Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU MUDA,

PPR BATU MUDA, 51200 KUALA LUMPUR.

KERTAS KERJA
KURSUS
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
MODUL BONGSU DAN LAWATAN
SAMBIL BELAJAR KE LANGKAWI

TARIKH : 14 – 16 MAC 2016


HARI : ISNIN - RABU
TEMPAT : PEJABAT PENDIDIKAN
DAERAH LANGKAWI &
SK SERI NEGERI,
LANGKAWI
MASA : 7.30 PAGI (ISNIN) HINGGA
6.00 PETANG (RABU)

Anjuran Bersama Unit Bimbingan & Kaunseling SK Batu Muda, Unit


Kokurikulum SK Batu Muda, Kuala Lumpur, Unit Bimbingan & Kaunseling SK
Seri Negeri, Langkawi dan Majlis Guru Kaunseling Daerah Langkawi
VISI

1
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu


Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

MATLAMAT

 Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu


 Melahirkan insan yang beriman,berakhlak mulia,berilmu,berketrampilan,
dan sejahtera
 Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
 Memberikan peluang-peluang pendidikan kepada semua warga Malaysia

PIAGAM SEKOLAH

Kami warga SKBM dengan penuh kesedaran berikrar untuk mencapai kecemerlangan ke
tahap optima dalam kurikulum,kokurikulum dan sahsiah diri berteraskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan .
Kami akan mencapai hasrat ini dengan :

 Menjalankan sistem pendidikan dengan berkesan dan berkualiti .

 Penglibatan secara menyeluruh dan bersepadu di dalam aktiviti kokurikulum dan


kurikulum .

 Melahirkan pelajar yang berdisiplin , berakhlak mulia dan cintakan sekolah .

 Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif , harmoni , selamat dan selesa .

 Melayani ibu bapa / penjaga dengan penuh hormat dan tanggungjawab .

1.0 Tujuan

2
Kertas cadangan ini bertujuan untuk mencadangkan pelaksanaan Kursus Pembimbing
Rakan Sebaya Modul Bongsu 2016 dan Lawatan Sambil Belajar ke Langkawi.

2.0 Latar Belakang dan Justifikasi Program


Tidak dapat dinafikan bahawa rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap
pelajar. Dalam usaha mencari-cari identiti diri, para pelajar banyak bergantung kepada
rakan sebaya untuk mendapat panduan hidup dengan dipengaruhi oleh unsur positif
dan negatif. Fenomena inilah yang mendorong melatih pelajar dengan beberapa
kemahiran mempengaruhi kawan melalui membina perhubungan mesra dan menjadi
contoh teladan.

Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) mampu membantu pihak Unit Bimbingan &
Kaunseling menjana pembentukan sahsiah dan minda para pelajar, PRS yang terlatih
dalam kemahiran asas menolong sangat penting untuk meningkatkan lagi perkhidmatan
Bimbingan & Kaunseling di sekolah ini.

Untuk melengkapkan pengetahuan dari sumbangan pelajar membantu rakan maka


mereka perlu diberi kursus dan latihan asas supaya peranan mereka lebih berkesan.

3.0 Matlamat Program

3.1 Mendapat pengetahuan dan berupaya memahami dan menilai kelebihan dan
kelemahan diri.
3.2 Membina strategi bagaimana meningkatkan kelebihan diri dan mengurangkan
kelemahan diri supaya dapat membina sikap positif.
3.3 Memahami dan menguasai kemahiran asas komunikasi dan berupaya
mempraktikannya dengan rakan-rakan, guru-guru, keluarga dan orang lain.
3.4 Mengetahui dan menguasai teknik-teknik asas dalam kemahiran kaunseling
supaya mereka dapat berfungsi sebagai PRS yang peka kepada perasaan
rakan-rakan dan berupaya membantu rakan dengan lebih berkesan.
3.5 Membina daya dorongan untuk membina budaya saling membantu, hormat dan
kasih mesra antara rakan-rakan dan masyarakat sekolah.

4.0 Tarikh /Hari /Tempat

4.1 Tarikh : 14 – 16 Mac 2016


4.2 Hari : Isnin hingga Rabu
4.3 Waktu : 7.30 pagi (Isnin) - 6.00 petang (Rabu)
4.4 Tempat : SK Seri Negeri Langkawi dan PPD Daerah Langkawi, Kedah

5.0 Penyertaan
5.1 Murid PRS seramai 24 orang
5.2 Guru Pengiring seramai 3 orang
5.3 AJK PIBG dan Ibubapa Murid PRS seramai 13 orang

3
6.0 Ahli Jawatan Kuasa Program

Ahli Jawatan Kuasa program ini adalah seperti di Lampiran 1

7.0 Metodologi / Perlaksanaan Kursus dan Lawatan Sambil Belajar


7.1 Ceramah .

7.2 Bengkel

7,2 Lawatan

8.0 Aturcara

MASA PERKARA
7.30 pagi Pendaftaran
14 Mac 8.00 pagi Bertolak ke Langkawi
2016 1:00 petang Sampai di Jeti Kuala Perlis. Makan Tengahari
3.00 petang Sampai di Langkawi dan Check In Homestay
Isnin 5.00 petang Free & Easy. Lawatan sekitar Langkawi
10.00 malam Rehat dan Tidur

MASA PERKARA
5.30 pagi Bangun / Solat Subuh Berjemaah / Bersiap untuk Kursus
15 Mac 6.30 pagi Makan Sarapan Pagi
2016 7.00 pagi Bertolak ke SK Seri Negeri atau PPD Langkawi
7.30 pagi Pendaftaran di SK Seri Negeri atau PPD Lagkawi
Selasa 8:00 pagi SLOT I: PECAH BEDUNGAN
10:00 pagi Minum pagi
SLOT II: PENGENALAN PRS (KONSEP ASAS PRS, PERANAN, TUGAS
10.30 pagi
DAN TANGGUNGJAWAB, ETIKA PRS)
12:30 tgh Makan Tengahari / Solat Zohor Berjemaah / Rehat
2:00 petang SLOT III: Bengkel (KESEDARAN KENDIRI)
4:00 petang Minum Petang / Solat Asar Berjemaah
4.30 petang SLOT IV: KEMAHIRAN ASAS PRS – ASAS KOMUNIKASI
5:30 mlm Kursus Tamat

MASA PERKARA
5:30 pagi Bangun / Solat Subuh Berjemaah
7:00 pagi Cergas Cerdas
8:00 pagi Sarapan Pagi / Persiapan Diri

4
16 Mac 9:00 pagi Check Out dari Homestay dan Free & Easy Lawatan ke sekitar Langkawi
2016 12.30 tgh Bertolak ke Jeti Langkawi

Rabu
1:00 petang Sampai di Jeti Kuala Perlis. Makan Tengahari

9.0 Kewangan

Perancangan kewangan adalah seperti berikut:

9.1 Anggaran Perbelanjaan

Pakej Lawatan Langkawi 40 pax X RM280.00 RM 11,200


*Termasuk:

i) makan dan minum


selama 3 hari 2 malam
ii) penginapan di
homestay berdekatan
sekolah selama 3 hari 2
malam)
iii) pengangkutan pergi
dan balik Kuala Lumpur-
Kuala Kedah.
iv) tiket feri pergi dan balik
Kuala Kedah-Langkawi
v) pengangkutan di
Langkawi selama 3 hari 2
malam

Makan semasa kursus RM15 x 24 murid PRS RM 360.00


pada 15.3.2016 (Selasa)

Jumlah Keseluruhan RM 11,560.00

9.1 Sumber Kewangan

Kutipan Murid (RM120 X 24) RM 2,880.00

Sumbangan PIBG (RM30 X 24) RM 720.00

5
Peruntukan Kokurikulum BBTP (Kelab PRS) RM 800.00

Bayaran AJK PIBG / Ibubapa murid PRS (RM280 x13) RM 2,520.00

Sumbangan Persendirian RM 3,640.00

PCG Kaunseling RM 1,000.00

JUMLAH RM 11,560.00

10.0 Kesimpulan

Semoga kursus seperti ini dapat melahirkan ahli PRS yang berkesan dan membantu pihak
Unit Bimbingan & Kaunseling sekaligus menjana contoh teladan yang baik kepada semua
murid. Adalah amat diharapkan Pembimbing Rakan Sebaya yang mengikuti program ini
dapat meningkatkan kecemerlangan diri supaya menjadi pemimpin muda yang cemerlang
serta memberi impak yang baik untuk kemajuan SK Batu Muda negara dan bangsa.

Disediakan oleh,

SHARIFAH MAIZATUL ZURAIDA BT SYED MUSTAPHANIN


Penyelaras, ,
Kursus Pembimbing Rakan Sebaya Modul Bongsu 2016

Di semak oleh,

AZMI BIN BORHAN


Penolong Kanan Kokurikulum
SK Batu Muda

Diluluskan oleh,

TUAN KAMARIAH BT NIK SIN


Guru Besar
SK Batu Muda
PPR Batu Muda
Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai