Anda di halaman 1dari 6

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKENDI

KALI KE 41

TARIKH : 24 Februari 2017

HARI : Jumaat

MASA : 2.30 petang

TEMPAT : Anjung Ilmu, SK Sekendi

1. AGENDA 1: UCAPAN GURU BESAR,SK SEKENDI (TUAN HAJI AB.


HAMID B MAT ARIF)

1.1 Ucapan aluan terima kasih kepada ahli PIBG, warga SK Sekendi,dan
bersyukur di atas kesudiaan pada hari ini.
1.2 Beliau memperkenalkan diri selaku Guru Besar SK Sekendi yang mula
melapor diri pada 28 Disember 2016 dan seterusnya meneruskan
perhkhidmatan sebagai Guru Besar di SK Sekendi.
1.3 Ibu bapa dan guru adalah, adalah golongan yang bertanggungjawab menjana
minda anak-anak untuk meningkatkan prestasi pelajaran mereka.
1.4 Memaklumkan bahawa lebihan guru seramai 80 orang dan kekurangan guru
Bahasa Inggeris di dalam daerah Sabak Bernam.
1.5 UPSR tahun 2016 meletakkan calon seramai 25 orang murid dan mendapat
GPS 3.39, manakala tahun 2017 calon UPSR seramai 30 orang murid dan
sasaran untuk (6A) seramai dua orang.
1.6 Oleh itu, murid tahun 5 2017 perlu belajar bersungguh-sungguh dengan
bimbingan dan dorongan dari ibu bapa dan guru bagi meningkatkan prestasi
pembelajaran bagi persediaan UPSR 2018.
1.7 Kerajaan telah memperkenalkan Pelan Tindakan dan 2017 adalah termasuk
dalam Gelombang kedua kerajaan.
1.8 Disamping itu, program LINUS sangat untuk mendapatkan kemahiran
membaca,menulis dan mengira untuk murid-murid yang lemah.
1.9 Bantuan khas murid yang layak akan diberikan jika bantuan tersebut telah
disalurkan pada pihak bank. Ini tertakluk pada pendapatan ibubapa yang
kurang dari RM 3000.

2. AGENDA 2:UCAPAN PERASMIAN

2.1 Mengucapkan terima kasih kepada pengerusi majlis seterusnya mengalukan


kedatang Guru Besar yang baharu ke SK Sekendi.
2.2 Bersyukur dan merakamkan terima kasih kerana sudi menjemput beliau
untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 41 2017.
2.3 Mengucapkan tahniah dan syabas di atas kerjasama ibu bapa dan penjaga
yang dapat hadir ke Mesyuarat pada petang ini.
2.4 Beliau yakin bahawa Guru Besar yang baharu ini dengan kerjasama guru-
guru SK Sekendi ini dapat mencapai KPI dan meningkatkan GPS seterusnya
mendapat keputusan 6A dalam UPSR 2017.
2.5 Peranan ibubapa amatlah penting untuk memastikan anak-anak belajar dan
mengulangkaji pelajaran di rumah.Malah menyeru agar ibu bapa penjaga
lebih perihatin serta memantau mereka dari semua aspek.
2.6 Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim beliau telah merasmikan Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-41.

3. AGENDA 3: UCAPAN YDP PIBG:EN. LATIB B MAHPOP

3.1 Encik Latib berharap Mesyuarat Agung PIBG berjalan dengan baik
3.2 Membentang dan menerima minit Mesyuarat Agung kali ke 40 2016
3.3 Encik Latib selaku YDP membentangkan minit mesyuarat
3.4 Encik Mohd Taib selaku Timbalan YDP mencadangkan untuk mengesahkan
minit Mesyuarat kali ke 40 dan disokong oleh Puan Noraini.

Tindakan:YDP PIBG

3.5 Membentang dan meluluskan Penyata kewangan PIBG SK sekendi 2016.


3.6 Puan Hjh Juhana bt Mohd Johar selaku Bendahari PIBG SK Sekendi
membentangkan Laporan Kewangan PIBG BAGI TAHUN 2016.Sebagaimana
yang telah dilampirkan.
Tindakan:Bendahari PIBG
4. AGENDA 4:PERLANTIKAN DAN PEMILIHAN AJK PIBG 2017

4.1 En.Latib b Mahpop membubarkan ahli jawatankuasa PIBG bagi tahun


2015/2016.
4.2 Encik Mohd Taib b Akil mencadangkan Pengerusi PIBG bagi tahun
2017/2018 dikekalkan iaitu En Latib b Mahpop.
4.3 Lantikan untuk Naib YDP PBIG bagi tahun 2017/2018 juga dikekalkan iaitu
Encik Mohd Taib b Akil atas sokongan ramai.
4.4 Lantikan Setiausaha PIBG dan AJK PIBG dikalangan guru bagi tahun
2017/2018 diserahkan pada Guru Besar.
4.5 Setelah pemutusan mesyuarat, AJK PIBG adalah seperti berikut
Tindakan: Makluman

PEGAWAI DAN AHLI JAWATANKUASA PIBG 2017/2018

Penasihat
Tuan Haji Ab Hamid b Mat Arif
(Guru Besar SK Sekendi)
Yang Dipertua PIBG
Encik Latib b Mahpop
Naib YDP PIBG
Encik Mohd Taib b Hj.Akil
Setiausaha
Puan Suhana bt Hj.Shafee
Bendahari
Puan Hjh Juhana bt Hj Mohd Johar

AHLI JAWATANKUASA IBU BAPA


Encik Hashim b Sabran
Puan Zaharah bt Jamhari
Tn Hj Rozali b Romi
Encik Mughni b Sarbani
Pn Muzaiyanah bt Daiman
Encik Karim b Jamhar
AHLI JAWATANKUASA GURU
Encik Mustapa Kamal b Abdul Rahman
Tn Hj Abdullah b Hashim
Puan Norazah bt Mohamad
Puan Norliyani bt Yahaya
Encik Norazam b Said Adui

PEMERIKSA KIRA-KIRA
Encik Roomai Mor b Hj Kahfi
Puan Asmah

5 AGENDA 5:PEMBAHASAN USUL

5.1 Guru Besar menerangkan tentang kekurangan jumlah makanan yang


disediakan.
Tindakan:Makluman
5.2 Pihak sekolah telah menyediakan Pengawal Keselamatan untuk memantau
murid-murid keluar tanpa kawalan semasa menunggu ibu bapa membawa
pulang. Tindakan:Pen. Kanan HEM

6. AGENDA 6:HAL- HAL LAIN

6.1 Pengerusi menjemput ibu bapa untuk memberikan ucapan hal-hal lain.
6.2 Encik Karim meminta penjualan ais krim di luar kawasan sekolah.
Tindakan:Pen. Kanan HEM
6.3 Puan Hjh Juhana meminta agar ibu bapa tidak meletakkan kenderaan di
laluan hadapan pagar sekolah. Ini kerana ianya menggangu laluan masuk
guru-guru ke dalam sekolah.
Tindakan:Makluman
6.4 Encik Karim meminta supaya Pengawal Keselamatan mengawal laluan
masuk ke kawasan sekolah.
Guru Besar memberi respon: Tidak akan mengarahkan Pengawal
Keselamatan untuk menjaga lalulintas masuk ke kawasan sekolah.Guru Besar
berharap agar ibu bapa tidak menutup laluan masuk ke sekolah dan tidak
membuat pusingan U dihadapan sekolah, ini bagi mengelakkan kesesakan
kepada guru dan murid.Guru Besar juga berharap agar ibu bapa menghantar
anak sehingga ke pagar sekolah samada kiri atau kanan,bukan di laluan
tengah,dan memimpin dan berjalan bersama anak hingga ke pagar sekolah.
Tindakan: Makluman
6.5 Encik Mohd Nor mencadangkan agar ais krim di jual di kawasan sekolah
,kerana sekiranya pengusaha ais krim membuat jualan di luar dikhuatiri
akan menjejaskan keselamatan anak murid.
Tindakan:Pen. Kanan HEM
6.6 Encik Borhan mencadangkan agar peti cadangan di aktifkan semuladan
diletakkan di pondok pengawal,serta mencadangkan denda kepada ibu bapa
yang tidak hadir ke Mesyuarat PIBG.
Guru Besar memberi respon: Sekiranya ibu bapa dikenakan denda ditakuti
ibu bapa akan membuat surat laying yang akan menjejaskan reputasi AJK
PIBG
Tindakan:Makluman
6.7 Encik Latib menerangkan bahawa banyak lagi yuran yang belum dijelaskan.
Guru Besar tiada kuasa untuk menolak bayaran yuran daripada wang
bantuan yang telah disalurkan kepada ibu bapa penjaga.
Tindakan:Makluman
6.8 Encik Mughni meminta supaya penangguhan pembayaran yuran.
Encik Latib memberi respon: Supaya ibu bapa membayar secara ansuran
agar tidak berlakunya hutang tertunggak.
6.9 Encik Mughni berharap supaya SK sekendi menjadi sekolah yang
cemerlang,gemilang dan terbilang.
6.10 Encik Mohd Taib berharap supaya AJK PIBG sessi 2017/2018 dapat
menjalanakan tugas dengan penuh berdedikasi dan dapat menjalankan
aktiviti seperti yang telah dirancangkan
7. AGENDA 7: UCAPAN PENANGGUHAN

7.1 Guru Besar berharap ibu bapa boleh berjumpa Guru Besar sekiranya ibu bapa
ada permasalahan sebelum berjumpa dengan guru-guru.
7.2 En. Latib memaklumkan sukan tahunan akan diadakan pada bulan April dan
juga jualan amal akan diadakan pada hari tersebut.

Sekian terima kasih

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang

Disediakan oleh Disemak oleh

(SUHANA BT SHAFEE) (TN HJ AB HAMID B MAT ARIF)

Setiausaha PIBG 2017 Guru Besar

SK Sekendi SK Sekendi

Disahkan oleh

(LATIB B MAHPOP)

YDP PIBG

SK Sekendi

Anda mungkin juga menyukai