Anda di halaman 1dari 16

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU MUDA,

PPR BATU MUDA, 51200 KUALA LUMPUR.

KERTAS KERJA
PROGRAM
MENTOR MENTEE
TAHUN 6
DAN LINUS
2014

Anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling


SK Batu Muda

VISI

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

MISI

MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI

PIAGAM SEKOLAH

Kami, Sekolah Kebangsaan Batu Muda dengan penuh kesedaran berikrar untuk
mencapai kecemerlangan ke tahap optima dalam bidang kurikulum , kokurikulum dan
sahsiah diri berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Kami akan mencapai hasrat ini dengan:

1. Menjalankan sistem pendidikan dengan berkesan dan berkualiti


2. Penglibatan secara menyeluruh dan bersepadu di dalam aktiviti kurikulum dan
kokurikulum
3. Melahirkan pelajar yang berdisiplin,berakhlak mulia dan cintakan sekolah
4. Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif,harmoni,selamat dan selesa
5. Melayani ibu bapa/penjaga dengan penuh hormat dan bertanggungjawab
KERTAS CADANGAN PROGRAM MENTOR MENTEE TAHUN 6 DAN LINUS

SK BATU MUDA 2014

PENGENALAN

Program Mentor Mentee ini bertujuan untuk membantu murid-murid tahun enam serta murid -
murid LINUS agar mereka dapat diberi semangat serta bimbingan yang berterusan agar
mereka berjaya di dalam pelajaran.Dengan adanya program seperti ini,murid-murid ini akan
sentiasa diberi perhatian agar mereka dapat berkongsi masalah khususnya di dalam bidang
pelajaran.Selain daripada itu juga mereka juga boleh berkongsi di dalam sebarang masalah
yang mereka hadapi.Guru-guru yang bertindak sebagai mentor akan berusaha sebaik yang
mungkin membantu mentee-mentee agar mereka dapat memperbaiki setiap kelemahan yang
ada pada mereka dan berusaha lebih maju dan berjaya di dalam pelajaran.

OBJEKTIF

1. Untuk memberi semangat serta bimbingan kepada murid-murid agar mereka berjaya
di dalam kehidupan terutamanya di dalam pelajaran .
2. Untuk memberi keyakinan kepada murid-murid agar mereka sentiasa berusaha demi
kejayaan di masa hadapan.
3. Untuk memberi kesedaran kepada murid-murid bahawa pentingnya ilmu pengetahuan
kepada setiap individu.
4. Untuk membantu murid-murid agar mereka sentiasa mendapat tujuk ajar yang
sewajarnya demi mengejar kejayaan.
5. Sebagai satu langkah perkongsian pintar antara mentor dan mentee di dalam usaha
meningkatkan prestasi pembelajaran.

TARIKH PELAKSANAAN

Feb hingga Ogos 2014

MASA

12.05 Tengah hari hingga 12.35 Tengah hari

HARI

Jumaat

KUMPULAN SASARAN

Semua murid Tahun Enam dan murid-murid LINUS


JAWATANKUASA

Penasihat : Pn Hjh Nor Aishah Bt Asadur Rahman (Guru Besar )


Pengerusi : En Mohd Razif B. Mohd Tahir (GPK Tadbir & Kurikulum )
Setiausaha : Pn Ezalinda Bt Zakaria (Guru Bimbingan Sepenuh Masa )
Naib Setiausaha : Pn Nurul Fadilah bt Mohd Amin (Guru LINUS)
Dokumentasi : Pn Norhasnida bt Mat Zin (Guru Pemulihan)
AJK : Semua guru terlibat

PERUNTUKAN KEWANGAN

Hadiah untuk murid-murid terbaik

Bil Perkara Jumlah


1. Hadiah kumpulan mentor mentee tahun enam terbaik pertama RM 48
4 orang x RM 12
2. Hadiah kumpulan mentor mentee tahun enam terbaik kedua RM 40
4 orang x RM 10
3. Hadiah kumpulan mentor mentee tahun enam terbaik ketiga RM 32
4 orang x RM 8
4. Hadiah kumpulan mentor mentee LINUS terbaik pertama RM 48
4 orang x RM 12
5. Hadiah kumpulan mentor mentee LINUS terbaik kedua RM 40
4 orang x RM 10
6. Hadiah kumpulan mentor mentee LINUS terbaik ketiga RM 32
4 orang x RM 8
7. Hadiah Mentee UPSR Lelaki Terbaik RM 30
8. Hadiah Mentee UPSR Perempuan Terbaik RM 30

JUMLAH BESAR RM300.00

 Peruntukan kewangan diperolehi daripada PCG Unit Bimbingan Dan


Kaunseling
JADUAL PERJUMPAAN

SETIAP HARI JUMAAT

(MASA: 12.05 – 12.35 TENGAH HARI)

BIL TARIKH TOPIK PERBINCANGAN

1 14 FEB 2014 SESI BERKENALAN MENTOR BERSAMA MENTEE


GRAF PRESTASI DIRI
2 28 FEB 2014 TOPIK BAHASA MALAYSIA PEMAHAMAN
(SOALAN 1-25)
3 7 MAC 2014 GRAF HAYAT HIDUPKU
4 21 MAC 2014 BAHASA INGGERIS (SIMPLE PAST TENSE)
5 4 APRIL 2014 KAWAL DIRI
6 18 APRIL 2014 BIJAK MATEMATIK SET D
7 9 MEI 2014 MASIH ADA YANG SAYANG
8 23 MEI 2014 SAINS TOPIK PENGAWETAN MAKANAN
9 20 JUN 2014 ORIENTASI KE ALAM SEKOLAH MENENGAH
10 15 OGOS 2014 MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH UNTUK
SELEPAS BACAAN YAASIN) MENTEE-MENTEE CEMERLANG

JADUAL KEDATANGAN MURID

BIL NAMA MURID / TARIKH

1.

2.

3.

4.
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU MUDA
PPR BATU MUDA, 51200 KUALA LUMPUR
Tel : 03-62595642 Fax : 03-62595644

RUJ KAMI : SKBM 02 / 02 / 006 ( 25 )

TARIKH : 3 FEBRUARI 2014

Kepada :

Semua ibubapa / penjaga


Murid – murid Tahun Enam / Murid – murid LINUS
Sekolah Kebangsaan Batu Muda, PPR Batu Muda,
51200 Kuala Lumpur

Tuan,

PROGRAM MENTOR MENTEE TAHUN ENAM DAN LINUS 2014

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas .

2. Untuk makluman pihak tuan / puan , Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah
menganjurkan program-program seperti di atas sebagai salah satu langkah bagi membantu
anak- anak tuan / puan agar dapat meningkatkan lagi prestasi pelajaran mereka di dalam
bidang akademik .

3. Jadual waktu bagi program ini adalah seperti butiran berikut :

Tarikh : 14 Feb, 28 Feb , 7 Mac, 21 Mac , 4 Apr ,18 April , 9 Mei, 23 Mei , 20 Jun ,

dan 15 Ogos,

Masa : 12.05 hingga 12.35 Tengah hari

Hari : Jumaat

4. Diharap mendapat kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan / puan demi
melancarkan program yang telah dirancang untuk kebaikan murid – murid di sekolah ini .

Sekian terima kasih

Saya yang menurut perintah


PENUTUP

Diharapkan program mentor mentee ini dapat memberikan manfaat yang berguna kepada
semua murid tahun enam dan murid-murid Linus agar wujud satu kerjasama erat di antara
mentor dan mentee yang boleh membawa satu gelombang perubahan terhadap prestasi
akademik mereka.Semoga perjumpaan di antara mereka akan membuahkan persefahaman
erat sekaligus meningkatkan tahap akademik dan penguasaan pelajaran mereka

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

Pn Ezalinda bt Zakaria
Setiausaha
Program Mentor Mentee
2014 .
SENARAI NAMA MURID YANG MENUNJUKKAN PENINGKATAN PRESTASI MENGIKUT
MATA PELAJARAN DI DALAM PROGRAM MENTOR MENTEE 2012

PEMAHAMAN 1. NURUL SYAKIRA (6A) 2. NUR ATHIRAH HAIROL (6A)


3. M.HAZAIREL (6B) 4. NURUL MAIZATUL HANA
(6B)
5. ALIFF ASMAWI (6C) 6. M.ZULHAIRI (6C)
7. M.AIMAN FARHAN(6D) 8. NUR AQILAH (6C)
9. M.ZULFAHMI HAKIMI (6E)
PENULISAN 1. AMIRAH NAJIHAH (6A) 2. M.DANIEL NAQUIDIN (6A)
3. M.AMMAR FITRI ( 6B) 4. M.HAFIZUDDIN (6B)
5. W.ALIFAH ILYANA (6C) 6. M.SALMAN ALFARISI (6C)
7. SITI NUR HIDAYAH (6D) 8. TG.M.ASHRAF (6D)
9. NUR NATASYA (6E)

B.INGGERIS 1. NURFATIN ATHIRA (6A) 2. AISHAH (6A)


3. NGOOI KAH LOKE (6B) 4. FATIN NUR ALISSA (6B)
5. ABD.AZIM ( 6C) 6. M.AMIRUDDIN (6C)
7. M.NAIM ( 6D) 8. M.AMIRUL SYAFIQ (6D)
9. JAMILAH (6E)

MATEMATIK 1. NUR SALSABILLA FIRDAUS (6A) 2. M.SHAFIQ (6A)


3. AINA HADHIRAH (6B) 4. EMYLIA AYU NATHASA (6A)
5. DYG NUR RAIHANAH (6C) 6. MARLIANA ASYIKIN (6C)
7. M.AMIRUL HAKIMI (6D) 8. NURUL FAATIHAH (6D)
9. NUR HANA NAJWA (6E)

SAINS 1. NUR WAHIDAH (6A) 2. SAIFUL NABIL (6A)


3. AINUR NAJIHA (6B) 4. CAROLLYNA MICHELE (6B)
5. MUHD IZZUDIN (6C) 6. MUHD SAFWAN (6C)
7. M.SYAHBAAZ ALQURTUBI (6D) 8. M.FIRDAUS (6D)
9. M.FADLI (6E)
GAMBAR SEMASA PENGAGIHAN KUMPULAN MENTOR MENTEE THN 6 & LINUS
PEMBERIAN HADIAH KEPADA MURID YANG MENUNJUKKAN PENINGKATAN PRESTASI
MENGIKUT MATA PELAJARAN DI DALAM PROGRAM MENTOR MENTEE 2012
PERJUMPAAN MENTOR MENTEE

Anda mungkin juga menyukai