Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU MUDA,

PPR BATU MUDA, 51200 KUALA LUMPUR.

KERTAS KERJA
MAJLIS DIALOG IBU BAPA DAN
GURU TAHUN ENAM
2012
TARIKH : 11 FEBRUARI 2012
HARI : SABTU
TEMPAT : DEWAN TERBUKA
SK BATU MUDA,
KUALA LUMPUR
MASA : 8.30 PAGI -12.30 TGH

Anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling SK BATU MUDA, KL

1
VISI

Sekolah Kebangsaan Batu Muda cemerlang di peringkat Zon Sentul menjelang


2015.

MISI

Memberikan pendidikan seimbang kepada pelajar melalui pengurusan pendidikan


berkualiti bagi
Melahirkan modal insan cemerlang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan .

PIAGAM SEKOLAH

Kami , Sekolah Kebangsaan Batu Muda dengan penuh kesedaran berikrar untuk
mencapai kecemerlangan ke tahap optima dalam bidang kurikulum , kokurikulum
dan sahsiah diri berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Tujuan

1 Kertas cadangan ini bertujuan untuk mencadangkan pelaksanaan Majlis


Dialog Ibu Bapa dan Guru Tahun Enam SK Batu Muda 2012.

Latar Belakang dan Justifikasi Program

2. Majlis Dialog Ibu Bapa dan Guru Pelajar Tahun Enam merupakan salah satu
daripada acara tahunan yang terkandung di dalam takwim tahunan sekolah.Interaksi
akademik yang melibatkan ibu bapa pelajar tahun enam dengan guru-guru
merupakan satu platform terbaik untuk menghubungkan interaksi dan kerjasama
yang jitu di antara pihak guru dan ibu bapa demi masa hadapan cemerlang para
pelajar.Oleh yang demikian, interaksi di antara ibu bapa dan guru ini di harapkan
akan menjadi medan untuk menyalurkan pelbagai maklumat dan informasi tentang
pencapaian semasa pelajar tahun enam serta perancangan-perancangan yang akan
dilakukan oleh pihak sekolah demi memartabatkan pencapaian akademik
pelajar.Majlis Dialog Ibu Bapa Pelajar ini juga di harapkan dapat menjadi landasan
kepada sebuah perkongsian pintar di antara ibu bapa dan guru di mana segala
cadangan dan tindakbalas daripada kedua-dua pihak dapat dikongsikan dan diambil
tindakan. Ia juga merupakan batu asas kepada keprihatinan pihak ibu bapa dan guru
bagi menyuntik motivasi dan semangat kepada para pelajar tahun enam yang akan
menghadapi peperiksaan sekaligus memperkasakan diri mereka ke arah
kecemerlangan serta menanam nilai-nilai moral yang tinggi, yang penuh kesopanan
dan kesusilaan selaras dengan keindahan ajaran agama dan kehendak Falsafah
Pendidikan Negara.

Matlamat Program

2
3. Majlis ini bermatlamatkan:

3.1 Sebagai saluran yang dapat menjana minda ibu bapa pelajar tahun
enam tentang konsep keibubapaan;

3.2 Memberi kefahaman kepada ibu bapa tentang prestasi semasa


akademik anak-anak mereka yang akan mengambil peperiksaan pada
tahun ini

3.3 Menjadi platform terbaik kepada pihak ibu bapa dan sekolah untuk
berinteraksi dengan perkongsian idea, pendapat, cadangan serta
tindakan yang boleh dilakukan demi memastikan kecemerlangan
pelajar tahun enam;

3.4 Sebagai jalinan silaturrahim dan ukhuwah di antara pihak sekolah


dengan ibu bapa pelajar

Tarikh /Hari /Tempat

4. Tarikh : 11 Februari 2012


Hari : Sabtu
Waktu : 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tema : “Keluarga Prihatin Pemangkin Kecemerlangan Anak-Anak”
Tempat : Dewan Terbuka SK Batu Muda

Penyertaan

5. Penyertaan adalah kepada semua ibu bapa pelajar Tahun Enam,guru-guru


tahun enam serta murid-murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Batu Muda

Ahli Jawatan Kuasa Program

6. Ahli Jawatan Kuasa program ini adalah seperti di Lampiran 1

3
Pelaksanaan Kursus

7. Pengisian program dan kaedah perlaksanaan (Methodology) kursus ini akan


dibuat melalui;

7.1 Ceramah; yang akan menyentuh pelbagai aspek berkaitan dengan


keibubapaan,akademik, moral dan sahsiah pelajar

7.2 Sesi dialog di antara ibu bapa dan guru-guru tahun enam.

7.3 Bacaan Akujanji UPSR 2012 oleh murid-murid tahun enam

Aturcara

8. Cadangan Aturcara majlis ini adalah seperti di berikut

MAJLIS DIALOG IBU BAPA DAN GURU TAHUN ENAM


SK BATU MUDA 2012

Tarikh: 11 Februari 2012 Tempat: Dewan Terbuka SK Batu Muda

Masa Tentatif
8.30 pagi Ketibaan dan pendaftaran Ibu bapa dan Pelajar Tahun Enam
8.40 pagi Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
8.45 pagi Bacaan Doa
8.50 pagi Majlis Perasmian oleh Guru Besar SK Batu Muda
Yang Berusaha Puan Nor Aishah bt Asadur Rahman
9.00 pagi Ceramah Keibubapaan
“Ibu bapa Cemerlang Pemangkin Anak-anak Gemilang”
Oleh Puan Suzana Bt Ghazali
Pakar Motivasi Kekeluargaan
11.00 pagi Sesi Dialog Ibu Bapa dan Guru Tahun Enam
12.00 pagi Majlis Akujanji Pelajar Tahun Enam
12.15 tengah hari Minum Rehat dan Bersurai

4
Kewangan

9. Perancangan kewangan adalah seperti berikut:

Anggaran Perbelanjaan

Minum Rehat Minum Rehat RM 2.00 x 180 = RM 360.00


orang ibu bapa
Minum Rehat RM 1.00 x 180 = RM 180.00
orang murid-murid
Penceramah RM300 x 1 jam = RM 300.00
Jumlah Keseluruhan = RM 840.00

Kesimpulan

Diharapkan program ini dapat menjadi satu platform terbaik yang akan
menghubungkan ibu bapa dan guru tahun enam sebagai medan perkongsian pintar
yang dapat meningkatkan kerjasama baik di antara ibu bapa,guru-guru dan murid-
murid sekolah ini sekaligus meningkatkan pencapaian UPSR 2012.

5
Lampiran 1

AHLI JAWATANKUASA MAJLIS DIALOG IBU BAPA DAN GURU TAHUN 6


SK BATU MUDA 2012

Penasihat : Puan Hjh Nor Aishah bt Asadur Rahman


Pengerusi : En Mohd Razif b Mohd Tahir
Penyelaras : Pn Ezalinda bt Zakaria
Setiausaha : Pn Sharmila bt Shahrom
Persiapan Tempat dan Siaraya
En Muhd Nizar b Mazelan
En Zamri b Md Isa
En Mior
En Shahril
Makanan Pembaca Doa
Pn Sharmila bt Shahrom En Adib
Pn Mazidah bt Mat Saad
Pn Norheda
Pn Nurhanani
Disiplin dan Keselamatan Laporan dan Dokumentasi
En Mohd Shahnizam Pn Azilin
Pn Norzuraini Mohd Izrai Cik Nik Zuria
En Anwaruddin
Buku Program Panel Dialog
Cik Noor Fadhilah bt Rosli Semua Guru Tahun Enam
Pn Nor Mazita
Pendaftaran Pengacara Majlis
Pn Suzerawati Pn Norlisa bt Norsham
Pn Yuza Azmira bt Mat Yaut
Pn Bamavathy a/p Marimuthu
Pn Aznida bt Nasruddin
Latihan Akujanji
En Mohd Shamsol
Pn Ezalinda

6
Disediakan oleh, Disemak oleh,

Ezalinda binti Zakaria Puan Hjh Nor Aishah bt Asadur Rahman


Penyelaras, Guru Besar,
Majlis Dialog Ibu Bapa Dan Guru, SK Batu Muda
Pelajar Tahun Enam, PPR Batu Muda
2012 51200 K.Lumpur

Anda mungkin juga menyukai