Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PROGRAM MARHABAN PENDIDIKAN KHAS


SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM
TAHUN 2019
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan bagi melaksanakan aktiviti “Living Skill Hari
Raya” untuk murid-murid berkeperluan khas Program Pendidikan Khas Integrasi SK
Ayer Hitam.

2.0 PENGENALAN
Program ini adalah berdasarkan keprihatinan pihak sekolah terhadap perkara-
perkara berikut:

2.1 Masih ada murid-murid berkeperluan khas ini tidak dapat merasakan suasana
sambutan Hari Raya Aidilfitri terutama dari segi berziarah ke rumah saudara-
mara atau rakan-rakan disebabkan kekangan dari sudut sosioekonomi
keluarga.
2.2 Tanggungjawab guru-guru PPKI dalam mendidik murid-murid istimewa ini
bagi mampu menyesuaikan diri dan menjaga adab sopan ketika bertandang
ke rumah saudara-mara atau rakan.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Mendedahkan komuniti murid-murid istimewa akan adab-adab berziarah.
3.2 Meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama rakan-rakan dan pendidik.

4.0 JUSTIFIKASI
Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan terbesar di Malaysia. Konsep ‘Rumah
terbuka’ juga sinonim dengan cara sambutan masyarakat Melayu beragama Islam
kini. Namun tidak semua orang dapat merasakan kemeriahan sambutan Aidilfitri itu
sendiri disebabkan kekangan yang dihadapi. Bagi golongan istimewa, mereka
mungkin tidak dapat memahami erti kata sebenar Hari Raya itu sendiri. Justeru,
melalui program “Ziarah Aidilfitri” dapat memberikan suasana sambutan Hari Raya
dan menerapkan adab-adab berziarah dalam diri anak-anak istimewa ini.
5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : 17 hingga 20 Jun 2019


Hari : Isnin hingga Khamis
Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Rumah murid-murid dan guru Pendidikan Khas

6.0 JADUAL PROGRAM

HARI/ TARIKH RUMAH KUNJUNGAN


1. MUHAMAD AMIRUN NAJMI BIN AZMAN
ISNIN 2. SITI SOLEHA BINTI BAHROM
(17 JUN 2019) 3. SITI FATIMAH AR ZAHARAH BT ABDULLAH
4. MUHAMMAD FAIRUS BIN KAHMAT
5. MUHAMMAD HARITH HANIF BIN MOHD
HATTA

1. MOHAMAD AFIQ HAIKAL BIN NORHAN


SELASA 2. AYUNI SAFIAH BINTI AMMAR
(18 JUN 2019) 3. PUAN ANISSA
4. MUHAMMAD FARISH HARIZ BIN AIRIS IZHAR
5. MOHAMAD TAUFIK NIZAR BIN TAJULARIFFIN

1. MUHAMMAD ALAN B. DARUSMAN


RABU 2. CIKGU ZAHID BIN IBRAHIM
(19 JUN 2019) 3. DANISH IMAN BIN MOHD NOR
4. ZHAFFRIN ZHAFFREY BIN ZULFIKAR

1. ABDUL RAHMAN BIN ABD RASHID


KHAMIS 2. MUHAMMAD BADRUL AMIN B. MOHD
(20 JUN 2019) SALLEH
3. CIKGU SALINA
4. NUR IDAYA BINTI SAMSURI
5. MUHAMMAD LUTFIR

7.0 KUMPULAN SASARAN


7.1 Murid-murid bekeperluan khas PPKI SK Ayer Hitam
7.2 Guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid PPKI
7.3 Ibu Bapa dan Penjaga murid.

8.0 SENARAI NAMA GURU DAN MURID


( Rujuk Dilampiran)
9.0 TENTATIF PROGRAM

7.00 pagi : - Berkumpul di sekolah


- Taklimat dan pembahagian murid mengikut
kumpulan

8.00 pagi : - Bergerak ke rumah murid


- Program “Ziarah Aidilfitri” bermula
- Berkumpul dan berselawat
- Bacaan doa oleh murid
- Ucapan oleh wakil murid
- Ucapan oleh tuan rumah
- Bersalaman dengan tuan rumah

12.00 tengah hari : - Pulang ke SK Ayer Hitam


- Bersurai

8.0 AHLI JAWANTANKUASA INDUK

8.1 Pengerusi : En. Zahid Bin Ibrahim


( Guru Besar SK Ayer Hitam)

8.2 Naib Pengerusi 1 : Pn. Hjh Nor Fajar Binti Sadi


( GPK Pentadbiran SK Ayer Hitam)

8.3 Naib Pengerusi 2 : Pn. Razilah Binti Nyaspan


( Penyelaras PPKI SK Ayer Hitam)

8.4 Setiausaha : En. Hernisham Bin Samsudin


( Setiausaha Program Ziarah Aidilfitri)

8.5 AJK : En. Azman Bin Salip


: Pn. Erni Jora Binti Rahim
: Pn Salina Binti Salim
: Pn. Hjh Siti Mardiah Binti Yusop

9.0 IMPLIKASI KEWANGAN

9.1 Anggaran Perbelanjaan RM 480.00

9.2 Pendapatan
(Sumbangan Warga PPKI SK Ayer Hitam) RM 480.00
10 PENUTUP

Program Marhaban murid Pendidikan khas sempena sambutan Hari Raya


Aidilfitri merupakan satu program tahunan yang diadakan untuk membentuk ukhwah
antara guru, ibu bapa dan penjaga murid. Program ini juga dapat mengeratkan
silaturrahim antara semua pihak. Ia juga dapat membina semangat jati diri murid dari
segi psikomotor, sosial dengan masyarakat sekeliling dan kemahiran kendiri. Secara
tidak langsung, pembelajaran di luar bilik darjah seperti marhaban ini akan
melahirkan pelajar yang lebih berpengetahuan, berkeyakinan dan tahu meraikan
sesuatu perayaan. Justeru itu pihak penganjur berharap agar program ini mendapat
sokongan yang penuh dan pertimbangan sewajarnya.

Disediakan oleh : Setiausaha Program


Ziarah Aidilfitri
PPKI SK Ayer Hitam

……………………………………
(HERNISHAM BIN SAMSUDIN)

Disemak oleh : Naib Pengerusi 2


Penyelaras PPKI SK Ayer Hitam

………………………………..
(RAZILAH BINTI NYASPAN)

Permohonan diluluskan oleh : Guru Besar SK Ayer Hitam

…………………………
(ZAHID BIN IBRAHIM)

Anda mungkin juga menyukai