Anda di halaman 1dari 8

Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 33 sesi 2012/2013 Sekolah Kebangsaan Klang

Tarikh : 23 Februari 2013 Hari : Sabtu

Masa : 8.30 pagi 1.00 tengahari Tempat: Dewan Utama Sekolah Kebangsaan Klang

1.0

Ucapan Guru Besar 1.1 Ucapan alu-aluan dan terima kasih kepada En. Mohd Azmi bin Jusoh, selaku Yang Dipertua PIBG, En. Shamsul Bahrin b. Beran, Timbalan Yang Dipertua PIBG, barisan jawatan kuasa PIBG, ibu bapa yang sudi hadir serta guru-guru. kehadiran ibu bapa ini adalah menunjukkan komitmen dan iltizam ibu bapa terhadap SK Klang demi kecemerlangan anak-anak mereka. 1.2 PIBG adalah satu organisasi yang penting kepada sekolah kerana ia memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian murid di sekolah. PIBG juga merupakan medium menentukan hala tuju sekolah. 1.3 Tiada pemilihan dan pelantikan ahli jawatan kuasa baru yang dibuat pada kali ini. Pada dasarnya jawatan ini seharusnya dipegang selama dua tahun bagi membolehkan sesuatu perancangan itu dilaksanakan dan dijalankan dengan baik. 1.4 Memohon maaf atas dan kekurangan yang berlaku sepanjang program ini berlangsung. Berlaku ketidakaturan kerana tetamu kehormat terpaksa pulang awal. 1.5 Banyak perubahan dari segi infrastruktur seperti kemudahan dewan yang semakin ceria dan berusaha untuk mendapatkan bilik khas untuk membolehkan ahli jawatan kuasa PIBG bermesyuarat dengan lebih selesa.Kemudahan-kemudahan frasarana di sekitar sekolah juga semakin membaik atas sumbangan yang telah diberikan oleh pihak PIBG. Bantuan tersebut juga digunakan untuk kecemerlangan dan pembangunan modal insan murid-murid SK Klang. 1.6 Berharap pihak PIBG memperbanyak program yang dapat melibatkan penyertaan daripada pihak ibu bapa seperti program gotong-royong, lawatan bersama dan sebagainya. Dengan adanya perhubungan yang baik antara pihak sekolah dengan pihak ibu bapa segala masalah yang timbul akan dapat diatasi. 1.7 Peruntukan yang tidak mencukupi adalah kekangan untuk menjalankan program-program yang dirancang.

2.0

Ucapan YDP Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) 2.1 Ucapan kata-kata aluan dan ucapan terima kasih atas kesudian para tetamu untuk menghadiri mesyuarat. 2.2 Berharap pihak ibu bapa dapat melibatkan diri dalam program-program yang dianjurkan pihak PIBG. 2.3 Menggesa kerjasama daripada pihak ibu bapa dalam isu pembayaran yuran PIBG yang sepatutnya dibayar oleh pihak ibu bapa yang sebanyak RM 50 mewakili satu keluarga. Hal ini bagi membolehkan perjalanan aktiviti berjalan dengan lancar. 2.4 Mengalu-alukan kedatangan pihak ibu bapa untuk berbincang mengenai apa jua permasalahan mengenai pembelajaran anak-anak mereka. 2.5 Laluan berbumbung (susur gajah) telah pun siap dibina bagi memberi kemudahan kepada murid keluar masuk dari pintu utama untuk ke kawasan sekolah teutamanya pada hari hujan. 2.6 Harapan supaya mesyuarat agung kali ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama daripada pihak ibu bapa untuk menghadirkan diri setiap kali mesyuarat dijalankan. Ucapan Perasmian Oleh YB. Dato Dr. Teh Kim Poo 3.1 Ucapan alu-aluan kepada tuan guru besar dan para hadirin yang hadir. 3.2 Ucapan terima kasih kepada pihak sekolah terutamanya pihak guru besar dan barisan kepimpinan atas kesudian menjemput beliau untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG. 3.3 Memohon maaf kerana hanya dapat meluangkan masa untuk seketika sahaja atas sebab-sebab tertentu. 3.4 Sumbangan dan bantuan yang diberikan adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap keselesaan dan keselamatan warga sekolah serta untuk kemajuan kecemerlangan pendidikan murid-murid SK Klang.

3.0

4.0

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 34 4.1 Mesyuarat agung telah dimulakan pada pukul 10.20 pagi dengan ucapan aluan oleh YDP PIBG. Kehadiran ibu bapa ialah seramai 74 orang manakala guru seramai 56 orang. Jumlah kehadiran ialah 130 orang.

5.0

Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 33

5.1

Setiausaha PIBG,En Mohd Fazly Aizam telah membentangkan minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 33 dan memohon minit mesyuarat disahkan. Encik Shamsul Bahrin mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan. Puan Zulaiha bt Dakun menyokong minit mesyuarat disahkan.

5.2

5.3

6.0 Membentang Dan Menerima Laporan Aktiviti Dan Program PIBG Tahun 2012 6.1 Encik Mohd Fazly Aizam memohon ahli mesyuarat untuk merujuk halaman 18-23 berkaitan dengan aktiviti yang telah dilaksanakan oleh PIBG sepanjang tahun 2012. Puan Norasyikin bt Yusuf mencadangkan laporan aktiviti diterima Encik Ahmad Radzi b Abd Jalil menyokong cadangan.

6.2 6.3

7.0 Membentang,Menyemak Dan Menerima Laporan Kewangan Sesi 2013 7.1 Bendahari PIBG,Encik Abdul Halim b Mohammad membentagkan laporan kewangan PIBG SK Klang berakhir pada 31 Januari 2013. Semua ahli diminta merujuk halaman 25 hingga 28. Encik Khairudin mencadangkan laporan kewangan diterima disahkan. Encik Wan Muadzam b Wan Abidin menyokong laporan kewangan disahkan.

7.2 7.3 7.4

8.0

Perbincangan Usul 8.1 Usul Pendidikan a. Usul dari Mohd Nazri Adwan agar memberi waktu yang lebih untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Respon: Guru besar menyatakan bahawa pembahagian waktu telah ditetapkan dan terikat dengan dasar yang dikeluarkam oleh pihak Kementerian Pelajaran. b. Usul dari Suziana Masroh agar memberi perhatian yang lebih kepada murid-murid yang lemah. Respon: Guru besar menyatakan bahawa terdapat kelas pemulihan disediakan bagi murid-murid yang lemah dan

c.

d.

e.

f.

g.

sekiranya prestasi murid semakin baik, dia tidak perlu mengikuti kelas pemulihan lagi. Usul dari Mohd Zulkifli agar menambahkan sudut bacaan. Respon: Guru besar menyatakan bahawa tidakan akan diambil untuk mempertingkatkan keceriaan kawasan sudut bacaan dan meletakkan set catur supaya murid boleh memanfaatkannya. Usul dari Norli Binti Mohd Shahabudin agar disediakan cabinet di dalam kelas untuk murid meninggalkan buku-buku di sekolah tanpa perlu memberatkan beg. Respon: Guru besar menyatakan bahawa buku tidak digalakkan tinggal di sekolah kerana akan hilang. Murid perlu ikut jadual seperti yang telah disediakan. Usul dari Habeedullah berkenaan Bagaimana hendak mengetahui prestasi anak saya dalam pembelajaran (KSSR). Respon: Guru besar menyatakan bahawa satu taklimat khas untuk ibu bapa sedang dirancang atau pun ibu bapa boleh menemui guru kelas untuk mendapat maklumat lanjut berkenaan prestasi anak mereka. Usul dari Norliza Binti Abdul Rahman agar mengadakan kelaskelas Bahasa Inggeris. Respon: Guru besar menyatakan bahawa perkara tersebut masih dalam peringkat cadangan. Usul dari Rozita Binti Kamarudin agar mengadakan ujian bulanan bagi semua murid tahun 1,2 dan 3 serta keputusan perlu dimaklumkan kepada ibu bapa. Respon: Guru besar menyatakan bahawa prestasi murid boleh diketahui pada hari terbuka sekolah atau ibu bapa boleh datang berjumpa dengan guru pada waktu sekolah.

8.2 Usul Keceriaan a. Usul dari Mohd Nazri Adwan agar mengadakan gotong-royong dan kempen keceriaan dikalangan murid dengan menggunakan barang terpakai. Respon: Guru besar menyatakan bahawa program gotong royong akan dilaksanakan dan pemohonan telah dibuat kepada pihak Majlis Perbandaran Klang untuk memohon bekas dan tong sampah kitar semula dengan tujuan mendidik murid. b. Usul dari Suziana Masroh berkenaan keceriaan sekolah semakin baik dan teratur. Respon: Guru besar mengucapkan terima kasih atas pujian tersebut. c. Usul dari Rubiah Binti Mahmudin agar mempertingkat keselamatan dan menanam lebih banyak pokok bunga.

Respon: Guru besar menyatakan bahawa meminta ibu bapa memaklumkan pada anak-anak supaya tunggu ibu bapa di dalam kawasan sekolah dan pihak sekolah sendiri sedang dalam perancangan untuk mengadakan ceramah keselamatan bertujuan untuk meningkatkan keselamatan. Manakala cadangan menanam lebih banyak pokok bunga pula sedang dalam perancangan. d. Usul dari Norli Binti Mohamed Shahabudin berkenaan kebersihan tandas perlu dipertingkatkan dan padang sekolah perlu diperluas agar sesuai untuk kegunaan semua murid. Respon: Guru besar menyatakan bahawa keadaan tandas sekarang sedang dalam penambahbaikkan dan tandas juga dicuci 3 kali sehari iaitu pada waktu pagi, tengahari dan sebelum balik. Manakala padang pula tidak dapat diperluas tetapi perlu ditambak agar tidak menakung air. Permohonan sedang dipertimbangkan. e. Usul dari Habeedullah berkenaan keceriaan dalam kelas yang kurang memuaskan. Respon: Guru besar menyatakan bahawa pihak sekolah telah memohon kerusi dan meja daripada pihak Jabatan Pelajaran Negeri. Dinding kelas juga akan di cat semula. f. Usul dari Ahmad Khir Yahya agar membaiki pagar sekolah yang retak untuk keselamatan murid. Respon: Guru besar menyatakan bahawa pihak sekolah telah memaklumkan perkara tersebut kepada Kementrian Pelajaran Malaysia dan kos yang diperlukan untuk meruntuhkan pagar tersebut ialah RM400 000.

8.3 Usul Berkaitan Hal-hal Lain a. Usul dari Raja Rozylyna Aini berkenaan harga kuih di kantin yang terlalu mahal harga sebiji kuih donut mencecah RM0.50 berbanding harga luar RM0.30. Respon: Guru besar menyatakan bahawa perbincangan dengan pengusaha kantin telah diadakan melalui mesyuarat Jawatankuasa Kantin tentang harga makanan agar harga diturunkan. Tender kantin juga akan dibuka kepada pengurusan lain apabila tender sekarang tamat pada hujung tahun ini. b. Usul dari Ahmad Radzi Bin Abdul Jalil berkenaan dengan kantin yang tidak menyediakan nasi waktu tengahari pada waktu kokurikulum dan juga membaiki telefon awam sekolah. Respon: Guru besar menyatakan bahawa kantin memang tidak menyediakan makanan tambahan jadi, murid perlu bawa sendiri

c.

d.

e.

f.

g.

h.

i.

makanan. Berkenaan telefon awam yang rosak pula, perkara tersebut sedang diambil tindakan. Sekiranya murid perlu membuat panggilan kecemasan, boleh datang ke pejabat sekolah. Usul dari Mohd Nazri Adwan agar melakukan senaman ringan dan solat sunat Dhuha. Respon: Guru besar memberi respon bahawa perkara tersebut akan dipertimbangkan. Usul dari Mohd Zulkifli berkenaan dengan pemantauan pergerakan setiap murid kerana dikhuatiri wujud pembuli dalam kalangan murid. Respon: Guru besar menyatakan bahawa pemantauan terhadap murid ada dilakukan dan Sarjan Salibudin dari IPD Klang turut membantu memantau disiplin murid. Usul daripada Noorul Hana Hashim agar aktiviti petang dimulakan jam 2.30 petang kerana murid agak sedikit kelam kabut jika ada kelas tasmik pada hari Rabu. Respon: Guru besar menyatakan bahawa masa untuk kokurikulum perlu bermula jam 2.00 petang kerana waktu perlu dipadatkan supaya dapat memberi laluan kepada sekolah agama di sebelah petang. Usul dari Debayan Kasim berkenaan tandas bangunan baru (aras 4) yang selalu mengalami gangguan air dan murid terpaksa ke tandas bangunan lama. Respon: Guru besar menyatakan bahawa perkara tersebut telah diadu ke pihak Pejabat Pelajaran Daerah. Usul dari Mohd Saharil agar rumah sukan tidak perlu ditukar kerana murid sudah pun membeli baju sukan dan berkenaan banyak buku tulis yang dicadangkan beli oleh pihak sekolah tidak digunakan. Respon: Guru besar menyatakan bahawa rumah sukan murid bukan ditukar tetapi bilangannya ditambah dari 4 rumah kepada 5 rumah. Penetapan rumah sukan pula dibuat dengan merujuk nombor akhir pada angka giliran murid. Penambahan rumah sukan juga bagi menggalakkan penyertaan lebih ramai murid dalam acara sukan sekolah. Usul daripada Norliza Binti Abdul Rahman agar memperbaiki mutu pemakanan dan mempelbagaikan menu di kantin. Respon: Guru besar menyatakan perbincangan akan dilaksanakan dengan pihak kantin. Usul dari Yusnizah Binti Eusoff berkenaan keadaan murid yang kurang memuaskan apabila tiba masa pulang dari sekolah.

j.

Respon: Guru besar menyatakan bahawa perbincangan murid akan dipastikan untuk mematuhi peraturan seperti menunggu ibu bapa di pondok penjaga sahaja. Usul dari Ahmad Khir Yahya berkenaan beg sekolah yang terlalu berat dan diharap guru dapat memberitahu buku yang wajib di bawa pada hari tersebut sahaja. Respon: Guru besar menyatakan bahawa murid perlu mengikut jadual yang telah diberi.

9.0 Tambahan Usul a. Encik Shamsul mencadangkan agar prestasi murid terutama dalam subjek Bahasa Inggeris dapat dipertingkatkan dengan mengadakan English Week misalnya. Respon: Guru besar menyatakan bahawa murid perlu mengikut jadual yang telah diberi. b. Encik Shahril mencadangkan agar setiap pelawat yang datang ke sekolah direkod, kad pengenalan dan perlu gunakan pas pelawat. selain itu, Beliau juga mencadangkan agar murid diberi kumpulan belajar yang menggabungkan murid yang berpencapaian tinggi dan yang lemah. Respon: Guru besar menyatakan bahawa murid sudah pun bercampur dan melakukan aktiviti bersama ketika waktu kokurikulum dan pihak sekolah sememangnya sudah mempunyai rekod tentang keluar masuk pelawat. c. Encik Abidin Bin Abu Hasan mencadangkan agar pihak sekolah meletakkan satu paparan skrin di tempat tumpuan murid seperti dikantin yang ada tertulis perkataan Inggeris, Matematik dan Sains. Respon: Guru besar menyatakan bahawa cadangan tersebut akan dipertimbangkan dan meminta ibu bapa juga berusaha bersama untuk mendapatkan dana bagi mendapatkan papan skrin tersebut. d. Encik Md Latif Bin Md Bajuri menyatakan harapan agar guruguru dan ibu bapa bekerjasama melibatkan diri dengan aktiviti sekolah dan menghadirkan diri apabila dijemput menyertai aktiviti sekolah. 10.0 Ucapan Penangguhan a. YDP PIBG berharap agar ibu bapa dapat memberi kerjasama melibatkan diri dalam aktiviti sekolah.

b. Harapan agar ibu bapa berkorban sedikit demi kepentingan anakanak mereka. c. Mesyuarat PIBG kali ke 34 ditangguh pada jam 11.55 pagi.

Anda mungkin juga menyukai