Anda di halaman 1dari 4

Que Teks ucapan Catatan

1. Farah Salam sejahtera. Sukacita di ingatkan kepada hadirin Ketibaan Ibu Bapa
supaya berdiri sebaik sahaja VIP masuk ke dewan
kerana nyanyian lagu Negaraku akan di mainkan
sebaik sahaja VIP sampai ke tempat duduk. Mohon
kerjasama kepada para hadirin sekalian.

2. Akmal Mengumumkan ketibaan Perarakan masuk graduan,


tetamu kehormat, pentadbir .
Yang Berusaha, En Ramamoorthy a/l Ramanaidu,
Pen PPD Unit Hal Ehwal Murid PPD Tampin diiringi
oleh dif-dif kehormat masuk ke dewan.

QUE : MUZIK GAMELAN (Fauzan)

KETIKA BERJALAN:

(BUNGA TELUR MELAMBANGKAN ADAT


KEMELAYUAN YANG TINGGI DARJATNYA DI SISI
NILAI KEMASYARAKATAN. BUNGA TELUR INI JUGA
MERUPAKAN SIMBOLIK KEPADA SETIAP MAJLIS-
MAJLIS KERAMAIAN. PENGGUNAAN BUNGA TELOR
DI ANGKAT SEBAGAI SALAH SATU NILAI ESTATIKA
DALAM ADAT ISTIADAT MAJLIS GRADUSI KALI INI)

QUE : VIP SAMPAI KE TEMPAT DUDUK (NYANYIAN


LAGU NEGARAKU)
3 VIP Terus berdiri dan nyanyi Lagu Negaraku Nyanyian Lagu Negaraku
4. Farah Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wbt, Aluan Pengerusi Majlis
Salam Sejahtera, dan Salam Apresiasi.

Yang Berusaha, En Ramamoorthy a/l Ramanaidu,


Pen PPD Unit Hal Ehwal Murid PPD Tampin,
Yang Berusaha, En Mohd Zakir Bin Halil, Guru Besar
SK Tuanku Abdul Rahman,
Pn Merniyati Binti Darwi
Yang di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK
Tuanku Abdul Rahman,

Pengerusi Majlis Permuafakatan Prasekolah,


…………………………………………………………………………..
Barisan Guru Penolong Kanan SKTuanku Abdul
Rahman
Barisan pendidik,
Ahli-ahli jawatankuasa Majlis Apresiasi,
Ibu bapa,
dan pastinya putera puteri tersayang, para graduan
yang kita raikan sekalian.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran
dipanjatkan ke hadrat Ilahi di atas limpah kurnia dan
izinNya dapat kita bersama-sama meraikan Majlis
Apresiasi Tahun 6 dan Prasekolah pada hari ini.
Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa
yang sudi meluangkan masa untuk memberi
sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah.
Semoga usaha kita semua diberkati Allah.

Sarung ketupat berisi inti,


Dibawa budak sambil berlari;
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga Majlis bertambah seri.

Untuk makluman para hadirin sekalian, matlamat


majlis ini diadakan adalah untuk memberi
pengiktirafan kepada murid-murid Tahun 6 dan
Prasekolah yang telah berjaya menamatkan sesi
pembelajaran di SK Tuanku Abdul Rahman bagi
tahun 2023-2024.

5. Akmal Bunga mawar cantik tersemat, Bacaan Doa


Dipetik gadis di tepi titi;
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga Majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari


yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang
akan dibacakan oleh: Ustaz _Mohd Asyraf Bin
Nordin________________________________. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Ustaz atas bacaan doa itu tadi.
6 Farah Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan , En Ucapan Tn guru Besar
Mohd Zakir Bin Md Halil, Guru Besar SK Tuanku
Abdul Rahman, untuk naik ke pentas bagi
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
7. Akmal Marilah mari menyorong papan, Ucapan En Ramamorthy a/l
Papan disorong ke pohon kuini,
Marilah puan mari ke depan,
Melafazkan rasmi majlis ini.

Warga dewan yang dimuliakan,

Kelangsungan majlis kita pada pagi ini kita teruskan


lagi dengan ucapan Apresiasi Oleh Yang Berusaha En
Ramamoorthy a/l Ramanaidu, Pen PPd Unit Hal
Ehwal Murid Pej. Pelajaran Daerah Tampin. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha En


Ramamoorthy atas ucapan perasmian sebentar tadi.

8. Farah Hadirin sekalian, Majlis Apresiasi bermula;


(penyampaian skrol)
Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada
usaha gigih yang berterusan. Usaha yang tidak Pra-Sekolah
mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan
kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya 1. Penyampaian Hadiah
sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ini akan dan sijil tamat
menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya prasekolah
dalam mengejar ilmu dan cita-cita. 2. Anugerah Sahsiah
Terbaik
Untuk itu, majlis dengan takzimnya menjemput dan 3. Anugerah Kehadiran
mempersilakan Yang Berusaha En Ramamoorthy a/l terbaik
Ramanaidu Pen PPD Unit Hal Ehawal Murid diiringi 4. Anugerah Akademik
oleh En Mohd Zakir Bin Md Halil Guru Besar Sk Terbaik
Tuanku Abdul Rahman dan dif-dif jemputan untuk 5. Anugerah Tokoh Murid
upacara penyampaian skrol dan sijil kepada semua Cemerlang
murid pada hari ini. Majlis dengan segala hormatnya
majlis mempersilakan.

Baca List.
9. Akmal Baca List. Majlis Apresiasi PPKI dan Murid
Tahun 6
10. Farah Persembahan Murid Pra-
Hadirin sekalian, mari kita sama-sama kita saksikan sekolah
persembahan Prasekolah. Mereka akan  Nyanyian dan Tarian
mempersembahkan nyanyian dan tarian yang 60an (malam pesta
bertajuk : Malam Pesta Muda Mudi dan Tarian muda mudi)
Penguin. Tanpa melengahkan masa, majlis  Tarian Penguin Dance
mempersilakan.

11. Farah Sebagai tanda kenang-kenangan dan terima kasih, Penyampaian Cenderamata
majlis menjemput En Mohd Zakir Bin Md Halil untuk Tetamu kehormat.
menyampaikan cenderahati kepada En
Ramamoorthy .

Terima kasih diucapkan.


12 Dengan berakhirnya acara tadi, maka tibalah Akhir acara. Penutup Pengerusi
masanya untuk kami selaku pengendali majlis untuk Majlis.
mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun
sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya
ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami
mengendalikan majlis ini.

Majlis berakhir penuh syafaat


Menjadi ingatan sepanjang zaman
Amalan sepakat membawa berkat
Hidup beramal bertunjang iman.

Kalau ada jarum yang patah


Banyak kain tidak berjahit
Kalau ada silap dan salah
Jangan jadikan kenangan pahit
.

13

Anda mungkin juga menyukai