Anda di halaman 1dari 4

SKRIP PENGACARA MAJLIS- NILAM

WATIKAH PENGAWAS PSS & NILAM


(1)
Yang Berbahagia, En. Ab Halim bin Hj Hassan, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Besut,
Yang Berbahagia, Tn Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah
En. Abdul Rahim b Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran,
En. Amran bin Ibrahim,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
En. Wan Pauzi bin Wan Mohd, Penolong Kanan Kokurikulum
Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, dan para pelajar
yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum wbt dan salam satu Malaysia.
(2)
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang
Maga Agung, Maha Tinggi kerana dengan limpah kurniaNya serta kehendakNya jua maka
kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan, disempurnakan
kewarasan akal, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa untuk kita sama-sama
berkumpul di Dewan Gemilang ini bagi Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber
Sekolah dan Pelancaran Program NILAM .
(3)
Memulakan majlis, satu penghayatan bersama...
Hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan Lagu Negeri
Terengganu.
*****
Kalungan bunga terima kasih buat semua.

(4)
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,
Majlis bermakna di pagi nan berbahagia ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon
restu dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan Al-fadzil Ustaz Amri bin Daud bagi
memimpin pembacaan doa. Dipersilakan al-fadzil ustaz.
#########

Terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi.
Semoga majlis nan berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.
(5)
Melilit rotan di dahan ara
Di celah angsana mekar sekata
Ucapan Aluan pembuka bicara
Tuan Pengetua bermadah kata /bingkisan ucapan sepatah kata
Rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian,
Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia Tn Hj Mhd
Ramli bin Che Mat untuk menyampaikan bingkisan kata, ucapan alu- aluan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
##########
Majlis merakamkan sekalungan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang
Berbahagia Tuan Pengetua atas ucapan yang telah disampaikan.
(6)
Rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi,
Puteri Bongsu cantik terperi
Minum air tampak berkaca
Demi jaya ilmu dicari
Nadi ilmu amalan membaca
Seterusnya, majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang
Berbahagia, En. Ab Halim bin Hj Hassan, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Besut, untuk
menyampaikan bingkisan ucapan sekaligus merasmikan Program NILAM dan Watikah
Pelantikan Pengawas PSS. Dipersilakan.
#####
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada yang
Berbahagia En. Ab Halim bin Hj Hassan.
(7)
Seterusnya, kita tiba ke acara penyerahan watikah pelantikan Pengawas Pusat Sumber
Sekolah. Bagi maksud tersebut, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
Berbahagia Tn Hj. Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMKPNZ untuk mengiringi Yang
Berbahagia En Ab Halim bin Hj Hassan, Timbalan PPD Besut untuk menyampaikan watikah.
Dipersilakan.
NAMA;.........................
Seterusnya, penerima hadiah untuk Anugerah NILAM:
NAMA...........

####
Majlis merakamkan sekalungan bunga terima kasih kepada Yang Berbahagia En Ab Halim
bin Hj Hassan kerana sudi menyampaikan watikah dan hadiah.
(8)
Seterusnya, majlis mempersilakan yang Berbahagia Tuan Pengetua untuk menyampaikan
cenderahati tanda ingatan tulus ikhlas daripada warga SMKPNZ.
####
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Pengetua.
(9)
Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Penyampaian hadiah selesai sudah
Persembahan pelajar menyusul pula
Seterusnya, majlis mempersilakan kumpulan koir Pusat Sumber Sekolah dibawah pimpinan
Pn. Zafiah Yusof, untuk mendendangkan dua buah lagu; lagu Nilam dan Membaca Gaya
Wawasan.
Dipersilakan
####
Terima kasih diucapkan kepada kumpulan Koir
(10)
Majlis kita sampai dipenghujungnya, Sebelum majlis berlabuh tirai, sebelum titik bertemu
nokhtah, pihak majlis mohon mengambil sedikit kesempatan waktu dipenghujung ini untuk
menyata dan menyampaikan sejuta kalungan bunga terima kasih kepada semua yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan majlis permai pada
pagi nan ceria ini dapat dilangsungkan dengan jayanya.
Membawa dulang beralas sutera
Berisi hadiah buat pemenang
Ilmu dijulang semangat membara
Amalan membaca hatipun senang
Cincin suasa tersemat di tangan
Hiasan tersohor dato Bahaman
Ilmu dijulang demi kejayaan
Amalan Membaca gaya wawasan
Pihak majlis dengan sukacitanya mempersilakan barisan AJK Pelancaran Program NILAM
untuk mengiringi Yang Berbahagia Tuan Pengetua untuk ke Kiosk NILAM bagi upacara
memotong riben sebagai simbolik perasmian Kiosk NILAM dan seterusnya ke majlis jamuan
di Bilik VIP. Majlis juga turut mengalu-alukan Tetamu jemputan untuk bersama-sama
melawat pameran di Dewan Terbuka.
Majlis mempersilakan.

Sekian, Wassalamualakum wbt


Makluman kepada para pelajar: para pelajar boleh melawat pameran dan juga
Perpustakaan bergerak secara berjadual.

Anda mungkin juga menyukai