Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN BAKRI BATU 5

KM 8, JALAN BAKRI, 84000, MUAR, JOHOR

KERTAS KERJA
“PROJEK BISKUT RAYA”

TARIKH:

18 APRIL 2021 – 12 MEI 2021

TEMPAT:

KELAS
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN

ANJURAN:

GURU & PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM)


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)
1.0 PENGENALAN

Murid-murid Bermasalah Pembelajaran dapatlah ditakrifkan sebagai


kanak-kanak yang mengalami kelewatan dalam pembelajaran serta memerlukan
kaedah pembelajaran yang sedikit berbeza daripada kanak-kanak normal bagi
mencapai objektif Pengajaran dan Pemudahcara (PdPc). Selain daripada
masalah pembelajaran yang dihadapi mereka, kebanyakan murid-murid
berkeperluan khas ini mengalami masalah motor kasar dan halus yang agak
teruk. Kebanyakan mereka tidak dapat memegang sesuatu dengan cara yang
betul seterusnya menyukarkan aktiviti-aktiviti seharian mereka.

Oleh sebab itu, kami telah merancang Projek Biskut Raya bagi
meningkatkan lagi kefungsian motor halus murid PPKI melalui langkah-langkah
penyediaan biskut raya. Selain dapat memperbaiki kemahiran motor halus, murid
juga dapat merasai kemeriahan dan keseronokan persediaan menyambut Hari
Raya bersama-sama rakan dan guru. Projek ini juga dilihat dapat mengeratkan
lagi hubungan silaturrahim antara guru dan murid sempena bulan Ramadhan
yang mulia ini.

2.0 RASIONAL

Projek Biskut Raya bagi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)


bertujuan meningkatkan kemahiran motor halus murid PPKI SK Bakri Batu 5.
Kemahiran motor halus ini dapat dilatih melalui langkah-langkah penyediaan
biskut raya. Kemahiran motor halus adalah ini sangat penting untuk
memudahkan murid PPKI menjalani aktiviti seharian dengan lebih baik dan
mengurangkan kebergantungan kepada orang sekeliling. Oleh itu, saya
merasakan projek ini adalah sangat sesuai dilaksanakan bagi membantu dan
melatih perkembangan motor halus mereka.
Projek Biskut Raya ini juga dapat memberi pengalaman langsung kepada
murid untuk membuat sendiri biskut raya serta memberi kesempatan merasa
biskut yang telah dibuat hasil air tangan sendiri. Projek ini juga dilihat mampu
menjadi platform yang baik dalam mencungkil minat murid dalam penyediaan
kek dan biskut. Hal ini kerana, murid-murid berkeperluan khas ini sangat
memerlukan kemahiran-kemahiran sampingan untuk memastikan jaminan
pekerjaan pada era globalisasi yang makin mencabar pada masa kini.

3.0 MATLAMAT

3.1 Melatih murid-murid khas bermasalah pembelajaran menguasai


kemahiran - kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan
kehidupan seharian seperti urusan berjual beli.
3.2 Memberi pengalaman secara langsung kepada murid dalam penyediaan
biskut raya.
3.3 Memberi peluang kepada murid PPKI membuat persediaan menghadapi
Hari Raya.
3.4 Memberi peluang kepada murid mengenali jenis-jenis biskut raya.
3.5 Mengeratkan hubungan antara guru dan murid Pendidikan Khas melalui
aktiviti penyediaan biskut raya.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Memenuhi keperluan individu yang mempunyai pelbagai tahap keupayaan


ke arah kehidupan yang lebih bermakna selaras dengan kehendak
Falsafah Pendidikan Khas.
4.2 Memberi peluang kepada murid-murid istimewa berkomunikasi dengan
masyarakat sekeliling dan persekitaran.
4.3 Melahirkan perasaan yakin dan mewujudkan perasaan gembira pada
murid-murid istimewa.
4.4 Murid-murid dapat didedahkan dengan persekitaran dunia luar supaya
mereka dapat menyesuaikan dalam apa jua keadaan.
4.5 Projek ini bertujuan agar murid dapat memenuhi keperluan individu dari
segi jasmani, sosial, emosi dan rohani.

5.0 TARIKH
18 APRIL 2021 – 12 MEI 2021

6.0 TEMPAT
Kelas Pendidikan Khas Program Pendidikan Khas Integrasi.

7.0 AHLI JAWATANKUASA


Rujuk Lampiran A

8.0 KUMPULAN SASARAN


Rujuk Lampiran B

9.0 PENUTUP

Akhir sekali, dengan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bagi
daripada semua pihak yang terlibat, adalah amat diharapkan semoga projek ini
akan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan tercapai objektifnya. Diharapkan
juga projek ini dapat meransang murid untuk bergerak balas secara positif
terhadap sesuatu kemahiran disamping mengukuhkan hubungan di antara
murid, guru dan masyarakat luar.
Disediakan Oleh :

………………………….
(NURIEN AQIELAH BINTI ABD RAZAK )
Setiausaha Pendidikan Khas,
SK Bakri Batu 5.

Disemak Oleh : Disahkan Oleh :


………………………….
…………………………. (PN RASHIDAH BT IBRAHIM)
(EN.MUHAMAD ASYRAF BIN MUHAMAD LUDIN) Guru Besar,
Penyelaras Pendidikan Khas, SK Bakri Batu 5.
SK Bakri Batu 5.
LAMPIRAN A

JAWATANKUASA INDUK PROJEK BISKUT RAYA


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SEKOLAH KEBANGSAAN BAKRI BATU 5

PENGERUSI
PN RASHIDAH BT IBRAHIM
(GURU BESAR)

PENYELARAS
EN. MUHAMAD ASYRAF BIN MUHAMAD LUDIN
(PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS)

SETIAUSAHA
CIK NURIEN AQIELAH BINTI ABD RAZAK

BENDAHARI
PN. MURNIYANTI BT ABDUL KUDUS
JAWATANKUASA PELAKSANAAN

EN. MUHAMAD ASYRAF BIN MUHAMAD LUDIN


Penyelaras

EN. MOHD FAKHRUSY SYAKIRIN BIN MOHAMMED PALEL


Keselamatan & Disiplin

PUAN MURNIYANTI BT ABDUL KUDUS


Kawalan Murid

PUAN SH. ZANARIAH BT SYED OMAR


PUAN RASMILAH BINTI MOHD JONID
Aktiviti

NURIEN AQIELAH BINTI ABD RAZAK


CIK NIZARINA BT ABU BAKAR
Dokumentasi
LAMPIRAN B

KUMPULAN SASARAN

SENARAI NAMA MURID

Bil Nama Murid


1 Muhammad Haziq Ridhzuan Bin Riyanto
2 Abdul Razak Bin Abd Rashid
3 Allysa Amira Binti Abdul Ghani
4 Muhammad Yazid Bin Abdullah
5 Muhammad Farhan Bin Suhaimi
6. Muhammad Aniq Haziq Bin Abdullah
7. Muhammad Syaifulrullah Al Hafiz Bin Abdul Hadi
8. Muhammad Norazlan Bin Md Halid
9. Putera Omar Danish Bin Muhammad Najib
10. Muaz Bin Risal
11. Nur Zahirah Binti Zulkepli
12. Muhammad Luqman Haqeem Bin Zulkiflee
13. Muhammad Danial Bin Mohd Hezly
14. Muhammad Hafiz Bin Abdullah
15. Muhammad Ammar Mikhail Bin Azmi
16. Muhammad Shahrul Aiman Bin Mohd Shah
17. Dhia Zara Amanda Binti Abdullah
18. Muhammad Arfan Zuhair Bin Adzahry
19. Aisyah Fazrina Binti Farhan
20. Muhammad Khairull Anuar Bin Muhammad Hairullah
21. Puteri Halimahtul Sa'adiah Binti Ali

Anda mungkin juga menyukai