Anda di halaman 1dari 8

[KERTAS KERJA HARI POTENSI PRASEKOLAH SK SUBANG BESTARI (2) ] 2017

ISI KANDUNGAN

1. PENDAHULUAN

2. MATLAMAT

3. RASIONAL

4. OBJEKTIF

5. PELAKSANAAN

6. KUMPULAN SASARAN

7. ANGGARAN KEWANGAN

8. SUMBER KEWANGAN

9. JAWATANKUASA PENGELOLA

10. TENTATIF

11. PENUTUP
[KERTAS KERJA HARI POTENSI PRASEKOLAH SK SUBANG BESTARI (2) ] 2017

KERTAS KERJA

HARI POTENSI PRASEKOLAH


SK SUBANG BESTARI (2)

TAHUN 2017
[KERTAS KERJA HARI POTENSI PRASEKOLAH SK SUBANG BESTARI (2) ] 2017

1.0 PENDAHULUAN

Pendidikan Prasekolah merupakan satu agenda pendidikan yang utama selain


daripada agenda besar pendidikan yang lain. Pelaksanaannya menjurus kepada
pembangunan insan melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran separa
formal. Lantaran itu,pendekatan pedagogi yang sesuai harus dititik beratkan dan
konsep mudah ubah menjadi kunci kepada pelaksanaan pendidikan prasekolah.
Selaras dengan matlamat pendidikan prasekolah yang bertujuan
memperkembangkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh dalam aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran yang selamat,
menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan. Oleh yang demikian Hari Potensi
ini dirancang untuk dilaksanakan bagi menyediakan pelbagai aktiviti untuk
menyediakan pengalaman yang bermakna kepada pembentukan peribadi anak-
anak prasekolah. Aktiviti ini juga dimasukkan dalam sebagai aktiviti kokurikulum dan
kurikulum di dalam dan di luar kelas prasekolah.

2.0 MATLAMAT

Menyemai perkembangan menyeluruh muri-murid prasekolah dari segi jasmani,


emosi, dan intelek serta memberi maklumat kepada masyarakat bahawa
pendidikan awal kanak-kanak adalah penting sebagai persediaan ke alam yang
lebih formal.

2.1 Output
2.1.1 Mencungkil bakat dan potensi dalam pelbagai aspek perkembangan
kanak- kanak.
2.2 Outcome
2.2.1 Menggalakkan perkembangan sosioemosi dan sosialisasi murid
prasekolah.

3.0 RASIONAL

Rasional penganjuran Hari Potensi Prasekolah bagi membantu dan memberi


peluang kepada murid untuk menyerlahkan bakat dan potensi mereka serta
menggalakkan mereka berinteraksi melalui hubungan interpersonal. Hari Potensi ini
perlu diadakan sebagai bahan bukti kepada masyarakat betapa pentingnya
[KERTAS KERJA HARI POTENSI PRASEKOLAH SK SUBANG BESTARI (2) ] 2017

pendidikan awal sebelum memasuki Tahun 1 dan perlu diadakan untuk menghargai
kebolehan, bakat dan kemahiran generasi baru yang mempunyai potensi berbeza-
beza yang perlu dibimbing kearah kecemerlangan.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan murid-murid prasekolah


semasa menjalankan aktiviti selaras dengan aspirasi murid dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 2025.

4.2 Meningkatkan kemahiran merekacipta dalam kalangan murid-murid


prasekolah.

4.3 Menyiapkan murid yang bukan sahaja bijak membaca tetapi juga kreatif
melahirkan idea untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna.

4.4 Menggalakkan daya kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid-murid


prasekolah

5.0 PELAKSANAAN

Tarikh : 30, 31 Oktober & 1 November 2017

Hari : Isnin, Selasa & Rabu

Tempat : Prasekolah SK Subang Bestari (2)

6.0 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid Prasekolah Gemilang & Prasekolah Terbilang SK Subang Bestari (2).


[KERTAS KERJA HARI POTENSI PRASEKOLAH SK SUBANG BESTARI (2) ] 2017

7.0 ANGGARAN BELANJAWAN

BIL. PERKARA JUMLAH


1. Hadiah Pemenang :
(Membaca Lancar, Susun Huruf Jadi
Perkataan, Bijak Matematik & Ohh My
English!) RM 30 X 5 =RM 150.00
Johan RM 20 X 5 = RM 100.00
Naib Johan RM 10 X 5 = RM 50.00
Tempat ke-3 RM 5 X 5 = RM 25.00
Tempat ke-4
2. Sijil Pemenang RM 2 x 16 = RM 32.00
JUMLAH RM 357.00

8.0 SUMBER KEWANGAN

8.1 PCG Prasekolah

8.3 Sumbangan Ibu bapa

9.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

a) Jawatankuasa Induk

PENGERUSI : Puan Sapiah binti Jaffar (Guru Besar)

NAIB PENGERUSI : Puan Halijah binti Mat Ali (GPK 1)

Puan Rozaimah binti Rahamad (GPK HEM)

Encik Mohd Zambri bin Ismail (GPK Kokurikulum)

SETIAUSAHA : Puan Suriyati binti Ismail (Guru Prasekolah)

BENDAHARI : Puan Norhaslinda binti Ismail (Guru Prasekolah)

b) Jawatankuasa Kerja

a) Laporan/dokumentasi : Puan Hazirah binti Halim


b) Hadiah dan cenderamata : Puan Sarina binti Syarifuddin
[KERTAS KERJA HARI POTENSI PRASEKOLAH SK SUBANG BESTARI (2) ] 2017

c) Pengadil pertandingan : Guru Aliran Perdana & Guru Prasekolah

10.0 TENTATIF PROGRAM

MASA PERKARA

30/10/2017 Baca Lancar

(Isnin) Susun Huruf Jadi Perkataan

31/10/2017 Bijak Matematik

(Selasa) Ohh My English

01/11/2017
Mewarna
(Rabu)

02/11/2017
Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah
(Khamis)

11.0 PENUTUP

Pertandingan dan acara yang dijalankan di luar kelas ini adalah diharap dapat
meningkatkan kecerdasan fizikal dan kognitif murid prasekolah. Justeru dapat
melahirkan insan yang terdidik, mempunyai jati diri, berketerampilan dan bakal
menjadi generasi yang mampu menerajui masa hadapan Negara serta dapat
mengharungi cabaran dan bersaing dalam peringkat antarabangsa menjelang
2020.
[KERTAS KERJA HARI POTENSI PRASEKOLAH SK SUBANG BESTARI (2) ] 2017

Kertas kerja ini disediakan oleh :

(SURIYATI BINTI ISMAIL)


Guru Prasekolah,
SK Subang Bestari (2)
Shah Alam, Selangor.

Kertas kerja ini diluluskan oleh :

(SAPIAH BINTI JAFFAR)


Guru Besar,
SK Subang Bestari (2)
Shah Alam, Selangor.
[KERTAS KERJA HARI POTENSI PRASEKOLAH SK SUBANG BESTARI (2) ] 2017

Anda mungkin juga menyukai