Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ABU

BAKAR (1) MUAR,


JALAN JUNID 84000 MUAR
JOHOR DARUL TA’ZIM

KERTAS KERJA
TERAPI BOLING
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
(PPKI)

Tarikh : 08 NOVEMBER 2018


Tempat :

1
1.0 PENDAHULUAN
Program Pendidikan Khas Integrasi ( PPKI ) dibuka bagi mendidik kanak-kanak
berkeperluan khas yang mengalami masalah pembelajaran. Oleh yang demikian pihak
pengurusan sekolah telah sedaya upaya menyediakan mutu pendidikan yang berkualiti
bagi kanak-kanak berkeperluan khas ini. Selain pendidikan dalan bilik darjah, kanak-
kanak khas ini juga perlu dilatih dari segi terapi fizikal yang membolehkan mereka dapat
berfungsi pada tahap yang maksimum dalam memenuhi keperluan kehidupan mereka.
Terapi fizikal memberi pengaruh yang besar terhadap kehidupan murid pendidikan khas.
Ia bertujuan untuk membantu murid-murid yang mempunyai masalah kawalan motor.
Terapi fizikal yang dilaksanakan akan dapat meningkatkan lagi perkembangan kemahiran
motor kasar, motor halus dan perkembangan kecerdasan fizikal. Salah satu program yang
dapat menyokong ke arah peningkatan tahap fungsi fizikal mereka adalah permainanan
Bowling. Di atas keperluan ini, jawatankuasa kokurikulum PPKI SK Sultan Abu Bakar
(1) Muar merancang mengadakan ‘ Pertandingan Bowling’ untuk murid-murid
pendidikan khas sekolah ini.

2.0 MATLAMAT
Terapi bagi murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) adalah bagi
memberi peluang kepada murid-murid bermasalah pembelajaran menjalani aktiviti dan
program yang sama seperti murid-murid normal yang lain. Disamping dapat
meningkatkan lagi perkembangan kemahiran motor kasar, motor halus dan
perkembangan kecerdasan fizikal mengikut keutamaan. Melalui pertandingan ini juga,
dapat membantu murid membentuk keyakinan diri, semangat kerjasama dan
meningkatkan penjagaan kesihatan diri.

2
3.0 OBJEKTIF
3.1 Membolehkan murid-murid PPKI mendapat pendedahan tentang permainan
Bowling.
3.2 Membolehkan murid-murid PPKI memantapkan kemahiran motor mereka.
3.3 Membolehkan murid-murid PPKI membentuk keyakinan diri dalam kehidupan
seharian mereka.
3.4 Membolehkan murid-murid PPKI membentuk sikap kerjasama dengan rakan-
rakan mereka.
3.5 Memberi keseronokan kepada murid-murid PPKI.

4.0 KUMPULAN SASARAN

4.1 Murid Pendidikan Khas SK Sultan Abu Bakar (1) Muar - 17 orang

5.0 PELAKSANAAN

5.1 Tarikh : 08 November 2018


Hari : Khamis
Masa : 3.00 – 5.00 petang

6.0 TEMPAT

6.1 Ampang Superbowl Melaka , 2nd Floor Mahkota Parade , Melaka

3
7.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI
2.45 petang Semua guru dan murid-murid berkumpul di bangunan

08.00 – 08.15pg Pembahagian murid-murid kepada guru yang


dipertanggungjkawabkan

08.15 – 08.30pg Taklimat Keselamatan oleh guru AJK Keselamatan

08.30 – 09.00pg Sarapan pagi di PPKI

09.00 – 09.30pg Bertolak ke Penang Megalanes Bowl


09.30 – 09.40pg Taklimat ringkas oleh pekerja Penang Megalanes
Superbowl – Langkah-langkah keselamatan ketika
bermain bowling

10.00–1.00 tgh Pertandingan bowling


-Murid-murid bermain bowling dengan pemantauan
guru pemantau masing-masing

1.00- 1.30 tgh Bertolak balik ke sekolah

4
8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

PENASIHAT
TN. HJ. ASHRI BIN ABDULLAH
GURU BESAR
SK HASHIM AWANG

PENGERUSI
PN.ROSLIZA BINTI MOHD SAID
PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
SK HASHIM AWANG

SETIAUSAHA
PN. SITI HASZIRAH BINTI HASAN
SETIAUSAHA KO-KURIKULUM PPKI
SK HASHIM AWANG

BENDAHARI
PN.ROSNIYATI BT OSMAN

JAWATANKUASA PENDAFTARAN MURID


PN.ZALEHA BT IBRAHIM
PN. AMAL BT HASSAN

JAWATANKUASA DOKUMENTASI
EN.MOHD HIZAM BIN HUSSAIN
CIK LAU SHIAU CHING

JAWATANKUASA PENGANGKUTAN
EN. REDZAHUDDIN BIN SAARI

JAWATANKUASA BUKU PROGRAM


PN. ERNIWATI BT AHMAD

JAWATANKUASA KESELAMATAN & DISIPLIN


PN MURSYIDAH BT JAMIL
PN. SUHANA BT ISHAK
PN. ADILLA BT GHAZALI

JAWATANKUASA PERALATAN/MINUMAN
EN OSMAN BIN SAID
5
PN. FADZLINA BT MUTALIB

8.0 ANGGARAN KEWANGAN

ANGGARAN PENDAPATAN
Bil. Perkara Jumlah
1. Bayaran setiap murid RM 6.00 X 83 orang RM 498 .00
2. Peruntukan diberi oleh pihak sekolah RM 150.00

Jumlah besar RM 648. 00

ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil. Perkara Jumlah
1. Pengangkutan ( Sewa bas pergi dan balik ) X 2 RM 300.00
2. Bayaran bermain bowling (RM 3.00 X 83 org) RM 249.00
3. Minuman (RM 1.00 X 83 org) RM 83.00

Jumlah besar RM 632.00

9.0 PENUTUP

6
Pihak kami menaruh harapan yang tinggi semoga program yang murni ini berjaya
dilangsungkan dan mencapai matlamat serta objektifnya dalam melahirkan individu khas
yang cemerlang dan mampu bersaing dan berdikari selaras dengan peralihan masa yang
penuh cabaran dan dugaan yang menanti. Harapan yang menggunung untuk melihat
projek ini menjadi kenyataan dan segala pengisian yang dirancang dapat berjalan dengan
lancar.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

…………………………………………… ………………………………
PN.SITI HASZIRAH BINTI HASAN PN. ROSLIZA BT MOHD SAID
Setiausaha Kokurikulum PPKI, Penolong Kanan PPKI,
SK Hashim Awang SK Hashim Awang

Disahkan oleh,

……………………………….
TN. HJ ASHRI BIN ABDULLAH
Guru Besar,
SK Hashim Awang

Kertas kerja ini diluluskan / tidak diluluskan oleh :

…………………………………………………
TN. HJ. SUHAIMI BIN SAIDIN
Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara

Anda mungkin juga menyukai