Anda di halaman 1dari 13

SPSK PK07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BANTING


Persiaran Majlis, 42700 Banting, Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG )


KALI KE-13 TAHUN 2016

Tarikh : 20 Februari 2016 (SABTU)

Masa : 8.00 pagi

Tempat : Dewan Gemilang SKBB

Kehadiran : Seperti lampiran

Urus Setia Mesyuarat :

1. Puan Azlina binti Mat Lazi Setiausaha Kehormat PIBG

1.0 PERUTUSAN PENASIHAT ( PN SITI HANIM BINTI SUNGIT )

1.1 Mengalukan kehadiran ibu bapa / penjaga dan tetamu. Selaku Penasihat
PIBG, Guru Besar mengharapkan mesyuarat berjalan dengan lancar. Ibu
bapa dan penjaga digalakkan memberi cadangan dan idea yang bernas
supaya dapat dimanfaatkan oleh pihak sekolah dan PIBG.

1.2 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada Encik Zurihan bin Yusof iaitu
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat yang sudi hadir merasmikan
mesyuarat Agung PIBG kali ini.

1.3 Guru Besar mengharapkan PIBG sekolah ini dapat menyertai pertandingan
PIBG terbaik.
Makluman

1.4 Pelaksanaan mesyuarat Agung dan pemilihan Jawatankuasa PIBG selama


dua tahun sekali merupakan langkah yang baik untuk melihat keberhasilan
yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa yang telah dilantik.
Makluman

1.5 Guru Besar menyatakan bahawa sekolah yang hebat datangnya dari
kesepakatan PIBG dan Ibu Bapa seperti PIBG mencari dana untuk
mengadakan program kejayaan sekolah.
Makluman

1.6 Persefahaman dan pemuafakatan PIBG dan sekolah dapat meningkatkan


pembelajaran dan pengajaran guru.

1.7 Seramai 15 orang calon yang menduduki UPSR mendapat 5A pada tahun
2015. Target 6A pada tahun ini seramai 20 orang.

1
SPSK PK07/3

1.8 SKBB telah mencapai kejayaan cemerlang dalam kokurikulum, antaranya;


 Johan pertandingan Bola Baling peringkat daerah
 Naib Johan pertandingan Ping Pong peringkat daerah (kategori
perempuan).
 Tempat ke – 3 pertandingan Bola Tampar peringkat daerah.
Makluman

1.9 Guru Besar menyatakan bahawa untuk mencapai sesuatu kejayaan mesti
ada Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakal ( DUIT )

1.10 Mulai tahun 2016, pendaftaran online tahun 1 telah dilaksanakan dan pihak
sekolah akan menyediakan garis panduan untuk pelaksanaan tersebut.

1.11 Guru Besar mencadangkan Hari Orientasi diadakan pada bulan November
pada tahun ini.
Tindakan : Pn Ramlah

1.12 Guru Besar memberitahu program 3K ( Kebersihan, Kesihatan dan


Keselamatan ) adalah program yang amat penting di sekolah terutamanya
dari segi keselamatan kerana Guru Besar bertanggungjawab sepenuhnya
atas keselamatan semua murid. Di antaranya ialah;

1.12.1 Guru Besar memaklumkan pihak sekolah telah mewujudkan pagar


besi di padang berhadapan depan pintu pagar utama sebagai
langkah keselamatan supaya ibu bapa tidak melalui kawasan padang
menggunakan kenderaan sewaktu menghantar dan mengambil anak-
anak.
Makluman
1.12.2 Guru Besar berharap ibu bapa dapat memberikan kerjasama
berkenaan dengan peraturan keluar masuk ke sekolah.

1.13 Guru Besar memaklumkan pihak sekolah memerlukan sebanyak 23 buah rak
Al-Quran untuk diletakkan dalam setiap kelas. Program wakaf rak Al-Quran
akan dilaksanakan di sekolah. Guru Besar berharap ibu bapa dapat
menyumbang dana untuk kemudahan pihak sekolah menyimpan Al-Quran
yang digunakan oleh murid.
Makluman

2.0 PERUTUSAN PENGERUSI PIBG ( DR SUHAINI BINTI OTHMAN )

2.1 Mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran ibu bapa.

2.2 Ibu bapa memainkan peranan penting untuk kecemerlangan pencapaian


murid-murid SKBB.

2.3 YDP menyahut cabaran Guru Besar untuk menyertai pertandingan PIBG
terbaik dan mengharapkan sokongan daripada ibu bapa.

2.4 Projek kitar semula telah dijalankan untuk mengutip dana PIBG. YDP
mengharapkan semua ibu bapa memberikan kerjasama untuk menjayakan
projek yang dijalankan.

2.5 YDP mengharapkan agar ibu bapa dapat bekerjasama dalam menjayakan
Program Wakaf Rak Al-Quran.

2
SPSK PK07/3

2.6 PIBG bercadang untuk menambahbaik infrastruktur sekolah yang boleh


mendatangkan bahaya kepada murid.

2.7 YDP memaklumkan akan mengadakan Gotong-Royong Perdana di peringkat


sekolah dan mengharapkan kerjasama daripada ibu bapa untuk hadir pada
Hari Gotong-Royong nanti bagi melancarkan program tersebut.
Makluman

3.0 UCAPAN PERASMI ( ENCIK ZURIHAN BIN YUSOP )

3.1 Mengucapkan tahniah pada ibu bapa yang hadir.

3.2 Beliau turut mengharapkan agar ibu bapa dapat memberikan kerjasama
kepada PIBG dan sekolah bagi menjayakan program-program yang akan
dilaksanakan.

3.3 Beliau turut menekankan tentang hala tuju anak-anak zaman sekarang yang
memerlukan bimbingan untuk masa depan bukan menggunakan paksaan
kerana anak-anak zaman sekarang tidak sama dengan anak-anak zaman
dahulu.

3.4 Beliau menegaskan ibu bapa haruslah memberikan kerjasama dalam


mematuhi peraturan sekolah terutamanya peraturan yang tidak
membenarkan ibu bapa mengunakan kenderaan melalui padang sekolah.

3.5 Ibu bapa perlu mengelakkan dari melakukan kecuaian yang boleh
mendatangkan masalah / bahaya kepada murid dan sama –sama menjaga
keselamatan anak-anak.

3.6 Pada akhir ucapan beliau menyatakan akan memberi sumbangan sebanyak
RM2500 kepada pihak PIBG sekolah, RM500 kepada Kelab Mesra / Kelab
Guru untuk pembangunan sekolah.
Makluman

4.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

4.1 Setiausaha membentangkan minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 12


bertarikh 7/2/2015 untuk diterima dan disahkan oleh ahli mesyuarat.

4.2 Diterima tanpa pembetulan


Pencadang : Tengku Sairawati Aminah
Sokongan : En Zaidin bin Mat Husin

5.0 PERKARA BERBANGKIT

5.1 Tiada.

3
SPSK PK07/3

6.0 PERKARA- PERKARA BAHARU

6.1 Pembentangan Penyata Kewangan PIBG


Bendahari membentangkan laporan kewangan bermula 1 Januari 2015 dan
berakhir pada 31 Disember 2015 untuk diterima dan disahkan oleh ahli
mesyuarat.

Pencadang : Encik Johar bin Bashar


Sokongan : Encik Norhisham bin Ngadri

6.2 Usul / Cadangan

6.2.1 Pengerusi telah mendapat persetujuan daripada ahli-ahli mesyuarat


bahawa usul hanya dibahaskan jika pengusulnya hadir. Ahli-ahli
mesyuarat bersetuju supaya usul tersebut hanya dibacakan sahaja
tanpa dibahas jika pengusulnya tidak hadir.

Unit Kurikulum (Kecemerlangan murid)

6.2.1.1 Latifah bt Sharif


Nama anak : Nur Iman Imani bt Zainuddin
Kelas 1 UKM

Usul/Cadangan :
Mengasingkan murid-murid yang lemah dan membimbing
murid-murid ini supaya dapat memahami dan mahir setiap
subjek mata pelajaran dengan mengadakan satu kelas khas.

Ulasan :
Guru Besar menyatakan kelas tambahan LINUS dan
pemulihan telah diadakan untuk murid yang lemah.
Makluman

6.2.1.2 Shaharuddin b. Mohamad


Nama anak : Nurul Ain Syafiqah
Kelas : 5 UKM

Usul/Cadangan :
Perbanyakkan setiap subjek kerja rumah.

Ulasan :
Bekalan kerja rumah perlu berpatutan supaya tidak
membebankan murid.
Makluman

6.2.1.3 Hayati bt Jamaludin


Nama anak : Muhammad Isyraf b Idris
Kelas : 4 UTM

Usul/Cadangan :
Saya cadangkan cikgu adakan kelas tuisyen.

Ulasan :

4
SPSK PK07/3

Kelas tambahan tahun 5 dan 6 telah bermula pada 20/2/2016.


Tahap 1 tidak ada kelas tambahan kerana kekurangan guru.

6.2.1.4 Tengku Sheirawati Aminah


Nama anak : Megat Nur Hasanal Putera
Kelas : 6 UM
Nama anak : Putri Nur Fatmatul Zahara
Kelas : 2 UM

Usul/Cadangan :
1. Jika anak-anak harus dilatih untuk KBAT/HOTS, maka ibu
bapa juga harus mainkan peranan, PIBG mungkin boleh
adakan aktiviti yang menjurus ke arah ini.
2. Lebih banyak aktiviti luar darjah untuk anak-anak tahun 2
dan seterusnya supaya mereka boleh berfikir
menggunakan akal fikiran mereka, cara KBAT dan
bukannya disuruh hafal atau mengingat sahaja.

Ulasan :
1 PIBG bersama sekolah boleh fikirkan dan pertimbangkan.
2 Aktiviti panitia sedang melaksanakan aktiviti yang
melibatkan elemen KBAT.
Tindakan: PIBG dan PK PENTADBIRAN

6.2.2 Unit Hal Ehwal Murid (Lorong Sikal)

6.2.2.1 Jamaludin bin Mahat


Nama anak : Nurul Alya Kaeisyah
Kelas : 1 UM

Usul/Cadangan:
Minta diberi perhatian kepada laluan sikal sama ada ditambak
atau kalau ada peruntukan ditambah dan pokok-pokok
haruslah dikemas selalu.

6.2.2.2 Mohd Azizi bin Alis @ Alias


Nama anak : Muhammad Akmal Wafiy
Kelas : 6 UM

Usul/Cadangan :
Mempercepat usaha untuk menambahbaik jalan motosikal dan
basikal

6.2.2.3 Muhammad Suzi b. Sukardi


Nama Anak : Syawal Amira
Kelas : 1 USM

Usul/Cadangan :
Lebarkan laluan motor

6.2.2.4 Noor Azila bt Abu Bakar


Nama anak : Noor Aisyatul Areesya Mohd Rosli
Kelas : 5 UM

5
SPSK PK07/3

Usul/Cadangan :
Laluan untuk penunggang motosikal perlu ditambahbaik. Buat
2 lorong pergi dan balik serta pokok-pokok dipangkas di laluan
tersebut. Pintu pagar keluar masuk motosikal / basikal juga
bahaya kerana berbentuk > perlu diluruskan.

6.2.2.5 Mohamad Rosli bin Min


Nama anak : Nurul Shafira
Kelas : 1UTM

Usul/Cadangan :
Pihak sekolah dapat membesarkan jalan laluan simen untuk
keselamatan penunggang motor hantar anak ke sekolah.

Ulasan
1 Pokok dicantas mengikut keperluan
2 Melibatkan kos yang tinggi . Gotong-royong pernah
dilakukan pada tahun lalu dan tidak mendapat kerjasama
daripada ibu bapa
3 Dimohon penunggang motosikal berhati-hati untuk
menjaga keselamatan.

Tindakan : PIBG

6.2.3 Unit Hal Ehwal Murid (laluan Masuk ke Sekolah)

6.2.3.1 Mohd Nordin


Nama Anak : Nurdania Asyikin
Kelas : 4 UKM

Usul/Cadangan :
Mohon sediakan jalan keluar masuk yang lebih sesuai untuk
sekolah rendah.

Ulasan :
Jalan sedia ada sesuai dan jalan alternatif melibatkan kos
yang tinggi.
Makluman

6.2.3.2 Poobalan Muniandy


Nama Anak : Latshanaa Poobalan
Kelas : 2 UKM

Usul/Cadangan
Laluan kantin sekolah menengah nak masuk ke sekolah
rendah berbau busuk, sila ambil tindakan yang sepatutnya.
Anak saya nak masuk dalam kelas dan Prasekolah macam
nak muntah. Saya pun tak boleh tahan.

Ulasan
Tidak dapat dibuktikan.

Makluman

6
SPSK PK07/3

6.2.3.3 Roslan Abu Talib


Nama Anak : Muhammad Ammar
Kelas : 5 UM

Usul/Cadangan
Kawalan lalu lintas di pintu utama di waktu pagi
Contoh: sukar melintas jalan akibat banyak kereta.

Ulasan
Telah dilaksanakan oleh pengawal keselamatan sekolah.
Mohon ibu bapa mematuhi peraturan.
Makluman

6.2.3.4 Mohd Azizi bin Alis @ Alias


Nama anak : Muhammad Lutfi Fitri
Kelas : 2 UKM

Usul/Cadangan
Mengadakan bonggol-bonggol di jalan masuk seperti di
hadapan pintu utama, depan pintu prasekolah dan juga lain-
lain kawasan yang difikirkan perlu.

Ulasan
Sedang diusahakan
Tindakan : AJK PIBG

6.2.4 Unit Hal Ehwal Murid (Prasarana Sekolah)

6.2.4.1 Mohd Azizi bin Alis @ Alias


Nama anak : Nur Diniy Nadhirah
Kelas : 4 UTM

Usul/Cadangan
Mengecat semula sekolah secara berperingkat untuk
menambah keceriaan kerana sudah lama dan nampak usang.

Ulasan
Permohonan telah dibuat beberapa kali namun masih belum
mendapat kelulusan

Tindakan : PK HEM

6.2.4.2 Nurliza Zakaria


Nama anak : Muhammad Adib Haziff
Kelas : 4 UM

Usul/Cadangan
Memperelokkan dan memastikan tandas pelajar lelaki.

Ulasan
Sedang dalam perancangan program 3K

Tindakan : PK HEM

7
SPSK PK07/3

6.2.5 Unit Hal Ehwal Murid (Kantin)

6.2.5.1 Hasniza binti Rusni


Nama anak : Ainnur Batrisyia bt Erwan Feisal
Kelas : 4 UM
Nama anak : Ainnur Huda Qistina bt Erwan Feisal
Kelas : 1 UKM

Usul/Cadangan
1 Pengusaha kantin tidak menyediakan makanan yang
secukupnya apabila tahap 2 rehat hanya tinggal kuih
sahaja yang dijual sedangkan murid lapar hendak membeli
makanan.
2 Harga makanan di kantin SKBB tidak berpatutan dengan
kuantiti makanan yang dijual seperti nasi goreng dan nasi
lemak terlalu sedikit. Harga kuih 50 sen seketul mahal jika
dijual kepada murid sekolah.

Ulasan
1. Dapatan daripada guru bertugas, makanan murid tahap 2
mencukupi.
2. Telah dimaklumkan dalam mesyuarat jawatankuasa kantin
dan akan diambil tindakan.
3. Harga kuih adalah RM 0.40 sahaja

Makluman

6.2.5.2 Raja Kamarulzaman Raja Kudin


Nama anak : Raja Norafrina
Kelas : 1UKM

Usul/Cadangan
Harga air di kantin sangat mahal RM1, hanya air oren sahaja.
Saya juga tidak bersetuju pihak kantin menjual makanan
segera. Harap dapat buka tender semula dan pastikan menu
yang baik untuk anak-anak kami dan harga yang murah
kepada anak kami.

Ulasan
Pengusaha kantin perlu tertakluk pada syarat perjanjian kantin
dan segala syarat telah dipatuhi.

Makluman

6.2.5.3 Mohd Hassan b A.Raman


Nama anak : Nur Batrisyia
Kelas : 1 UKM

Usul/Cadangan
Harga makanan kantin perlu dikaji semula, lebih mahal dari di
luar

8
SPSK PK07/3

6.2.5.4 Al Asmaniah binti Shamsuddin


Nama anak : Alnor Husna Syuhada
Kelas : 4 UKM

Usul/Cadangan
Minta kurang harga makanan di kantin.

Ulasan
Harga ditetapkan seperti dalam kontrak perjanjian kantin.

Makluman
6.2.5.5 Roslan Abu Talib
Nama Anak : Muhammad Ammar
Kelas : 5 UM

Usul/Cadangan
Pemantauan harga makanan di kantin sekolah.
Memantau harga dan kebersihan kantin

Ulasan
Tahap kebersihan kantin telah mengikut piawaian

Makluman

6.2.6 Unit Hal Ehwal Murid (Kelas)


6.2.6.1 Azman b Sharif
Nama anak : Nur Amni Humaira’ bt Azman
Kelas : 1 UM

Usul/Cadangan
Mohon pihak sekolah memikirkan semula kedudukan kelas
tahun 1 yang berada di aras tinggi.

Ulasan
Perkara ini telah diputuskan dalam mesyuarat guru kerana
kelas di aras 1 telah diceriakan untuk pembelajaran kelas abad
ke-21. Guru Besar akan membuat perubahan kelas Tahun 1
ke aras 1 pada tahun hadapan.

Makluman

6.2.7 Unit Hal Ehwal Murid (Hal-hal Lain)

6.2.7.1 Siti Norzian bt Mohd Jelani


Nama anak : Siti Nursuraya Bt Sahrun Nisam
Kelas 4 UM

Usul/Cadangan
Meminta kerjasama dari pihak sekolah supaya membenarkan
ibu bapa membawa kenderaan masuk ke kawasan sekolah
untuk mengambil anak-anak pulang waktu tamat
persekolahan.

9
SPSK PK07/3

Ulasan
Tidak dibenarkan untuk menjaga keselamatan murid

6.2.7.2 Lisdarmilah bt Mohd Damin


Nama anak Nurhidayah bt Luqman Hakim
Kelas : 6 UTM

Usul/Cadangan
Kurangkan kos penggunaan yang membabitkan kewangan

Ulasan
Usul yang dicadangkan tidak sesuai dengan keadaan ekonomi
sekarang
Makluman

6.2.7.3 Mohd Nordin


Nama anak : Nurizah Afiqa
Nama anak : Nur Dania Asyiqin
Kelas : 4 UKM

Usul/Cadangan
1. Memastikan koperasi sekolah tidak menjual peralatan yang
tidak berkaitan dengan keperluan sekolah.
2. Mengurangkan yuran PIBG

Ulasan
1. Koperasi mengikut syarat yang ditetapkan dan akan
sentiasa dipantau.
Mengikut keputusan Mesyuarat AJK yang dilantik

Makluman

6.2.7.4 Selvarajoo
Nama anak : Sharwin
Kelas : 2 UKm

Usul/Cadagan
Utamakan keselamatan murid-murid. Perlu diawasi selalu.

Ulasan
Akan sentiasa dalam pemerhatian.

6.2.7.5 Anisah Abd Ghaffar


Nama anak : Nur Aliyah bt Yakob
Kelas : 6 UKM

Usul/Cadagan
Waktu balik 1.20 pm. Kadang ibu bapa tunggu di luar sampai
1.30 pm. Nanti anak ke sekolah agama petang, kesian anak-
anak kadang nak makan tengah hari pun terpaksa skip. Mohon
pertimbangan.

10
SPSK PK07/3

Ulasan
Jumlah waktu PdP telah bertambah berkuatkuasa Jun 2015
mengikut arahan KPM berdasarkan norma baharu GPI.
Tasmik dikira dalam jadual waktu.
Makluman

6.2.7 Unit Kokurikulum (Aktiviti Sekolah)

6.2.7.1 Norwahida bte Kamzul


Nama anak : Muhd Shah Radzi b. Sazali
Kelas : 5 USM

Ulasan
Kurangkan pembelian baju sukan setiap tahun sebab tidak
semua ibu bapa mempunyai pendapatan yang tinggi untuk
membeli baju sukan setiap tahun. Itu satu pembaziran bagi
saya.

Cadangan
Pakaian sukan demi menaikkan imej sukan sekolah.
Ibu bapa yang kurang mampu boleh berbincang dengan pihak
sekolah.
Makluman
6.2.7.2 Mohd Akif bin Sawija
Nama anak : Ahmad Faris Najmi b. Muhd Akif
Kelas : 6 UTM

Usul/Cadangan
Mengadakan sukan tahunan lebih awal agar tidak
mengganggu murid-murid fokus kepada peperiksaan.

Ulasan
Sukan akan diadakan pada bulan April bergantung kepada
kewangan yang diturunkan kepada sekolah.

6.2.7.3 Muhammad Nuramin Md Taib


Nama anak : Arnisya Ayuni
Kelas : 4 UKM

Usul/Cadangan
Saya meminta untuk dibincangkan semula berkenaan aktiviti
koko yang dijalankan setiap hari Rabu kerana mengganggu
pembelajaran di sekolah agama.

Ulasan
Surat siaran JPNSE telah dikeluarkan tentang penyelarasan
aktiviti kokurikulum pada setiap hari Rabu.
Makluman

6.7.2.4 Amat Rowaji b. Ngamijo


Nama anak : Nur Sabrina bt Amat Rowaji
Kelas : 6 UTM

11
SPSK PK07/3

Usul/Cadangan
Kurangkan aktiviti sukan di musim panas ini.

Ulasan
Biasanya dijalankan pada waktu petang
Makluman

7.0 HAL-HAL LAIN

7.1 Cadangan Ibu Bapa/ Penjaga


7.1.1 Encik Azman bin Sharif
7.1.1.1 Mohon diadakan sarana ibu bapa berkenaan dengan
perubahan sistem-sistem baharu dalam bidang pendidikan
seperti format baru dalam UPSR, pentaksiran sekolah, Kelas
Abad ke-21, elemen-elemen KBAT dan isu kehadiran murid ke
sekolah.
Tindakan : PIBG dan PK Pentadbiran

7.1.1.2 Target untuk menjadikan SKBB sebagai sekolah kluster.


Makluman

7.1.1.3 Kelemahan SKBB adalah dalam mata pelajaran Bahasa


Inggeris dan perlukan program khas seperti kerjasama ibu
bapa mengadakan kelas tambahan Bahasa Inggeris untuk
meningkatkan peratus Bahasa Inggeris dalam UPSR 2016.
Tindakan : PK Pentadbiran

7.1.1.4 Membantu guru membuat Bahan Bantu Belajar yang berfokus


pada akademik dalam program Peningkatan Akademik dan
mengurangkan aktiviti sukan.
Tindakan : GB dan semua Penolong Kanan

7.1.1.6 Jadual waktu Pendidikan Jasmani mesti berselang hari


mengikut SPI yang ditetapkan.
Tindakan : PK Pentadbiran

7.1.1.7 Program UMW telah tamat dan menyarankan agar mencari


mana-mana agensi untuk dijadikan bapa angkat.
Catatan : Guru Besar menyatakan PIBG dan pengurusan
sekolah saling bekerjasama mencari sumbangan daripada
agensi luar atau swasta untuk mendapatkan sumber
kewanga. Murid-murid dan ibu bapa akan didedahkan
dengan lebih awal tentang KBAT manakala jadual waktu
akan diperbaiki pada tahun hadapan.
Tindakan : Guru Besar

7.2.2 Puan Siti Aminah binti Ali


7.2.2.1 Mencadangkan menggunakan perkhidmatan WhatsApp untuk
memaklumkan kepada ibu bapa tentang segala aktiviti murid-
murid dan memudahkan komunikasi.
Catatan : Guru Besar bersetuju dengan cadangan
mengadakan WhatsApp Group untuk ibu bapa setiap
kelas. Namun penggunaannya haruslah bersistematik dan
beretika dalam masa yang sesuai
Tindakan : Guru Kelas

12
SPSK PK07/3

7.3.3 Pn Ramlah binti Saring (PK HEM)


7.3.3.1 Mencadangkan ibu bapa sama-sama membantu mengenai
isu keselamatan tentang pengurusan murid di luar kawasan
sekolah.
Makluman

7.4.4 Dr Suhaini binti Othman (NYDP)


7.4.4.1 Menasihatkan ibu bapa yang menghantar anak-anak
menggunakan motosikal agar memakai topi keledar dan
mengikut peraturan jalan raya.
Makluman

8.0 PENUTUP

8.1 Yang Di Pertua mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ibu bapa/
penjaga pada hari ini dan mengucapkan terima kasih di atas usul dan
cadangan yang diberikan. Beliau juga mengharapkan kerjasama yang
berterusan daripada ibu bapa untuk meningkatkan kecemerlangan SKBB
khususnya kejayaan anak-anak di sekolah.

8.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.45 tengah hari.

Urus Setia,
Setiausaha Kehormat PIBG
SK Bandar Banting

Tarikh : 10 MAC 2016

13

Anda mungkin juga menyukai