Anda di halaman 1dari 13

TEKS PENGACARA

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK


SK SEREMBAN 2A

BIL MASA PERGERAKAN/ AKTIVITI TINDAKAN


1. 8.00- Pendaftaran murid dan ibu bapa PN RASYIDAH
8.45 Murid-murid, guru-guru dan ibubapa mengambil tempat
am Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan


puan-puan ke Majlis Anugerah Kemerlangan SK Seremban 2A bagi
tahun 2019.

2. 8.50 PENGUMUMAN PN RASYIDAH


am “Mohon perhatian
Hadirin dan hadirat dengan segala hormatnya dipersilakan
mengambil tempat masing-masing. Majlis akan bermula sebentar
lagi.”

Hadirin sekalian,
Majlis memohon supaya sepanjang majlis telefon bimbit hendaklah
ditutup atau tukar ke mode silent.
Setibanya VIP memasuki dewan, mohon semua untuk berdiri.

Untuk makluman hadirin, sekarang ini sedang berlangsung pameran


seni hasil murid-murid tahun 6. Pameran seni ini merupakan salah
satu bidang dalam silibus Pendidikan Seni Visual (PSV) tahun 6.

3 9.00 Mengumumkan ketibaan tetamu jemputan Yang Berbahagia Tn Azmi PN RASYIDAH


am bin Basir, Timbalan Pengarah Pendidikan , Sektor Pembangunan
Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dengan diiringi oleh
Puan Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran dan dif-dif jemputan.
Dipersilakan mengambil tempat.

Para hadirin dipersilakan berdiri untuk Nyanyian Lagu Negaraku.


Dipersilakan.

4 9.05 NYANYIAN LAGU NEGARAKU PN RASYIDAH


am  Terima kasih diucapkan. Para hadirin dipersilakan duduk.

5
TERUS KEPADA PERSEMBAHAN

1
TARIAN SELAMAT DATANG

Terima kasih atas persembahan Tarian Selamat Datang tadi. Untuk


makluman hadirin, tarian tersebut adalah di bawah bimbingan Pn.
Dzuhiran binti Sagap.

6 9.20 Assalamualaikum dan salam sejahtera PN RASYIDAH


am Pembuka kata lidah bicara
Izinkan kami mulakan acara
Semoga majlis disambut ceria.

BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T, Salam


Sejahtera dan Salam Bersih,Muafakat Sejahtera.

Yang Berbahagia Tn Azmi bin Basir, Timbalan Pengarah Pendidikan,


Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.
Yang Dihormati En. Shaiful Azhar bin Chulan, Pegawai Pentaksiran
dan Peperiksaan, Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Pejabat
Pendidikan Daerah Seremban. ,
Yang Berusaha, Puan Fuziah bt Abdul Malek, Guru Besar Cemerlang
SK Seremban 2A.
Yang Dihormati En Mohd Huzainy bin Mohd Shah, Wakil PIBG SK
Seremban 2A
Yang Dihormati Pn Roslina bt Bowah, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran dan Kurikulum,
En, Airul Anwar bin Abdul Aziz, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid,
En Mohd Izaja bin Zakaria, Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Pn Rahmah bt Arshad, Guru Penolong Kanan Kelas Pendidikan Khas
Pembelajaran (KPKP),
Para Ibubapa, Guru-guru dan murid-murid, yang dirahmati Allah
sekalian.

Hinggap minum di tepi kali,


Penat si helang membelah angkasa ,
Pelajar Cemerlang Sama dirai ,
Agar Terlaksana Wawasan Negara.

Hari ini menanam jagung,


Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,

2
Meraikan majlis penuh ceria

Selamat datang ke :

Hari Anugerah Kecemerlangan SK Seremban 2A Tahun 2019.

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana


dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama
berhimpun pada pagi ini untuk meraikan kejayaan murid-murid
dalam bidang akademik.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada


semua hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini
terutamanya kepada Yang berbahagia Tn Azmi b Basir, Timbalan
Pengarah Pendidikan, Sektor Pembangunan Murid JPN Negeri
Sembilan, kerana sudi meluangkan masa dan memilih untuk
menghadirkan diri ke majlis kami ini walaupun banyak urusan rasmi
lain yang lebih memerlukan perhatian dan kehadiran beliau. Ucapan
terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa
untuk memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah.
Semoga usaha kita semua diberkati Allah.

7 9.35 BACAAN DOA


am
Membuat   kerabu mencari lokan AMIR
Penambah selera   sudahlah tentu
Memohon doa tidak dilupakan
Diucap di amin setiaplah waktu

Bagi memberkati  majlis pada pagi ini , dengan segala hormatnya


dipersilakan adik Mohd Darwish Iman dari 6 Cekal untuk memimpin
bacaan doa.  Dipersilakan .”
Majlis merakamkan ucapan terima kasih diucapkan kepada adik
Mohd Darwish Iman atas bacaan doa itu tadi.

8 9.45 Hadirin hadirat yang diormati sekalian, EMILINDA


am

3
Majlis ini amat bersesuaian dengan misi sekolah untuk melestarikan
sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi
individu bagi memenuhi aspirasi negara. Maka pada pagi yang indah
permai ini, murid-murid SK Seremban 2A yang telah mempamerkan
kecemerlangan dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum
akan diberikan anugerah sebagai bukti penghargaan daripada pihak
sekolah. Bukan itu sahaja , jasa ibu bapa serta masyarakat setempat
yang banyak membantu memajukan sekolah juga tidak dilupakan.

9 9.50 UCAPAN GURU BESAR


am Para  hadirin yang dihormati sekalian, AMIR

Songket tenunan dahula kala


Gemersik indah tenunan mata
Setulus hati dipersila
Berucap sepatah dua kata

Tirai majlis kita pada hari ini akan dimulakan dengan ucapan alu-
aluan. Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan Yang
Berusaha  Puan Fuziah bt Abdul Malek, Guru Besar Cemerlang SK
Seremban 2A untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan”
 (Ucapan tamat )

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha  Puan


Guru Besar di atas ucapan sebentar tadi.

10 10.10 UCAPAN PERASMIAN


am
Terbang di awan burung jentayu, PN SITI
Di atas papan batang jerami; ZUBAIDAH
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi

Sidang Hadirin yang dihormati sekalian


Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan ucapan perasmian Hari
Anugerah Kecemerlangan SK Seremban 2A bagi tahun 2019.
Majlis dengan segala hormat mempersilakan Yang Berbahagia Tuan
Azmi Bin Basir, Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembangunan
Murid JPN Negeri Sembilan untuk menyampaikan ucapan  dan
seterusnya merasmikan majlis kita pada pagi ini. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

4
PN SITI
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ZUBAIDAH
kepada  Yang Berbahagia Tuan Azmi bin Basir kerana merasmikan
majlis pada pagi ini.

11 10.30 PENYAMPAIAN ANUGERAH AKADEMIK


am
Sebagai pembuka tirai majlis pagi ini, kita mulakan dengan
penyampaian Sijil Penghargaan kepada Wakil Kumpulan Sokongan
Ibubapa(KSIB) bagi Program Titian Harapan.

Untuk makluman para hadirin, Program Titian Harapan merupakan


satu program Kelas Bimbingan Matematik yang dijalankan hasil
usahasama Panitia Matematik dengan Biro Akademik, Kumpulan
Sokongan Ibubapa(KSIB) di bawah naungan PIBG SKS2A yang
bertujuan utk menerapkan minat dan penguasaan pelajar tahun 3
dalam matapelajaran Matematik. Program ini juga telah mendapat
sokongan daripada fasilitator yang merupakan pelajar Kolej MARA
Seremban di bwh Program CSR.

Kelas Bimbingan Matematik ini telah dikendalikan selama 10 minggu


bermula Julai 2019 hingga September 2019.

Bagi menyempurnakan penyampaian Sijil Penghargaan ini, majlis PN RASYIDAH


dengan sukacita dan takzim mempersilakan Yang Berusaha Pn.
Fuziah binti Abdul Malek, GB Cemerlang SK Seremban 2A diiringi
oleh Yang Berusaha Pn. Roslina binti Bowah, GPK Pentadbiran dan
Kurikulum SK Seremban 2A naik ke pentas utama. Dipersilakan…

Untuk itu,majlis dengan berbesar hati mempersilakan Pn. Arfaseela


Binti Hj. Amiruddin, wakil daripada KSIB untuk menerima Sijil
Penghargaan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Pn


Fuziah bt Abdul Malek kerana sudi menyempurnakan acara
penyampaian Sijil Penghargaan sebentar tadi.

Slot 1 :
KPKP, Tahun 1, 2 dan 3

5
Berkebaya batik berwarna merah
Dipakai pula gadis pinggiran
Tibalah masa penyampaian anugerah
Penerima teruja menunggu giliran

Sidang hadirin yang dihormati, penyampaian anugerah pada pagi ini


bermula dengan penyampaian anugerah kepada murid dari Kelas
Pendidikan Khas Pembelajaran (KPKP) diikuti oleh murid yang
mencapai Tahap Penguasaan (TP) Tertinggi iaitu TP6 dalam Aliran
bagi tahun 1, 2 dan 3. PN.RASYIDAH

Untuk makluman, penerima anugerah Hari Anugerah Kecemerlangan


SK Seremban 2A pada tahun ini akan menerima Baucer Buku dari
The Book Garden Sinaran dan set alatulis. Bagi penerima Anugerah
Terbaik Aliran dan Kelas, masing-masing akan menerima trofi dan
baucer atau set alatulis.

Majlis dengan berbesar hati menjemput sekali lagi  Yang Berusaha


Puan Fuziah bt Abdul Malek Guru Besar Cemerlang SK Seremban 2A
dengan diiringi oleh Yang Dihormati En Airul Anwar bin Abd. Aziz
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Seremban 2A untuk
menyampaikan anugerah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

## Rujuk SENARAI PENERIMA ###


Penyampaian anugerah dimulakan dengan Anugerah
1) Kelas KPKP
2) Kelas tahun 1
4) Kelas tahun 2
5) Kelas tahun 3

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Pn


Fuziah bt Abdul Malek kerana sudi menyempurnakan acara
penyampaian anugerah.

12 11.00 PERSEMBAHAN 1 EMILINDA


am
Sehabis merah daun yang sihat
Dahan melebar bercerita sakan
Majlis anugerah mohon berehat
Persembahan murid kita persembahkan

6
Sidang hadirin, majlis penyampaian anugerah pada pagi ini akan
berehat sebentar. Majlis pada pagi ini akan diserikan dengan
Persembahan Inklusif diantara Pra Sekolah, Kelas Pendidikan Khas
Pembelajaran (KPKP) dan aliran Perdana.
Sama –sama kita saksikan.”

Terima kasih kepada murid-murid yang membuat persembahan


sebentar tadi.
Untuk makluman hadirin sekalian,persembahan itu tadi adalah di
bawah bimbingan Pn Haslina bt Jaafar, Pn Dzuhiran bt Sagap dan
Encik Muhammad Azim bin Mohamad

SERAHAN MAJLIS

Hadirin yang dihormati sekalian, selesailah sudah tugasan kami, AMIR


Saya Amir Safuan bin dan saya Anis Emilinda Imran bt Amran, EMILINDA
mohon kami mengundur diri. Majlis pada pagi ini akan diserahkan
kepada Pn Rasyidah bt Ibrahim dan Pn Siti Zubaidah bt Md
Tammimi selaku pengacara majlus pada pagi ini.

13 11.15 PENYAMPAIAN ANUGERAH AKADEMIK


am
Terima kasih diucapkan kepada adik Amir dan Emilinda.
Slot 2:

Tahun 4, 5 dan Tahun 6

Sidang hadirin yang dihormati sekalian, PN SITI


ZUBAIDAH
Kolah rupanya disangka perigi
Seela dekat ke arah titi
Penyampaian anugerah diteruskan lagi
Penerima-penerimanya sabarlah menanti

Penyampaian anugerah seterusnya ialah penyampaian anugerah


kepada murid murid cemerlang tahun 4, 5 dan tahun 6. Majlis
dengan berbesar hati menjemput Yang Dihormati En. Shaiful Azhar
bin Chulan, Pegawai Pentaksiran dan Peperiksaan, Sektor
Pentaksiran dan Peperiksaan, Pejabat Pendidikan Daerah Seremban.
dengan diiringi oleh Yang Dihormati En. Mohd Izaja bin Zakaria,

7
Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Seremban 2A untuk
menyampaikan anugerah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

## Rujuk SENARAI PENERIMA ### PN SITI


ZUBAIDAH
Penyampaian anugerah dimulakan dengan
1) Aliran tahun 4
2) Kelas Tahun 4
3) Terbaik Matapelajaran
4) Peningkatan Prestasi
5) Aliran Tahun 5
6) Kelas tahun 5
7) Terbaik Matapelajaran

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang dihormati En.


Shaiful Azhar bin Chulan, kerana sudi menyempurnakan acara
penyampaian anugerah sebentar tadi.

Penyampaian anugerah diteruskan lagi pada pagi ini dengan


penyampaian anugerah kepada murid murid cemerlang tahun 6. Bagi
Menyempurnakan hajat tersebut majlis dengan berbesar hati PN RASYIDAH
menjemput Yang Berbahagia Tn Azmi bin Basir, Timbalan Pengarah
Pendidikan, Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri
Sembilan dengan diiringi oleh Yang berusaha Pn Fuziah bt Abdul
Malek Guru Besar Cemerlang SK Seremban 2A untuk menyampaikan
anugerah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

## Rujuk SENARAI PENERIMA ###

1) Aliran Tahun 6
2) Kelas Tahun 6
3) Terbaik Matapelajaran

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang  berbahagia


Tuan Azmi bin Basir kerana telah sudi menyempurnakan acara

8
penyampaian anugerah sebentar tadi.

14 11.45 PERSEMBAHAN 2
am Dari Kedah ke bandar Perlis
Singgah bersantai di tepi jeti
Persembahan akhir memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur di hati
PN SITI
“Sidang hadirin  yang dihormati sekalian,  majlis penyampaian ZUBAIDAH
anugerah pada pagi ini sekali lagi berhenti rehat . Marilah kita sama-
sama menyaksikan persembahan nyanyian Solo dan Action Song.

Selesai persembahan:
Demikianlah persembahan yang penuh bertenaga daripada adik
Mohd Danish Hakimi bin Mahpudz dengan nyanyian solo dan Action
Song.

Persembahan Action Song sebentar tadi adalah dibawah bimbingan


Pn Siti Adila bt Mohd Adil. Terima kasih diucapkan.

15 12.00 PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS

Warga dewan sekalian,

Saban tahun sekolah menyediakan pelbagai anugerah khas untuk


menjadi galakan sekaligus teladan kepada semua murid. Ini bukan PN SITI
sahaja dapat membantu mereka untuk menjadi lebih berdisiplin ZUBAIDAH
malah ini akan menjadi tunggak untuk mereka menjadi lebih berjaya
pada masa akan datang.

Majlis yang menjadi agenda wajib dalam takwim tahunan sekolah ini
turut menganugerahkan penghargaan kepada murid-murid yang,
mempraktikkan budaya membaca melalui Penganugerahan Sijil Nilam
serta cemerlang di dalam Akademik, Sahsiah dan Kokurikulum.

Bagi menyerikan acara penyampaian anugerah khas ini, pihak majlis


pada hari ini berbesar hati mempersilakan sekali lagi Yang
Berbahagia Tuan Azmi bin Basir, Timbalan Pengarah Pendidikan,
Sektor Pembangunan Murid JPN Negeri Sembilan dengan diiringi
Pn Fuziah bt Abdul Malek Guru Besar Cemerlang SK Seremban 2A
untuk tampil ke pentas bagi menyempurnakan acara yang seterusnya
iaitu Penyampaian anugerah khas. Dengan segala hormatnya

9
dipersilakan.

Penyampaian Anugerah Khas dimulakan dengan Anugerah PN SITI


1) Anugerah NILAM ZUBAIDAH

2)Anugerah Cemerlang Akademik KPKP


- Anugerah Cemerlang Kokurikulum KPKP

Majlis diteruskan lagi dengan sesi penyampaian Anugerah Khas bagi


kategori berikut: PN RASYIDAH
1) Anugerah Khas Murid Cemerlang Akademik,
2) Anugerah Khas Murid Cemerlang Sahsiah
3) Anugerah Khas Murid Cemerlang Sukan
4) Anugerah Khas Murid Cemerlang Kokurikulum
5) Anugerah Permata Gemilang

Untuk makluman, penerima Anugerah Khas bagi 4 kategori tersebut


akan dipakaikan selempang, menerima sebuah trofi dan beg serta
sijil penghargaan daripada pihak sekolah. Manakala untuk penerima
Anugerah Permata Gemilang akan dipakaikan selempang (confirm
dulu) dan menerima Sijil Penghargaan, sebuah trofi dan sejambak
bunga.

Baca Biodata:
1) Anugerah Khas Murid Cemerlang Akademik,
(Dengan izin, saya bacakan biodata penerima …..)
Dengan ini Anugerah Khas Murid Cemerlang Akademik
dianugerahkan kepada adik Anis Emilinda binti Amran. Ibubapa adik
Anis Emilinda dipersilakan naik ke pentas.

2) Anugerah Khas Murid Cemerlang Sahsiah


(Dengan izin, saya bacakan biodata penerima …..)
Dengan ini, Anugerah Khas Murid Cemerlang Sahsiah dianugerahkan
kepada adik Nur Raudhah Qaisara binti Mohamed. Ibubapa adik Nur
Raudhah Qaisara dipersilakan naik ke pentas.

3) Anugerah Khas Murid Cemerlang Sukan


(Dengan izin, saya bacakan biodata penerima …..)
Dengan ini,Anugerah Khas Murid Cemerlang Sukan dianugerahkan
kepada adik Mea Khalela binti Ross Rafizal. Ibubapa adik Mea
Khalela dipersilakan naik ke pentas.

10
4) Anugerah Khas Murid Cemerlang Kokurikulum
(Dengan izin, saya bacakan biodata penerima …..)
Anugerah Khas Murid Cemerlang Kokurikulum dianugerahkan kepada
adik Bahi Wafiah binti Jumaah. Ibubapa adik Bahi Wafiah
dipersilakan naik ke pentas.

Kini, tiba saat yang ditunggu-tunggu iaitu pengumuman penerima


Anugerah Permata Gemilang. Siapakah di antara 4 calon yang berada
di pentas utama akan dianugerahkan Anugerah Permata Gemilang.
Sebelum itu, saya mempersilakan semua ibubapa berada di atas
pentas untuk kembali ke tempat duduk masing2.

5) Anugerah Permata Gemilang


Untuk tujuan itu, izinkan saya membacakan biodata penerima
Anugerah Permata Gemilang bagi tahun 2019
(Baca biodata…..)
Dengan ini, Anugerah Permata Gemilang 2019 dianugerahkan kepada
adik Nur Raudhah Qaisara binti Mohamed. Ibubapa adik Nur
Raudhah Qaisara binti Mohamed dipersilakan sekali lagi untuk
bersama adik Nur Raudhah Qaisara untuk menerima anugerah.
Dipersilakan…

Tahniah dan syabas kepada semua semua penerima Anugerah Khas.


Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang  Berbahagia
Tuan, kerana telah sudi menyempurnakan acara penyampaian
anugerah sebentar tadi. Semoga anugerah -anugerah yang diterima
akan menjadi pemangkin dan pembakar semangat untuk terus
cemerlang di masa akan datang.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA
PN SITI
Pihak majlis seterusnya berbesar hati untuk memberikan sedikit ZUBAIDAH
tanda kenangan sebagai penghargaan dan tanda ucapan terima kasih
kepada Yang Berbahagia, Tuan Azmi bin Basir kerana telah sudi
hadir dan menyerikan acara ‘Hari Anugerah Kecemerlangan
Akademik’ pada kali ini. Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang
Berusaha Puan Fuziah bt Abdul Malek, Guru Besar Cemerlang
Sekolah Kebangsaan Seremban 2A bagi menyempurnakan agenda.

Terima Kasih

11
16 12.30 PENUTUP
pm
Sidang hadirin sekalian,

Kita telah pun tiba di penghujung majlis, PN RASYIDAH

Bersyukur kini kami panjatkan


Majlis anugerah telah disempurnakan
Sekalung penghargaan kami hulurkan
Segulung tahniah kami ucapkan.

Pulang ke desa menyambut lebaran


Disambut mersa rakan dan taulan
Jika tersasul, mohon keampunan
Jika tersalah, harap dibetulkan.

Bagi pihak majlis kami menyusun sepuluh jari memohon maaf


sekiranya tersilap kata atau tersalah bicara sepanjang perjalanan
majlis ini.

Burung terkukur terbang rendah


Terbang bersama siburung murai
Saat ini saat penyudah
Tanda majlis melabuhkan tirai

Dengan ini berakhirlah sudah Hari Anugerah Kecemerlangan SK


Seremban 2A bagi tahun 2019. Majlis mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua tetamu yang sudi menghadiri majlis ini dan
ucapan tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Diharap
anugerah ini merupakan batu loncatan kepada semua pihak dalam
meningkatkan prestasi khususnya dalam bidang akademik SK
Seremban 2A

Akhirnya sama-sama kita renungilah kata-kata seorang cendikiawan:


“Kejayaan yang luar biasa dicapai oleh orang biasa yang berusaha
secara luar biasa “

Sekian, wabilla hi taufik wal hidayah, assalamualaikum wbt.


15 1.00 Majlis bersurai
pm

12
13

Anda mungkin juga menyukai