Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARAAN

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PENGAWAS, PENGAWAS PSS, KETUA & PEN. KETUA
KELAS PERINGKAT SEKOLAH 2023/2024

Bil. Peristiwa Skrip


1 Kata aluan Daun layu di tengah gurun,
Pengacara Nampak jalur pohon cemara,
Majlis Tradisi melayu turun temurun,
Pantun ditutur pembuka bicara.

Sireh berlipat sireh pinang,


Sireh dari pulau mutiara.
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, salam Malaysia Madani serta selamat datang
diucapkan kepada

Yang Berbahagia, KOPERAL AZHAR BIN SALLEH, Pegawai Perhubungan Sekolah,


Yang Berusaha, Puan Nor’aishah Binti Abd Rahman, Tuan Guru Besar Sk Denai
Yang Dihormati, Encik Sazali Bin Apil, YDP Pibg Sk Denai,
Yang dihormati, Puan Azura Binti _________, Wakil Pegawai PPD Rompin,
Yang Dihormati, En. Ali Bin Abu Bakar, GPK Pentadbiran
Yang Dihormati, En Mohd Faisal Rizal Bin Mohd Nor, GPK Hal Ehwal Murid
Yang Dihormati, En. Ahmad Aswadee Bin Arshat, GPK Kokurikulum
Penyelaras Program, Ustazah Norhaizum Bin Zainuddin
guru-guru, para pengawas, pengawas pusat sumber, ketua dan penolong ketua kelas yang
dirahmati allah s.w.t sekalian.
Dengan penuh keikhlasan, bersama-samalah kita lafazkan kesyukuran ke hadrat ilahi
kerana dengan limpah kurnia-nya, dapat kita hadir ke majlis penyampaian watikah
pelantikan pengawas, pengawas pusat sumber dan ketua dan penolong ketua kelas
Peringkat Sekolah Kebangsaan Denai bagi sesi 2023/2024.

2 Bacaan Doa Tetak buluh panjang sepuluh,


Mari jolok sarang penyengat,
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa diminta biar selamat.

Majlis dimulakan dengan menjemput anakda Agus Bin Abdullah bagi mengetuai bacaan
doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

BACAAN DOA

Terima kasih diucapkan kepada anakda Agus Bin Abdullah atas bacaan doa sebentar tadi.

3 Nyanyian Lagu Para hadirin diminta berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang dan
Lagu Sekolah. Dipersilakan.

*nyanyi

Hadirin dipersilakan duduk.


4 Ucapan PK Anak Cina main gelombang,
HEM Nampak dari Tanjung Jati,
Tuan umpama bunga yang kembang,
Sentiasa hidup di dalam hati.

Meneruskan acara, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Encik Mohd Faisal Rizal Bin
Mohd Nor, GPK HEM untuk menyampaikan ucapan aluan. Dengan hormatnya dipersilakan.

UCAPAN

Majlis merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Encik Mohd Faisal Rizal Bin
Mohd Nor atas ucapan itu tadi.

5 Ucapan PARA HADIRIN SEKALIAN,


Perasmian
ABC Serumpun bak serai
(PUAN Seliang bak tebu,
NOR’AISHAH Bulat air kerana pembetung,
BINTI ABD Bulat kata kerana mufakat.
RAHMAN) Adat berpuak dengan kepala,
Adat berkampung dengan ketua,
Adat bersekolah dengan pemimpinnya..

Bagi meneruskan majlis pada pagi ini, dengan rasa takzim dipersilakan PUAN
NOR’AISHAH BINTI ABD RAHMAN untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan program ABC iaitu anak baik lagi cerdik.
Majlis Mempersilakan…

GURU BESAR BERUCAP

Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas kepada Tuan Guru Besar atas ucapan
sebentar tadi….

6 Ucapan Buah langsat di tepi busut,


Perasmian Mari dimuat di dalam peti,
Majlis(Koperal Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Terbang di awan Burung Jentayu,


Di atas papan batang Jerami,
Tampilah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi.

Meneruskan acara, majlis dengan hormat takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang
Berbahagia Tuan KOPERAL AZHAR BIN SALLEH, Pegawai Pehubungan Sekolah untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Watikah Pelantikan pemimpin-
pemimpin sekolah bagi sesi 2023/2024. Dengan hormatnya dipersilakan.

UCAPAN

Majlis merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Yang Berbahagia KOPERAL
AZHAR BIN SALLEH, atas ucapan perasmian sebentar tadi.
7 Gimik Pihak majlis memohon yang berbahagia Tuan Koperal Azhar Bin Salleh untuk terus kekal di
Perasmian atas pentas.

Majlis menjemput Tuan Guru Besar dan YDP PIBG untuk naik ke pentas bagi mengiringi
yang berbahagia Encik Azhar Bin Salleh untuk menyempurnakan gimik perasmian MAjlis
Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Ketua dan Penolong
Kelas abgi sesi 2023/2024.

Dengan terpotongnya riben dan banting pun telah terbentang, maka dengan ini, rasmilah
sudah Majlis kita pada pagi ini. Majlis seterusnya memohon jemputan untuk terus di atas
pentas bagi acara seterusnya.
8 Penyampaian Hadirin sekalian,
Watikah
Kini, tibalah kita pada waktu yang dinanti-nantikan iaitu majlis penyampaian watikah
pelantikan kepada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah dan ketua dan
penolong ketua kelas .

Bagi pengawas sekolah, dipersilakan___________________________________,


Bagi pengawas pusat sumber sekolah, dipersilakan ___________________________,
Bagi ketua kelas, dipersilakan _________________________________,
Bagi Penolong ketua kelas, dipersilakan _________________________________,

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada yang Berbahagia Koperal Azhar Bin
Salleh, Puan Nor’aishah Binti Abd Rahma dan Encik Sazali Bin Apil atas kesudian
menyempurakan acara.

9 Bacaan Ikrar Hadirin sekalian.


kepimpinan
sekolah Dengan penyerahan watikah pelantikan tersebut, maka dengan ini rasmilah sudah
pelantikan jawatan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah ketua kelas dan
penolong ketua kelas, Sekolah Kebangsaan Denai bagi tahun 2023/2024. Untuk itu, majlis
diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan Adik SAHARUL EZAM , untuk
mengetuai bacaan ikrar kepimpinan sekolah. Majlis mempersilakan semua pengawas
sekolah, pengawas pusar sumber dan ketua dan penolong ketua kelas untuk naik ke
pentas.

BACAAN IKRAR KEPIMPINAN MURID

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


10 Penyampaian
Cenderamata Dari Daik pulang ke Daik
Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang

Menjadi adat orang Melayu, orang berbudi kita berbahasa. Sebagai tanda mengenang jasa
serta ucapan terima kasih, majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Denai diiringi En. Sazali Bin Apil untuk menyampaikan cenderamata sebagai
kenang-kenangan kepada Yang Berbahagia Tuan Koperal Azhar Bin Salleh.

Dipersilakan.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih.

11 Penyampaian Terbang tinggi si burung helang


Sijil Berkicau kenari sambil berterbangan
Pencapaian Insan cemerlang negara terbilang
Anugerah diberi tanda kecemerlangan.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil kehadiran penuh Bulan April. Untuk itu,
majlis mempersilakan Puan Azura Binti________, diiringi oleh GPK HEM, En. Mohd faisal
Rizal Bin Mohd Nor bagi menyempurnkan acara.

Majlis mempersilakan.

PENYAMPAIAN Sijil

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih.


12 Persembahan Dari kedah ke Kuala Perlis,

Singgah memancing di tepi jeti,

Persembahan murid memeriahkan majlis,

Semoga hadirin terhibur di hati.

Bagi memerahkan lagi majlis kita pada pagi ini, kita tampilkan satu persembahan tarian
daripada murid Pra Sekolah SK Denai. Sama-samalah kita saksikan persembahan tarian
Pelanduk. Dipersilakan.

Untuk makluman hadirin sekalian, persembahan tarian itu tadi di bawah pimpinan Encik
Muhammad Afkar Shahrin dan Puan Syahirah Binti Isa.

Sekalung penghargaan diucapkan.

13 Majlis Penutup Dari Sarawak datang ke mari,


Beli durian di Kota Tinggi,
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Bunga Seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua saya ucapakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang
Berbahagia Tuan Koperal Azhar Bin Salleh, Pegawai Perhubungan Sekolah, Pn Nor’Aishah
Binti Abd Rahman, Tuan Guru Besar SK Denai, Para jemputan, barisan guru-guru dan
semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langung dalam menjayakan majlis
Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan pada kali ini.

Majlis dengan ini menjemput Para Jemputan untuk menikmati jamuan yang disediakan di
belakang. Majlis mempersilakan.

Sekian, wabillahittaufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.


14 Sesi Fotografi TA MAT

Anda mungkin juga menyukai