Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN ( FELDA ) PASIR BESAR

73420 GEMAS
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

KERTAS KERJA
MAJLIS APRESIASI PRASEKOLAH
SK FELDA PASIR BESAR

TARIKH :
13HB FEBRUARI 2023

TEMPAT :
DEWAN SK FELDA PASIR BESAR

KELOLAAN :
PRASEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN ( FELDA ) PASIR BESAR
KERTAS KERJA
MAJLIS APRESIASI PRASEKOLAH SKPB 2022/2023

1. PENGENALAN
Majlis Apresiasi Prasekolah adalah suatu majlis gilang-gemilang yang dirancang untuk murid
prasekolah SK Felda Pasir Besar. Majlis ini diadakan bagi meraikan kejayaan murid-murid
prasekolah yang telah berjaya menamatkan pelajaran di kelas masing-masing.
Murid-murid prasekolah yang menerima pendidikan awal di kelas prasekolah adalah insan
dan aset yang amat penting dalam pembangunan negara. Pendidikan secara langsung atau tidak
langsung yang didedahkan akan menyediakan mereka kepada proses dan pengalaman yang cukup
berkesan dalam hidup mereka kelak. Pengalaman tersebut akan memberi kesan dalam menyubur dan
memantapkan potensi individu. Oleh itu Hari Aptresiasi Prasekolah adalah suatu aktiviti yang akan
membentuk pengalaman pembelajaran yang unik dan paling berharga khasnya murid-murid
prasekolah.

2. RASIONAL

Majlis Apresiasi Prasekolah adalah suatu projek yang dinamik dan menarik kepada semua pihak
khasnya kepada murid-murid prasekolah di daerah ini. Oleh itu usaha ini akan memberi peluang
kepada semua pihak khasnya para guru dan murid prasekolah dalam menimba ilmu dan pengalaman
untuk melaksanakan projek ini. Semoga usaha begini dapat melonjakkan imej sekolah dan
seterusnya menjadi pemangkin kepada murid prasekolah.

3. OBJEKTIF

3.1 Untuk menghargai usaha dan ketrampilan serta penglibatan murid-murid prasekolah
yang telah berjaya menamatkan pelajaran di prasekolah.

3.2 Untuk memupuk semangat daya saing dan memberi peluang kepada murid-murid
untuk membina sikap berani, bertanggungjawab dan berktrampilan dalam aktiviti
seumpamanya

3.3 Untuk mendidik murid-murid prasekolah agar sentiasa menghargai setiap jasa para
pendidik dan ibu bapa yang menghargai mereka melalui majlis sebegini.

4. TARIKH

4.1 Tarikh yang dicadangkan ialah pada 13hb Februari 2023 ( Isnin )
5. KUMPULAN SASARAN

5.1 Jumlah murid :


50 murid
5.3 Tetamu :
Para tetamu adalah terdiri selain daripada Tuan PPD, para jawatankuasa dan guru-
guru
5.2 Ibu bapa/ Waris:
Semua ibu bapa dan waris murid prasekolah adalah dijemput untuk menghadiri
majlis ini

6. JAWATANKUASA PROGRAM

6.1 Jawatankuasa Induk

Pengerusi : En. Abdul Rahim bin Abdullah ( Guru Besar )


Timbalan Pengerusi : Pn. Zarina Binti Zainal
( GPK Kurikulum )
Naib Pengerusi 1 : En. Mahadi Bin Abdullah
( GPK Hal Ehwal Murid )
Naib Pengerusi 2 : Pn Nosuriati binti Hasim
( GPK Ko-Kurikulum )
Penyelaras : Pn. Aspalela binti Ab Rashif

6.2 Jawatankuasa Kerja


BIL JAWATANKUASA GURU

1 Penyambut Tetamu En. Abdul Rahim bin Abdullah (Guru Besar)


Pn Zarina binti Zainal (GPK Kurikulum)
En. Mahadi bin Abdullah (GPK HEM)
Pn. Nor Suriati binti Hashim (GPK Ko
kurikulum )

2 Pengurus Majlis Pn. Aspalela Binti Abd Rashif

3 Jemputan Pn. Nizaha Binti Muri

4 Buku Program Pn Ainur Munirah Binti Hasan


Pn. Siti Nazila Binti Zainudin

5 Pendaftaran Pn. Sri Rahayu binti Mukhlas


Pn. Nur Asiah Binti Hashim

6 Pengacara Majlis Pn. Norhaida binti Ibrahim


Cik Nur Wahedah Binti Abd Rahman

7 Bacaan Doa En. Muhammad Hafiz Bin Ibrahim

8 Hadiah dan cendera hati Pn. Aspalela binti Abd Rashif


Pn. Nizaha binti Muri
Pn. Azlizawati binti Abdul Rahman
Pn. Rosliza binti Yaacob
Pn. Syairah Binti Abdullah
Pn. Faridah Binti Abu Rohan

9 Jamuan Ibu bapa Penjaga Pn. Noreha binti Md Shah


Pn. Rozaini binti Rahim
Pn. Nurul Hidayah Binti Mohd Nasir
Pn. Nor Azirah binti Muhamod

10 Fotografi En. Mohd Firdaus bin Abu Shaharen

11 Kawalan Murid / Kelas En. Hairi bin Ismail


En. Mohd Zairus bin Hamid

12 Backdrop/Hiasan Pentas Pn. Siti Nur Adibah binti Mohd Razis


Pn. Ramizah binti Zulkifly
Pn. Siti Sofiah Binti Mohd Said
Pn. Zuraidah binti Kamdani
7. TENTATIF PROGRAM
Majlis akan diadakan dalam seperti yang dicadangkan :
9.30 - 10.00 pagi
●Pendaftaran
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
10.00 pagi
●Murid mengambil tempat di dalam dewan.
●Tetamu mengambil tempat di dalam dewan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
10.15 pagi
Ketibaan Yg. Berusaha Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Tampin
 Lagu Negaraku
 Bacaan Doa
( Muhammad Umair Al Mukmin bin Bukhari )
 Persembahan Pembukaan
- Mengaji ( Prasekolah Bijak )
- Nasyid ( Prasekolah Bestari )
 Ucapan Wakil Murid
( Muhammad Ghazi bin NuzulFahmi )
 Ucapan Tuan Guru Besar
 Ucapan Yg. Berusaha Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Tampin
 Penyampaian Sijil sesi 1 ( Prasekolah Bijak )
 Persembahan Murid ( Praekolah Bijak )
 Penyampaian Sijil sesi 2 ( Prasekolah Bestari )
 Penyampaian Hadiah
- Tunjang Terbaik
- Pelajar Terbaik ( lelaki dan perempuan )
 Penyampaian Cenderahati
 Persembahan Penutupan
 Jamuan
 Bersurai

8. SUMBER KEWANGAN

8.1 Mohon sumber kewangan dari akaun Bantuan Kokurikulum Prasekolah (BKKP) sebanyak RM
426.00 ( Ringgit Empat Ratus Dua Puluh Enam Sahaja )

8.2 Mohon sumber kewangan dari akaun PCG - Per Kapita Geran sebanyak RM 570.00 ( Ringgit
Lima Ratus Tujuh Puluh Sahaja )

9. ANGGARAN PERBELANJAAN

Jumlah
Bil Perkara Harga seunit Kuantiti
Keseluruhan

1 Cenderahati Perasmi Sumbangan Hanaz World Enterprise

Bouquet ( sumbangan Pembekal makanan


2 Sumbangan Warisan AKM Trading
Warisan AKM Trading )

3 Sijil Prasekolah ( PPD Tampin ) Sumbangan PPD Tampin

4 Fail Sijil RM 1.80 50 RM 90.00

Plak Pelajar Terbaik Mengikut Tunjang

5.1Tunjang Komunikasi - Bahasa Melayu

5.2 Tunjang Komunikasi - Bahasa Inggeris

5.3 Tunjang Sains & Teknologi - Matematik


Awal
5 RM10.00 14 RM140.00
5.4 Tunjang Sains & Teknologi - Sains Awal

5.5 Tunjang kerohanian, Sikap dan Nilai-


Pendidikan Islam

5.6 Tunjang Fizikal dan Estetika

5.7 Tunjang Ketrampilan

Plak Pelajar Terbaik


6 6.1 Pelajar Terbaik Lelaki RM 16.50 4 RM 66.00

6.2 Pelajar Terbaik Perempuan

7 Beg Sekolah RM10.00 50 RM 500.00

8 Alat Tulis RM 4.00 50 RM 200.00


9 Jamuan Ibu bapa dan VIP Sumbangan Waris Prasekolah

JUMLAH KESELURUHAN RM 996.00

10. PENUTUP

Harapan agar program ini mendapat sokongan dan dilaksanakan dengan lancar mengikut
perancangan dan murid dapat dihargai dengan sebaiknya. Semoga aktiviti prasekolah ini mendapat
keberkatan dan perlindungan daripada Allah S.W.T hendaknya. Sekian.

Disediakan oleh: Disemakan oleh:

……………………………………………… …………………………………………………..

Pn Nizaha binti Muri Pn Aspalela binti Abd Rashif


Guru Prasekolah Bijak Penyelaras Prasekolah
SK Felda Pasir Besar SK Felda Pasir Besar
Tarikh : Tarikh :

KERTAS CADANGAN PERMOHONAN MAJLIS APRESIASI PRASEKOLAH

SK FELDA PASIR BESAR 2022/2023

KEPUTUSAN PENGURUSAN SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Majlis Apresiasi Prasekolah SK Felda Pasir Besar


2022/2023

atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Majlis Apresiasi Prasekolah SK Felda Pasir Besar
2022/2023

Anda mungkin juga menyukai