Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI SK RAMPAYAN (APRAM)

SESI 2023/2024

BIL AGENDA CUE TEKS


1. Para hadirin Para hadirin Assalamualaikum dan selamat pagi.
mengambil mengambil tempat
tempat Mohon perhatian. Kepada semua hadirin, berikut dibacakan peraturan sepanjang
majlis berlangsung. Peraturan ini bertujuan untuk melancarkan majlis kita pada hari ini.
Sila ambil perhatian.

1. Sila pastikan telefon bimbit anda berada dalam mode senyap.


2. Tidak dibenarkan berdiri, berada di hadapan pentas untuk tujuan bergambar.
Gambar akan diambil oleh AJK Fotografi yang sudah ditetapkan.
3. Tidak dibenarkan menahan atau memberhentikan murid penerima anugerah di
sepanjang laluan semasa majlis sedang berlangsung.
4. Tandas untuk kegunaan para hadirin dan murid berada di sebelah kanan dewan iaitu
di belakang kelas 5C.
5. Hadirin juga diminta untuk mengurangkan pergerakan keluar masuk dewan semasa
majlis berlangsung.
6. Semua hadirin diminta berdiri ketika Yang Berusaha masuk diumumkan dan
nyanyian Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Lagu Sekolah. Terima kasih.

2. Nyanyian lagu Apabila VIP telah Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku Dan Lagu
Negaraku berada di tempat Sekolah dengan iringan muzik. Para hadirin diminta bersedia.
duduk utama
(NYANYIAN LAGU)
Apabila lagu sekolah Para hadirin dipersilakan duduk.
tamat dinyanyikan.

3 Ucapan Alu- Apabila VIP dan para Sayang merbah mencari makan
aluan hadirin selesai Terbang seiring di hujung muara
mengambil tempat
Selamat datang kami ucapkan
duduk.
Awal Bismillah pembuka bicara

Yang Berusaha,
Datin Masnah Bidin,Guru Besar SK Rampayan Menggatal

Yang Dihormati,
Puan Norlianah Tantu, Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum
Puan Mariati Awad, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
En Hadi Adam Sharif, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum,
Pn Zubaidah Suhaibul, Guru Penolong Kanan Petang,
Barisan Guru-Guru,
Barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Para ibu bapa,
Serta murid-murid yang diraikan sekalian.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
selamat datang untuk semua.
Limpahan syukur kehadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan kurnia-Nya kita dapat
berkumpul di dalam dewan yang indah ini bagi meraikan Majlis Apresiasi Sk Rampayan
(APRAM) Sesi 2023/2024

Majlis merakamkan sekalung terima kasih atas keprihatinan dan kesudian semua
hadirin kerana sudi meluangkan masa untuk sama-sama menjayakan majlis ini.

4. Bacaan doa. Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Bagi memberkati majlis pada hari ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan En
Kapli Abas untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

(BACAAN DOA)

Selepas selesai Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas pimpinan
bacaan doa bacaan doa sebentar tadi.

5. Ucapan Sudilah tuan tampil ke depan,


Perasmi Tampil ke depan tersenyum manis,
(Guru Besar) Sudilah tuan beri ucapan,
Beri ucapan merasmi majlis.
Majlis dengan itu mempersilakan Yang Berusaha, Datin Masnah Bidin, Guru Besar SK
Rampayan untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Apresiasi
Sk Rampayan (APRAM) Sesi 2023/2024.

Majlis dengan penuh hormatnya mempersilakan.

(UCAPAN PERASMI)

Selepas ucapan Guru Hadirin yang dihormati sekalian, maka dengan itu rasmilah sudah majlis kita pada pagi
Besar.
ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datin Masnah Bidin atas
kesudian menyampaikan ucapan perasmian sebentar tadi.

6
Persembahan 1 Sidang hadirin sekalian, sebelum meneruskan majlis, marilah sama-sama kita
menyaksikan persembahan ____________________________ yang akan disampaikan
oleh _____________________________________. Dipersilakan.

Selepas persembahan Hadirin sekalian, sekali lagi, berikan tepukan gemuruh. Majlis merakamkan ucapan
terima kasih atas persembahan sebentar tadi.

7
Penyampaian Hadirin sekalian, kita teruskan majlis dengan Penyampaian Trofi Dan Sijil bagi
Trofi Dan Sijil Anugerah Mata Pelajaran Terbaik Tahun 1 hingga 5.
Anugerah Mata
Pelajaran Bagi menyampaikan Trofi Dan Sijil ini, majlis menjemput
Terbaik ____________________________________________________________________
Tahun 1 - 5 dengan diiringi oleh ________________________________________________ untuk
menyempurnakan acara. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Penyampai sdh di atas Anugerah mata pelajaran terbaik bagi Bahasa MElayu Tahun 1, dipersilakan (rujuk
pentas senarai nama)


Selepas selesai nama
terakhir Majlis mengucapkan terima kepada ______________________________________
atas kesudian menyampaikan trofi dan sijil itu tadi.

8 Penyampaian Hadirin sekalian, kita teruskan majlis dengan Penyampaian Trofi Dan Sijil bagi
Trofi Dan Sijil Anugerah Kedudukan Terbaik Tahun 1 hingga 5.
Anugerah
Kedudukan Bagi menyampaikan Trofi Dan Sijil ini, majlis menjemput
Terbaik ____________________________________________________________________
Tahun 1-5 dengan diiringi oleh ________________________________________________ untuk
menyempurnakan acara. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Penyampai sdh di atas Anugerah Kedudukan Terbaik Tahun 1 Cemerlang, dipersilakan


pentas Tempat ketiga, …
Tempat kedua, …
Tempat ketiga, …
(rujuk senarai nama)

Selepas selesai nama Majlis mengucapkan terima kepada ______________________________________


terakhir atas kesudian menyampaikan trofi dan sijil itu tadi.
9 Penyampaian Hadirin sekalian, kita teruskan majlis dengan Penyampaian Trofi Dan Sijil bagi
Trofi Dan Sijil Anugerah Pencapaian Cemerlang Tahun 1 hingga 5.
Anugerah
Pencapaian Bagi menyampaikan Trofi Dan Sijil ini, majlis menjemput
Cemerlang ____________________________________________________________________
Tahun 1-5 dengan diiringi oleh ________________________________________________ untuk
menyempurnakan acara. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Penyampai sdh di atas Anugerah Pencapaian Cemerlang Tahun 1, dipersilakan … (rujuk senarai nama)
pentas

Selepas selesai nama Majlis mengucapkan terima kepada ______________________________________


terakhir atas kesudian menyampaikan trofi dan sijil itu tadi.

10 Persembahan 2 Sidang hadirin sekalian, sebelum meneruskan majlis, marilah sama-sama kita
menyaksikan persembahan ____________________________ yang akan disampaikan
oleh _____________________________________. Dipersilakan.

Selepas selesai Hadirin sekalian, sekali lagi, berikan tepukan gemuruh. Majlis merakamkan ucapan
persembahan terima kasih atas persembahan sebentar tadi.

11 Penyampaian Hadirin sekalian, kita teruskan majlis dengan Penyampaian Trofi Dan Sijil bagi
Trofi Dan Sijil Anugerah Kehadiran Terbaik.
Anugerah
Kehadiran Bagi menyampaikan Trofi Dan Sijil ini, majlis menjemput
Terbaik ____________________________________________________________________
dengan diiringi oleh ________________________________________________ untuk
menyempurnakan acara. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Anugerah Kehadiran Terbaik, dipersilakan … (rujuk senarai nama)


Penyampai sdh di atas
pentas …

Majlis mengucapkan terima kepada ______________________________________


Selepas selesai nama atas kesudian menyampaikan trofi dan sijil itu tadi.
terakhir
12 Penyampaian Hadirin sekalian, kita teruskan majlis dengan Penyampaian Trofi Dan Sijil bagi
Trofi Dan Sijil Anugerah Kokurikulum Cemerlang Tahun 4 hingga 5
Anugerah
Kokurikulum Bagi menyampaikan Trofi Dan Sijil ini, majlis menjemput
Cemerlang ____________________________________________________________________
Tahun 4-5 dengan diiringi oleh ________________________________________________ untuk
menyempurnakan acara. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Penyampai sdh di atas Anugerah Kokurikulum Cemerlang, dipersilakan … (rujuk senarai nama)
pentas

Selepas selesai nama Majlis mengucapkan terima kepada ______________________________________


terakhir atas kesudian menyampaikan trofi dan sijil itu tadi.

13. Penutup. Sidang hadirin sekalian,

Dengan ini selesailah sudah Majlis Apresiasi Sk Rampayan (APRAM) Sesi 2023/2024.
Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berusaha
______________________________________________________________________
tetamu kehormat dan para hadirin sekalian yang telah menyerikan dan menjayakan
majlis pada pagi ini.
Kepada para murid yang diraikan, diharapkan majlis yang gilang gemilang ini dapat
membakar semangat dan membuka ruang untuk murid-murid terus memajukan diri.
Sesungguhnya doa dan harapan guru-guru akan sentiasa bersama anda.

Akhir kata

Dari Kedah ke pekan sari,


Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Bunga dedap di atas para


Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian, wabilahi taufik walhidayah assalamualaikum dan salam sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai