Anda di halaman 1dari 6

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH


MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN
BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS
DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI DAN JASMANI. USAHA INI ADALAH BAGI
MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN, BERAKHLAK
MULIA, BERTANGGUNGJAWAB, BERKETRAMPILAN DAN BERKEUPAYAAN
MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI SERTA MEMBERI SUMBANGAN TERHADAP
KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN KELUARGA, MASYARAKAT DAN NEGARA.

MOTO SEKOLAH
BERWAWASAN, BERILMU, BERAKHLAK
VISI SEKOLAH
SKBR UNGGUL, PENJANA GENERASI CEMERLANG
MISI SEKOLAH
MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN DAN SAHSIAH
BERKUALITI

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS


FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS MELIPUTI SEMUA ASPEK PENDIDIKAN YANG
MENYEDIAKAN PERKEMBANGAN OPTIMA BAGI KANAK-KANAK DENGAN
KEPERLUAN-KEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS AGAR MEREKA DAPAT BERFUNGSI
SEBAGAI INDIVIDU-INDIVIDU YANG BERKEMAHIRAN, BERHALUAN, BOLEH
MERANCANG, BOLEH MENGURUS KEHIDUPAN SENDIRI, DAPAT MENYEDARI
POTENSI DIRI DAN BOLEH MENYESUAIKAN DIRI DALAM MASYARAKAT.
MISI PPKI
PENDIDIKAN KREATIF DAN INOVATIF
VISI PPKI
KE ARAH KECEMERLANGAN PPKI SKBR

BENGKEL TERAPI PERTUTURAN


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
BERMASALAH PEMBELAJARAN
SK BANDAR RINCHING
2014
1.0

PENGENALAN
Murid-murid berkeperluan khas mempunyai pelbagai masalah sama ada ketidakupayaan,

kecacatan, halangan atau rintangan untuk mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi,
sosial atau psikomotor. Mereka terdiri daripada perlbagai masalah dalam pembelajaran.
Sehubungan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-murid masalah pembelajaran mencapai
perkembangan tersebut.
Terapi pertuturan merupakan kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang
mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi. Ia bertujuan untuk
membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dan melatih murid-murid yang menghadapi
masalah artikulasi melalui latihan asas tertentu. Terapi pertuturan merupakan satu terapi yang
sangat baik dan sangat diperlukan bagi memulihkan kanak-kanak pendidikan khas ini.

2.0

RASIONAL
Perlaksanaan bengkel terapi pertuturan ini adalah bertujuan membantu guru-guru serta

ibu bapa dalam menangani masalah yang dihadapi oleh murid-murid pendidikan khas. Kaedah
yang ditunjukkan dalam mengajar murid-murid pendidikan khas akan memberi kesan dengan
cepat apabila keyakinan murid-murid bertutur itu meningkat. Selain itu, ia dapat memupuk
perkembangan sosial yang baik dan mengembangkan kemahiran sedia ada.

3.0

OBJEKTIF

3.1 Memberi pendedahan kepada guru-guru dan ibu bapa cara-cara untuk mengendalikan
terapi pertuturan dan kerohanian bagi murid-murid khas yang memerlukannya.

3.2 Membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan
berkomunikasi
3.3 Membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa

3.4 Melatih murid-murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas
tertentu
3.5 Membina keupayaan diri dan keyakinan yang tinggi di dalam diri setiap murid.
3.6 Meningkatkan sosiolisasi dan komunikasi yang baik bersama rakan sebaya, ibu bapa,
guru-guru dan masyarakat sekeliling.

4.0

MATLAMAT
Program terapi pertuturan dirancang adalah bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dan

bertukar-tukar pandangan, idea, pengalaman dan pengetahuan demi menjana insan pendidikan
khas sebagai aset negara serta memperkasakan program pendidikan khas. Melalui bengkel ini
juga dapat memberi pendedahan kepada guru dan ibu bapa serta murid-murid pendidikan khas
kepada satu pengalaman baru yang lebih menarik dan seterusnya mengeratkan silaturrahim
antara murid-murid, guru-guru dan juga pihak yang terlibat melalui aktiviti-aktiviti yang
dirancang.

5.0

SASARAN
Murid-murid PPKI, ibu bapa dan guru serta Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dari

Program Pendidikan Khas Integrasi SK Bandar Rinching.


6.0

CADANGAN TARIKH PELAKSANAAN


Tarikh

: 18 Oktober 2014

Hari

: Sabtu

Masa

: 8.00 pagi hingga 1.30 petang

Tempat: Pusat Sumber SK Bandar Rinching


7.0

ANJURAN BERSAMA
Program Pendidikan Khas Integrasi SK Bandar Rinching
Unit Terapi Pertuturan Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan PPUKM

8.0

JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi

: Pn. Siti Zahora binti Md Noor


Guru Besar SK Bandar Rinching

Naib Pengerusi

: Pn. Asmanor Sapura binti Shaori


Penolong Kanan Petang
: Pn. Mazeeta binti Mustapa Yahya
Penolong Kanan Pentadbiran
: Pn. Azlinda binti Abu
Penolong Kanan HEM
: Tn. Hj. Ishak bin Abdullah
Penolong Kanan Kokurikulum

8.1 JAWATANKUASA PELAKSANA


Pemangku GPK Pendidikan Khas
Penyelaras
Ketua Program
Setiausaha

: Pn. Asmanor Sapura binti Shaori


: Pn. Rafidah binti Rahmat
: Pn. Che Norlia binti Md Rejab
: En. Wan Mohamad bin Sulaiman

Bendahari
Pengacara Majlis

: Pn. Noridah binti Paiman


: Pn. Siti Rohani binti Bangi

Bacaan Doa

: Ustaz Wan Mohamad bin Sulaiman

AJK Sambutan & Cenderahati

: Pn. Rafidah binti Rahmat


: Cik Tuan Mazlinaida binti Mohamad
: Pn. Nor Asiah binti Ab Latiff

AJK Publisiti

: En. Muhamad Azizi bin Jazmi


: Nor Hirdayuwati binti Abd Ghaffar
: Pn. Azfalizan binti Ab. Aziz

AJK Urusetia

: Pn. Noraini binti Rahman


: Pn. Norizah binti Ahmad

AJK Pendaftaran

: Pn. Suriani binti Ripin


: Pn. Zaidan binti Hamzah
: Pn. Rosemaini binti Ab Rahim

AJK Buku Program

: Pn. Aliza Suhaini binti Abdullah


: Pn. Nur Qisya Jane binti Vinus

AJK Peralatan

: En. Mohd Hadzrilhizwan bin Mohd Kassim


: Pn. Saliza binti Mohd. Nafar

AJK Persiapan Tempat

: En. Ahmad Azuan bin Yahya @ Abd Majid


: En. Ahmad Shahriman bin Abdul Yazib

: Pn. Nurazila binti Mohd Alias

9.0

AJK Makanan

: Pn. Siti Fuaddah binti Mujir


: Pn. Miharomi binti Shaffian
: Pn. Wan Norhamidiah binti Yasin

AJK Disiplin & Keselamatan

: Semua guru PPKI

AJK Fotografi & Dokumentasi

: Pn. Siti Habsah binti Ab Latiff


: Pn. Noraliza Hayati binti Abdul Rahim

CADANGAN AKTIVITI TERAPI PERTUTURAN


8.00 pagi Pendaftaran ibu bapa /peserta
8.30 pagi 10.30 pagi Bengkel Terapi Pertuturan
10.30 pagi Minum pagi
11.00 pagi 1.30 petang Bengkel Terapi Pertuturan
1.30 petang Bersurai dan makan tengahari

10.0

ANGGARAN PERBELANJAAN
Anggaran kos perbelanjaan untuk Bengkel Terapi Pertuturan ialah seperti berikut:
Bil
1.
2.

Perkara
PIBG
Makan
60 x RM6.00
SEKOLAH
Penceramah
1 x RM250.00
JUMLAH

11.0

Kuantiti

Jumlah

60

RM 360.00

RM 250.00
RM 610.00

SUMBER KEWANGAN
Sumbangan daripada:
i)
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bandar Rinching - RM 360.00
ii)
PCG Unit Bimbingan dan Kaunseling PPKI
- RM 250.00

12.0

PENUTUP
Adalah diharapkan usaha pelaksanaan bengkel Terapi Pertuturan ini akan mendapat
sokongan dan kepercayaan daripada pihak-pihak yang terlibat bagi mencapai matlamat
dan objektif yang telah dinyatakan.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

..
(WAN MOHAMAD BIN SULAIMAN)
Setiausaha,
Bengkel Terapi Pertuturan,
Program Pendidikan Khas Integrasi,
SK Bandar Rinching.

(RAFIDAH BINTI RAHMAT)


Penyelaras Pendidikan Khas,
Program Pendidikan Khas Integrasi,
SK Bandar Rinching

Disahkan oleh,
.
(ASMANOR SAPURA BINTI SHAORI)
Guru Penolong Kanan Petang,
Program Pendidikan Khas Integrasi,
SK Bandar Rinching.

Diluluskan / Tidak diluluskan,

Diluluskan / Tidak diluluskan,

...
(SITI ZAHORA BINTI MD. NOOR)
Guru Besar,
SK Bandar Rinching.

..
(MOHD FADIL BIN MUSKON)
YDP PIBG,
SK Bandar Rinching.

Anda mungkin juga menyukai