Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS RESTU ILMU SPM 2023

2 JANUARI 2024

KETIBAAN TETAMU Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera


Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan –
(SALUTASI) tuan dan puan puan ke Majlis Restu Ilmu Spm Tahun 2023.

Mohon Perhatian

Bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar, hadirin


diingatkan agar mematikan atau memastikan telefon bimbit
berada dalam pengaturcaraan senyap.

Apabila diumumkan ketibaan para tetamu jemputan masuk ke


perkarangan majlis, para hadirin diminta untuk berdiri.

Kerjasama daripada para hadirin amatlah dihargai.

PENGUMUMAN Mengumumkan Ketibaan ,


KETIBAAN
Yang Berhormat ,Dato Sri Dr Ruddy Awah,
Pembantu Menteri 1,Kementerian PembangunanLuar
Bandar ,Sabah merangkap Adun Kawasan N3 Pitas serta
rombongan.

NYANYIAN LAGU Mohon Yang Berhormat,para jemputan serta hadirin sekalian


NEGARAKU DAN untuk terus berdiri dan bersama –sama menyanyikan lagu
SABAH TANAH AIRKU Negaraku dan Lagu Sabah Tanah Airku

##Nyanyian

Terima Kasih atas nyanyian lagu sebentar tadi,YB dan para


hadirin dipersilakan duduk.
KATA SALUTASI Di tepi kali mengail ikan,
Kail dibawa dari pekan.
Selamat datang kami ucapkan,
Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.

Bersiar-siar di Tanjung Bidara


Singgah makan sepinggan lokan
Awal Bismillah pembuka bicara
Mailis Restu Ilmu kita raikan.

Bismillahirrahmanirrahim..

Yang Berhormat, Dato Sri Dr Ruddy Awah,


Pembantu Menteri 1,Kementerian PembangunanLuar
Bandar ,Sabah merangkap Adun Kawasan N3 Pitas

Yang Berusaha En A Razak Othman


Pengetua SMK PINGGAN PINGGAN

Yang Dihormati En. Jaliun Maun, Yang Dipertua PIBG


SMK Pinggan-Pinggan

Yang Dihormati Penolong Kanan Pentadbiran SMK


PINGGAN PINGGAN
Puan Adizah bt Zaman

Yang dikasihi , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK


PINGGAN PINGGAN
Puan Fauziah binti Alias

Penolong Kanan Kokurikulum , SMK PINGGAN


PINGGAN
En Hairudin bin Amir

Puan Suhainah Masawat ,


Guru Penolong Kanan Tingkatan 6, SMK PINGGAN
PINGGAN

Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran


Guru-guru, ibu bapa serta pelajar-pelajar tingkatan 5 yang
dikasihi sekalian.

Assalamualaikum WBT, salam sejahtera

UCAPAN ALU-ALUAN Alhamdulillah. Mari kita memanjatkan setinggi-tinggi


DAN SELAMAT kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia
DATANG dan izin Nya jua kita dapat berkumpul pada hari ini bagi
meraikan Majlis Restu Ilmu SPM SMK Pinggan Pinggan
bagi tahun 2024 .

Majlis terlebih dahulu merakamkan sekalung penghargaan


dan terima kasih atas keprihatinan dan kesudian semua
hadirin untuk sama-sama menjayakan majlis ini.

Majlis ini diadakan khas buat pelajar-pelajar Tingkatan 5


sebagai tanda sokongan padu pihak sekolah kepada calon-
calon SPM 2023 yang menduduki peperiksaan.

BACAAN DOA Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis mempersilakan


Al Fadhil Ustaz Syahmil Amir/Mohd Ikmal
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal Alamin.


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz
Syahmil Amir/Mohd Ikmal atas bacaan doa itu tadi.

Semoga majlis kita pada hari ini, berjalan dengan lancar dan
dilimpahi berkat

SLOT MOTIVASI

En Stanley Missun

UCAPAN WAKIL Adat berbahasa menyampaikan pesan,


PELAJAR Adat upacara menyampaikan ucapan

Bagi meneruskan acara, Majlis mempersilakan wakil pelajar Tingkatan


5 , Ellerica Richard untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan

*Ucapan*

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan dari wakil


pelajar tingkatan 5 itu tadI.
UCAPAN PENGETUA Hadirin yang dirahmati,

Tinggi burung terbang di angkasa,


Bunga Mekar dipetik peraih,
Majlis bermula restu diminta
Ucapan aluan mengambil alih.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En A


Razak Othman,Pengetua SMK Pinggan-Pinggan untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan.Majlis mempersilakan.

#Ucapan Pengetua

Majlis mengucapkan terima kasih atas rangkaian ucapan


alu-aluan yang penuh bermakna sebentar tadi.
UCAPAN YDP PIBG Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Hadirin sekalian,

Majlis pada pagi yang berbahagia ini diteruskan lagi dengan


menjemput:
Yang Dihormati En. Jaliun Maun,Dipertua PIBG SMK
Pinggan-Pinggan untuk memberikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada En. Jaliun Maun,


Yang Dipertua PIBG SMK Pinggan-Pinggan atas ucapan itu
tadi
UCAPAN PERASMI Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah dibeir,
Kata perasmi hajatnya kami.

Kini,majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat,


Dato Sri Dr Ruddy Awah,
Pembantu Menteri 1,Kementerian PembangunanLuar
Bandar ,Sabah merangkap Adun Kawasan N3 Pitas

untuk menyampaikan ucapan dan sekaligus, merasmikan Majlis


Restu ILmu Spm bagi tahun 2023 .

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


*ucapanMajlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Dato Sri
Dr Ruddy Awah,
atas ucapan dan kesudian merasmikan Majlis Restu Ilmu Spm
bagi tahun 2023.
PENYAMPAIAN Mohon YB Dato Sri Dr Ruddy Awah untuk terus berada di
CENDERAHATI atas pentas untuk upacara seterusnya.
PERASMI DAN Dipersilakan En A Razak Othman ,Pengetua SMK Pinggan
PENCERAMAH Pinggan ,untuk menyampaikan cenderahati kepada YB
Dato Sri Dr Ruddy Awah .Dipersilakan.

Seterusnya, dijemput En Stanley Missun untuk menerima


saguhati daripada pihak sekolah.Dipersilakan.

Setinggi –tingggi ucapan penghargaan dan terima kasih


kepada YB Dato Sri Dr Ruddy,En A Razak Othman atas
penyampaian cenderahati sebentar tadi.

PEMBERIAN SAGUHATI Tegak berdiri di tengah dataran,


ALAT TULIS Bersama menyanyi lagu kebangsaan,
Cenderahati diberi tanda ingatan,
Semoga cemerlang dalam peperiksaan.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati buat pelajar-


pelajar tingkatan 5.
Dijemput Dato Sri Dr Ruddy Awah,
diringi En A Razak Othman ,Pengetua Smk Pinggan
Pinggan untuk naik ke pentas bagi menyampaikan saguhati
alat tulis kepada wakil pelajar .

Dijemput semua pelajar untuk

Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Dato Seri


Dr Ruddy bin Awah dan En A Razak Othman atas
penyempurnaan penyampaian sebentar tadi.

MEMOHON RESTU IBU Majlis kini hampir ke penghujungnya.


BAPA
Buat anak-anak didik sekalian,
Guru-guru amat berharap dan mendoakan, sisa-sisa waktu yang ada
dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh anak-anak didik yang dikasihi
sekalian. Semoga apa yang diajarkan oleh para guru, apa yang dibaca
dan dihafal oleh para pelajar semua sampai ke dalam bilik
peperiksaan kelak tanpa ada yang tercicir.

Dalam kesempatan ini, dalam pertemuan bermakna ini marilah kita


sama-sama melapangkan dada saling memaafkan dan merelakan
antara guru dan para pelajar pada hari ini semoga keberkatannya
untuk manfaat bersama bagi mencari landasan hidup yang berjaya.
Beroleh kecemerlangan di dunia dan di akhirat

PENUTUP Tenang-tenang air di kali,


Tempat mandian putera dan puteri,
Sempurna sudah majlis dirai
Salah dan silap harap dimaafi.

Kami menyusun jari sepuluh seandainya terdapat kesalahan dan


kesilapan sama ada dari segi tutur bicara, lenggok bahasa dan tingkah
laku sepanjang program ini berlangsung.
Sekian sahaja majlis restu ilmu kita pada hari ini.
Saya sudahi dengan wabillahitaufik
walidavan wasalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai