral
7.00 pg Bertolak ke Bukit Larut Senaman Pagi
8.00 pg Sarapan pagi Sarapan pagi
8.30 pg
Bertolak ke MRSM Taiping dari BAKUN Agape Love

SMART/ Pendaftaran &


10.30 pg Pengurusan Penginapan REHAT REHAT
11.00 pg Taklimat Kursus/
Majlis Suai Kenal Bersama Pemimpin Hebat Penilaian & Majlis Penutup

Fasilitator (LDK)
1.00 tgh Makan Tengahari & Solat Zohor Makan Tengahari, Makan Tengahari, Solat Zohor dan
Solat Zohor
2.30 ptg Ice Breaking & Team Building Siapa Saya? Bertolak pulang ke SMART
Inventori Tajma
4.30 ptg Minum Petang Minum Petang
Solat Asar Solat Asar
5.15 ptg RIADAH RIADAH
6.30 ptg Makan malam Makan malam
dan Persiapan Diri dan Persiapan Diri
7.15 ptg Solat Maghrib, Kuliah Solat Maghrib,
Maghrib/Kuliah Moral Kuliah Maghrib/Kuliah Moral, dan
dan Solat Isyak Solat Isyak
9.15 mlm Sistem BP & Pengurusan BP
PAC
11.15 ptg
Minum malam Minum Malam
11.30 mlm
Tidur Tidur

11. PENUTUP

Usaha murni ini sudah pasti menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang
tentu memerlukan sokongan pelbagai pihak untuk menjayakannya. Strategi dan
perancangan yang kemas membolehkan program ini dilaksanakan secara berkesan.
Kerjasama daripada semua pihak bukanlah sekadar sokongan moral sahaja, malah
sokongan boleh diberikan melalui tenaga, idea dan material. Adalah menjadi
harapan kami agar selepas program ini akan berlaku perubahan dalam diri
pengawas untuk membantu meningkatkan lagi keberkesanan mutu disiplin sekolah
sehingga dapat melahirkan insan yang Berilmu, Berakhlak dan Berwawasan

Anda mungkin juga menyukai