Anda di halaman 1dari 10

TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI KOKURIKULUM DAN HAL EHWAL

MURID SESI 2023/24

Bil Que Teks Catatan


1 Ketibaan Mohon perhatian, majlis akan bermula sebentar sahaja lagi. kamil
Tetamu Oleh itu, para hadirin diminta mengambil tempat duduk.
Saya umumkan etika yang harus dipatuhi bagi kelancaran
majlis.
1. Sila pastikan telefon bimbit berada dalam mod senyap.
2. Para hadirin dipohon berdiri semasa ketibaan tetamu
kehormat diumumkan.
3. Berdiri semasa nyanyian lagu Negaraku.
4. Menghormati bacaan doa.
5. Duduk di kerusi yang telah ditetapkan.
6. Tidak keluar masuk dewan setelah mengambil tempat
duduk.
7. Penerima anugerah dipohon naik ke pentas dari sebelah
kanan dan turun ke sebelah kiri.

2 Perarakan --murid beratur dalam dewan dahulu— tasnim


Masuk Dewan
Mengumumkan perarakan masuk Yang Berusaha En
Azman bin Mazlan, Timb Peg Pendidikan Daerah,
Pembangunan Murid, PPD Kuala Kangsar, diiringi masuk
oleh Yang Berusaha En Mohd Fauzi Bin Mohd Ramli,
Pengetua Smk bawong bersama tetamu khas yang lain.
Hadirin di minta berdiri

Sidang hadirin, nyanyian lagu negeri Perak, lagu Negaraku


dan lagu sekolah akan dimainkan sebentar lagi. Sidang
hadirin diminta untuk kekal berdiri.”

--nyanyian lagu—

Hadirin dipersilakan duduk.


3 Aluan MC Mencari timba si anak dara, kamil
Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Hinggap minum di tepi kali,


Penat si helang membelah angkasa ,
Pelajar cemerlang sama dirai,
Agar terlaksana wawasan negara.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh dan salam sejahtera. Majlis dengan penuh
rasa hormat dan bangganya mengalu-alukan kehadiran;

Yang Berusaha, En. Azman Bin Mazlan, Timbalan Pegawai


Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala
Kangsar

Yang Berusaha, En Mohd Fauzi Bin Mohd Ramli, Pengetua


SMK Bawong,

Yang Berusaha, En. Muhamad Hazwan Bin Sabri, Pegawai


Jabatan Kemajuan Orang Asli Daerah Kuala Kangsar

Yang Dihormati, En. Ahab bin Sudin, YDP PIBG SMK


Bawong

Barisan Pegawai-Pegawai Pejabat Pendidikan Kuala


Kangsar,

Barisan Pegawai-pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli


Daerah Kuala Kangsar

Semua Guru Besar Sekolah Daerah Kuala Kangsar


Dif-dif jemputan, guru-guru, AJK PIBG, Tok Batin – Tok
Batin

Dan Para Pelajar Sek Men Keb Bawong yang disayangi

Sidang hadirin sekalian, pada petang yang penuh barakah


ini, warga SMK Bawong berasa amat bertuah kerana dapat
menjayakan Majlis Apresiasi Kokurikulum dan Hal Ehwal
Murid sesi 2023/24 SMK Bawong.

Untuk pengetahuan semua, ini merupakan majlis yang


julung-julung kalinya diadakan melibatkan dua unit serentak.
Cetusan idea Tuan Pengetua, maka terbentuklah satu
kerjasama antara unit hal ehwal murid dan kokurikulum
dalam pengelolaan majlis apresiasi kokurikulum dan HAL
EHWAL MURID sesi 2023/24.
Pada petang ini, warga Smk bawong yang telah
menunjukkan kejayaan dalam pelbagai bidang seperti
kepemimpinan, keperibadian dan pengurusan akan
diberikan anugerah sebagai bukti penghargaan pihak
sekolah atas pencapaian, komitmen, dan usaha yang telah
dicurahkan setiap pihak terlibat.

4. Bacaan Doa Sidang hadirin yang dihormati, tasnim


Majlis Dan
Makan Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat
Angkat tangan jari sepuluh
Doa di pohon biar selamat

Sebelum memulakan majlis pada petang ini, saya dengan


sukacitanya menjemput Ustaz Othman bin Yahya bagi
memimpin bacaan doa memohon keberkatan dan
kelancaran majlis bersama doa untuk memulakan jamuan
makan. Dipersilakan.
Demikianlah tadi bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz
Othman bin Yahya.
Tanpa menunggu masa berlalu,

Dijemput tetamu untuk menjamu selera dan hadirin


dipersilakan menikmati hidangan yang disediakan.
Murid diminta untuk berbaris dengan teratur ketika
mengambil makanan di setiap booth makanan yang
disediakan.

--persembahan selingan--

5. Persembahan Hadirin sekalian, sambil kita menikmati hidangan, majlis kamil


akan diserikan lagi dengan beberapa persembahan selingan
yang menampilkan bakat-bakat murid SMK Bawong. Oleh
yang demikian, kami dengan sukacitanya menjemput
pasukan choral speaking SMK Bawong untuk membuat
persembahan. Dipersilakan

-persembahan-

Terima kasih diucapkan kepada pasukan choral speaking


sekolah yang tekah dilatih oleh Cikgu Loh Koi Xian atas
persembahan sebentar tadi.

Hadirin sekalian, kita akan terus disajikan dengan


persembahan kolaborasi tarian diantara Kumpulan Bawong
Gemalai Tari & Kumpulan Bawong Gemersik Tari, marilah
sama-sama kita menyaksikan persembahan ini

-persembahan-

Terima kasih diucapkan kepada pasukan tarian smk


bawong yang dilatih oleh guru-guru PPKI, cg mazalifah, cg
sahima dan cg adzim
Hadirin sekalian, persembahan terakhir untuk petang ini
adalah persembahan nyanyian yang akan disampai oleh
Zambri a/l Pandak, marilah sama-sama kita meminjamkan
telinga semasa persembahan dilakukan.

-persembahan-

Terima kasih diucapkan kepada Zambri a/l Pandak atas


persembahan yang menghiburkan kita sebentar tadi.

6 Ucapan -Q majlis untuk bersambung- tasnim


Pengetua
Untuk makluman hadirin sekalian, majlis akan bermula
sebentar sahaja lagi, diminta para hadirin untuk berada di
kerusi masing-masing sebelum majlis bersambung

--gap masa sikit, untuk orang duduk--

Sidang hadirin yang dihormati,

Ke pekan kuala membeli bingka


Singgah melihat pandangan indah
Majlis disambung tirai dibuka
tutur alunan ucapan indah

Emas tempayan buat isteri


Busana indah buat rupawan
Sudilah tuan tampilkan diri
Bersama madah kata aluan

Maka majlis dengan bangganya menjemput Tuan Pengetua


SMK Bawong merangkap Pengerusi Majlis Apresiasi
Kokurikulum Dan Hal Ehwal Murid Sesi 2023/24, En Mohd
Fauzi Bin Mohd Ramli untuk menyampaikan ucapan alu-
aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Demikianlah ucapan Tuan Pengetua, En Mohd Fauzi Bin
Mohd Ramli. Majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih.

7 Ucapan Kapal dagang dari Seberang kamil


Perasmi Penuh muatan kayu meranti
Dari jauh tuan datang
Dengan senyuman kami menanti

Kalau tuan pikat kemari


Singgah berteduh hujan gerimis
Kepada tuan amanah diberi
Mohon merasmi menyeri majlis

Kini, sampailah masanya untuk kita mendengar ucapan


perasmian Majlis Apresiasi Kokurikulum Dan Hal Ehwal
Murid Sesi 2023/24

Majlis dengan segala hormat mempersilakan Yang


Berusaha
En. Azman Bin Mazlan, Timbalan Pegawai Pembangunan
Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar untuk
menyampaikan ucapan beliau seterusnya merasmikan
majlis apresiasi kokurikulum dan Hal Ehwal Murid sesi
2023/24. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada En Azman bin Mazlan kerana sudi
menyampaikan ucapannya yang penuh bermakna dan
seterusnya merasmikan majlis pada petang ini.”

8 Tayangan Hadirin sekalian, sebelum ke acara penyampaian anugerah, tasnim


Montaj marilah sama-sama kita saksikan tayangan montaj yang
telah disediakan oleh Cikgu Norain Binti Mohd Salleh
berkaitan ………………
10 Penyampaian Sidang hadirin sekalian, kini tibalah saat yang dinantikan, kamil
Anugerah Penyampaian Majlis Apresiasi Kokurikulum Dan Hal Ehwal
Murid Sesi 2023/24.

Untuk menyempurnakan majlis, kami dengan berbesar hati


menjemput Yang Berusaha, En. Muhamad Hazwan Bin
Sabri, Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli Daerah Kuala
Kangsar, diiring En. Azrie Aizuddin Bin Mohd, Guru Kanan
Kemanusiaan SMK Bawong untuk ke pentas utama bagi
menyampaikan anugerah.
Penyampaian anugerah dimulakan dengan

--habis penyampaian anugerah 1-- tasnim

Terima kasih kepada En. Muhamad Hazwan Bin Sabri atas


penyampaian anugerah sebentar tadi.

Tahniah diucapkan kepada penerima anugerah berkaitan

Seterusnya, majlis menjemput En. Mohd Rassidee b. Mohd


Rasid, Penolong Pegawai Prasekolah & Rendah, Pejabat
Pendidikan Daerah Kuala Kangasar, diiringi En. Ahmad
Roki bin Said, Pen Kanan Kokurikulum SMK Bawong, untuk
meneruskan penyampian anugerah. Penerima anugerah…..

Buat pengetahuan semua, Unit Kokurikulum telah


menyediakan 10 hadiah bagi cabutan bertuah kepada ……,
oleh yang demikian, diminta En. Mohd Rassidee b. Mohd
Rasid untuk mencabut 10 tiket?? buat … yang bertuah

--habis penyampaian anugerah 2-- kamil


Terima kasih kepada En. Mohd Rassidee b. Mohd Rasid
Atas penyampaian anugerah serta cabutan bertuah
sebentar tadi.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah


berkaitan kokurikulum bagi tahun 2023/24 Smk Bawong

Hadirin sekalian, kita teruskan lagi penyampian anugerah


bagi Majlis Apresiasi Kokurikulum Dan Hal Ehwal Murid Sesi
2023/24.
Kali ini, anugerah berkaitan kecemerlangan Hal Ehwal Murid
SMK Bawong pula yang akan disampaikan.

Tanpa melengahkan masa, kami menjemput, Encik


Rosmadi bin Ismail Penolong Pegawai Hal Ehwal Murid,
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar, diiringi Encik
Zaini Safaren bin Mat Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SMK Bawong, bagi menyampaikan anugerah. Penerima
anugerah …..

--habis penyampaian anugerah 3-- tasnim

Terima kasih kepada Encik Rosmadi bin Ismail atas


penyampaian anugerah sebentar tadi.
Tahniah diucapkan kepada penerima anugerah berkaitan

Seterusnya, majlis menjemput Haji Fairuz bin Leman


Pegawai SIPartners+, Pejabat Pendidikan Daerah, diiringi
Encik Azharie bin Anor Basah, Penolong Kanan
Pentadbiran SMK Bawong, untuk meneruskan penyampian
anugerah. Penerima anugerah…

--habis penyampaian anugerah 4— kamil

Terima kasih kepada Haji Fairuz bin Leman Atas


penyampaian anugerah sebentar tadi.
Tahniah diucapkan kepada penerima anugerah berkaitan

Bagi menyempurnakan majlis anugerah pada hari ini,


dijemput Tuan Pengetua SMK Bawong, En. Mohd Fauzi Bin
Ramli untuk mengiringi Encik Azman bin Mazlan Timbalan
Pegawai Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah
Kuala Kangsar, untuk menyampaikan anugerah. Penerima
anugerah…

tasnim
--habis penyampaian anugerah 5--

Diminta Encik Azman bin Mazlan untuk kekal berada di atas


pentas utama. Sebelum mengakhiri majlis, unit Hal Ehwal
Murid menyediakan cabutan bertuah utama kepada murid
yang mempunyai peratusan kehadiran ke sekolah yang
tinggi, hal ini dilakukan bagi menyuntik semangat semua
murid untuk hadir ke sekolah dengan lebih baik masa akan
datang. Hadiah utama yang telah disediakan adalah sebuah
basikal ….Oleh yang demikian, diminta Encik Azman bin
Mazlan untuk mencabut 1 nama untuk yang bertuah. Pada
tahun hadapan, mungkin hadiah yang lebih besar akan
disediakan oleh pihak sekolah.

Terima kasih kepada Encik Azman bin Mazlan atas


penyampaian anugerah dan cabutan bertuah sebentar tadi.

Tahniah kepada semua penerima anugerah dan cabutan


bertuah utama Semoga penghargaan yang diterima pada
hari ini menjadi dorongan dan sokongan kepada guru-guru
dan murid-murid untuk mengejar, meningkatkan, serta
mengekalkan prestasi yang cemerlang dalam semua
bidang.

Majlis mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga


kepada semua jemputan khas kerana sudi menyampaikan
anugerah.

11 Penutup Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, setiap kamil


pertemuan pasti ada perpisahan, itu adat itu lumrah
kehidupan, begitulah rentetan perjalanan, walau sukar untuk
ditelan, tapi kaki tetap mengorak jalan, selagi hayat
dikandung badan.

Majlis Apresiasi Kokurikulum Dan Hal Ehwal Murid Sesi


2023/24 hampir sampai ke penghujungnya. Ucapan terima
kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua
warga kerja yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Bagi
pihak ahli jawatankuasa pengelola dan seluruh warga Smk
Bawong, saya memohon kemaafan jika terdapat sebarang
kesilapan sepanjang majlis ini berlangsung.

Tuan pulang ke jalan Lasah


Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi.

Sekian sahaja, salam hormat, wabillahi taufiq walhidayah


wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai