Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA MEMOHON SUMBANGAN PENGHAWA DINGIN UNTUK KELAS PENDIDIKAN

KHAS SK KAMPONG BANTING

1.0 PENDAHULUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk pertimbangan tuan/puan bagi memohon sumbangan
peghawa dingin di kelas Pendidikan khas SK Kampong Banting. Penghawa dingin ini
diperlukan kerana keadaan kelas yang agak sempit dan cuaca yang agak panas ekoran
musim panas pada waktu ini.

2.0 LATAR BELAKANG

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Kampong Banting telah dibuka pada 3
Januari 2006. Pada awal penubuhan, hanya terdapat 2 orang guru dan 5 orang murid
sahaja. Program ini mendapat sambutan yang begitu baik daripada golongan ibubapa
dikawasan ini. Bermula dengan 3 orang murid kini jumlah murid yang mendaftar dan
memohon untuk menyertai program ini mencapai kepada 10 orang murid. Mereka terdiri
dari murid bermasalah pembelajaran dan ADHD ( Attention Deficit Hyperactive Disoder).
Walaupun program ini masih belum mempunyai kelengkapan pembelajaran yang
sempurna dan keadaan kelas yang tidak kondusif tetapi kami tetap meneruskan sesi
pengajaran dan pembelajaran.

Bermula pada tahun 2009, Program Pendidikan Khas Integrasi SK Kampong Banting telah
berpindah ke bangunan rumah guru sekolah. Bangunan rumah tersebut telah diubah
suai kepada 2 kelas, 1 ruang dapur, 1 ruang guru dan 1 ruang rehat. Keadaan bangunan
kelas ini berasingan dengan bangunan sekolah dan tiada laluan susur gajah diantara
bangunan pendidikan khas dengan bangunan sekolah menyebabkan murid agak sukar
untuk bergerak ketika hujan lebat terutamanya sewaktu rehat untuk ke kantin. Ruang
kelas pendidikan khas juga agak terhad kerana saiz tidak sama seperti saiz kelas yang
ditetapkan.

Sehubungan dengan ini, Program Pendidikan Khas Integrasi SK Kampong Banting amat
mengharapkan bantuan dan kerjasama daripada semua pihak untuk terlibat sama
melihat dan membantu memebrikan apa juga bentuk bantuan serta sokongan untuk
mengatasi masalah dan kelemahan program ini. Semoga dengan keprihatinan daripada
semua pihak membantu golongan berkeperluan khas ini dapat merialisasikan Falsafah
Pendidikan Khas.

3.0 RASIONAL

Permohonan dibuat bertujuan memberikan keselesaan kepada murid Pendidikan khas


dalam sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Lebih-lebih lagi keadaan cuaca
panas yang tidak menentu ini dengan penggunaan kipas sahaja tidak dapat memberi
keadaan kelas yang kondusif sehingga waktu pembelajaran selesai.

4.0 MATLAMAT

Menyediakan kelas yang lebih selesa dan kondusif kepada semua murid Pendidikan khas
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

5.0 AHLI JAWATAN KUASA INDUK

Penasihat : En. Azmon bin Amat Kamari


Pengerusi : En. Balia bin Mat
Naib Pengerusi 1 : En. Jamal bin Mohamed
Naib Pengerusi 2 : Pn. Farazila binti Abdul Hamid
Setiausaha : Pn. Siti Sri Fairuz binti Shuhada
Bendahari : Pn. Nor Syamimi binti Mokeri
AJK : Pn. Nor Naimah binti Somingan

6.0 SASARAN

Semua semua Program Pendidikan Khas Integrasi SK Kampong Banting

7.0 LOKASI

Kelas Pendidikan Khas

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN (SEUNIT)

JENAMA UNIT ANGGARAN HARGA (RM)


Penghawa Dingin 1.0HP 1 unit RM 1450.00
 Harga termasuk pemasangan dan wiring

9.0 PENUTUP

Besar harapan kami agak pihak tuan/puan dapat memberi sokongan dan bantuan
sepenuhnya untuk menyumbangkan penghawa dingin ini. Lebih-lebih lagi, sumbangan
ini dapat memberi keselesaan dan meningkatkan keupayan dan kebolehan murid
Pendidikan khas dalam pengajaran dan pembelajaran.

Disediakan oleh:
SITI SRI FAIRUZ BINTI SHUHADA
Penyelaras
Program Pendidikan Khas Integrasi
Sekolah Kebangsaan Kampong Banting
Disahkan oleh:

AZMON BIN AMAT KAMARI


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kampong Banting

Anda mungkin juga menyukai