Anda di halaman 1dari 3

SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN MINGGU PSS SMK TAMAN TUNKU

(1) Yang Berbahagia, Puan Sophia Limi, Pengetua SMK Taman Tunku

Puan Normah Abdul Latiff, Penolong Kanan Pentadbiran, En. Wee Cheng Theam, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Hajah Darmah Binti Haji Mudin, Penolong Kanan Kokurikulum Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, dan para pelajar yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera (2) SERI MURNI HIASAN TAMU INDAH MEKAR TEPIAN MUARA HARI INI KITA BERTEMU MOGA KEKAL MENJALIN MESRA Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurniaNya serta kehendakNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan, disempurnakan kewarasan akal, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa untuk kita samasama berkumpul di Dataran Tunku ini bagi Pelancaran Minggu Pusat Sumber Sekolah . (3) Memulakan majlis, satu penghayatan bersama... Hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan Lagu Ibu Pertiwiku. ****

(4) Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian, Tetak buluh panjang sepuluh Mari jolok sarang penyengat Angkat tangan jarisepuluh Doa diminta biar selamat Majlis dengan ini mempersilakan Ustaz ....................... untuk membacakan doa.Dipersilakan. Amin Ya Rabbal Alamin. Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasihkepada Ustaz .............................di atas bacaan doa itu . (5) Puteri Bongsu cantik terperi Minum air tampak berkaca Demi jaya ilmu dicari Nadi ilmu amalan membaca hadirin-hadirat yang dihormati sekalian. Bagi mengisi program MInggu Pusat Sumber Sekolah SMK Taman Tunku pada tahun ini beberapa aktiviti telahpun diaturkan. Aktiviti2 tersebut ialah.. (RUJUK LAMPIRAN) (8) Seterusnya, majlis mempersilakan yang Berbahagia Puan Pengetua, Puan Sophia Limi dengan diiringi oleh Penolong Puan Normah Abd Latiff untuk Merasmikan Minggu Pusat Sumber Sekolah SMK Taman Tunku tahun 2013 #### Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Puan Pengetua di atas kesudian merasmikan Minggu Pusat Sumber Sekolah SMK Taman Tunku 2013 sebentar tadi.

(10) Majlis kita sampai dipenghujungnya, Sebelum majlis berlabuh tirai, sebelum titik bertemu nokhtah, pihak majlis mohon mengambil sedikit kesempatan waktu dipenghujung ini untuk menyata dan menyampaikan sejuta kalungan bunga terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan majlis permai pada pagi nan ceria ini dapat dilangsungkan dengan jayanya.

Membawa dulang beralas sutera Berisi hadiah buat pemenang Ilmu dijulang semangat membara Amalan membaca hatipun senang Cincin suasa tersemat di tangan Hiasan tersohor dato Bahaman Ilmu dijulang demi kejayaan Amalan Membaca gaya wawasan

Sekian, Wassalamualakum wbt

Anda mungkin juga menyukai