Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA MAJLIS

SAMBUTAN HARI GURU SJI

ATUR CARA

8.30 pagi - Pelajar bergerak ke dewan besar

8.45 pagi - Ucapan Pengerusi Majlis

- Bacaan doa

- Nyanyian lagu Negaraku

- Perutusan KPM

- Perutusan Menteri Pendidikan

- Ucapan Ketua Pelajar SJI

- Ucapan Pengetua

- Ikrar guru dan lagu ‘Kami Guru Malaysia’

- Pemotongan Kek

- Ucapan Guru yang dirai

1. Pn Wan Norasmah

2.Pn Faridah

3. Pn Dzaizatul

- Penyampaian hadiah

- persembahan

10.00

- Pelajar Bersurai

Jamuan Hari Guru X Raya di Kelas

1
SALUTASI (AZIAN)
Bismillahirahmanirahim

Bunga tanjung di tengah pekan,

Tiupan bayu mencelah suria,

Kalimah nan agung saya mulakan,

Salam sejahtera menambah ceria.

Yang berusaha,

Encik Ravi Chandran a/l Krishnan - Ayahanda pengetua SJI

Encik Musannef Bin Yatim - Penolong Kanan HEM

Encik Azli Bin Sain - Penolong Kanan Kokurikulum

Puan Selvambigai a/p Arumugam - Penolong Kanan T6

Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran

Guru-guru Cemerlang

Guru Guru Yang diraikan

Guru-guru

Kakitangan sekolah

Dan seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia madani

(UMAR)
Hadirin sekalian,
2
16 Mei, tarikh keramat sambutan Hari Guru di seluruh negara telah berlalu meninggalkan kita.
Menyedari hakikat bahawa tiada guru, tiadalah murid, tiada murid maka tiadalah guru, maka
pada hari ini kita berkumpul untuk menjayakan Hari Guru dengan cara kita.

Ikan merah dijual di pekan,


Syukur gembira dapat sebaldi,
Cuaca cerah turut mengizinkan,
Pohonlah doa ke hadrat Ilahi.

Bagi memberkati majlis ini, dijemput Saudara Muhammad Zulfadhli bin Khairul Hadi dari kelas
4N untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan...

Amin amin ya rabbal alamin. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis ini akan berjalan
dengan lancar.

(AZIAN)
Acara diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, dan Lagu Sekolah.
Hadirin diminta berdiri dan menyanyi dengan penuh semangat sebagai lambang kecintaan kita
kepada sekolah dan negara.

(UMAR)

Majlis diteruskan dengan bacaan perutusan dari Kementerian Pendidikan Malaysia oleh En
MOHAMMAD AZREEN BIN ARIFFIN dengan segala hormatnya. Dipersilakan

Demikianlah tadi perutusan yang disampaikan oleh En MOHAMMAD AZREEN BIN ARIFFIN,
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

(AZIAN)
Acara diteruskan lagi dengan perutusan MENTERI PENDIDIKAN oleh En SARAVANNAN
A/L MUNUSAMY dengan segala hormatnya. Dipersilakan

Demikianlah tadi perutusan yang disampaikan oleh En SARAVANNAN A/L MUNUSAMY,


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Hadirin Sekalian,

3
Acara diteruskan lagi dengan ucapan daripada Ketua Pelajar SJI dengan segala hormatnya.
Dipersilakan Saudara JOSIAH MELCHI IBEN untuk menyampaikan ucapan beliau

Demikianlah tadi perutusan yang disampaikan oleh Saudara JOSIAH MELCHI IBEN, Majlis
mengucapkan ribuan terima kasih.

(UMAR)

Mekar melati diapit kejora,


Kuntuman tersemat, jadi pamitan,
Tersentuh hati mendengar bicara,
Ungkapan azimat jadi ingatan,

Tidak lengkap rasanya majlis ini tanpa mendengar amanat dan ungkapan keramat daripada
Ayahanda Pengetua kita yang dikasihi. Dengan ini dipersilakan Encik Ravi Chandran a/l
Krishnan, Pengetua St John’s Institutions untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan....

Tumbuh selirat bunga melati,


Mari direnjis dalam jambangan,
Ucapan tersirat seribu erti,
Semoga majlis menjadi kenangan.

Semoga para guru akan terus berjuang mendidik kami dengan tekun dan sabar menghadapi
karenah kami. Terimalah kami dengan seadanya dan usahlah dibandingkan dengan murid-murid
yang bersekolah di sekolah yang bertaraf dunia.

Hadirin yang dihormati sekalian, sambutan Hari Guru tidak akan lengkap tanpa mendengar
laungan Ikrar Guru dan nyanyian lagu Guru Malaysia. Dengan ini, majlis mempersilakan semua
guru untuk bersama-sama naik ke atas pentas bagi menyampaikan Ikrar dan menyanyikan lagu
Guru Malaysia yang akan diketuai oleh En MOHAMAD EFFENDI BIN ISHAK

(AZIAN)

Menghilau laksana pokok kiambang


Di dalam kali tumbuh melata,
Setahun sekali nyanyian berkumandang,
Berbakat sekali guru kita.

Guru,
Hadirmu sentiasa dinanti,
Sejak kecil kami diajar ABC,
Pelbagai ilmu kami pelajari,
Pelbagai bahasa kami kuasai,
Dunia sains diterokai, sejarah dikaji digali,
Kira mengira tak perlu lagi menggunakan jari..
4
Bidang teknikal tidak ketinggalan,
ICT pula melengkap pengetahuan
Disusul oleh pelbagai kemahiran
Melukis mewarna indah lakaran,

Agama dan akhlak paling ditutamakan,


Kami mengenal adab dan sopan,
Buat bekalan di masa depan.

(UMAR)
Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan Acara Memotong Kek sambutan hari guru.
Sesungguhnya, inilah simbolik untuk melambangkan kerjasama saling memberi dan menerima,
susah dan senang sama dirasa. Kek juga lambang kemanisan dan keindahan hidup
bermasyarakat.

Dipersilakan Ayahanda Pengetua Encik Ravi Chandran dan semua guru untuk memotong kek

AZIAN (UCAPAN GURU YG DIRAIKAN)

Hadirin sekalian,

Malam hari berlagu unggas


Memecah sunyi di dalam hutan
Walaupun terpisah tempat dan tugas
Budi kalian dalam ingatan

Bukan senang menampi selasih


Selasih sudah bercampur arang
Bukan mudah bercerai kasih
Kerana kasih bercampur saying

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari guru – guru yang diraikan, maka dengan itu majlis
mempersilakan Puan Wan Norasmah Binti Wan MAhadzir bagi menyampaikan ucapan beliau.

5
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Wan Norasmah Binti Wan Mahadzir atas
ucapan itu tadi.

(UMAR)

Seterusnya dipersilakan Pn Siti Jamilah Binti Bosarah untuk menyampaikan ucapan beliau.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Siti Jamilah Binti Bosarah atas ucapan itu
tadi.

(AZIAN)
Seterusnya dipersilakan Pn Faridah Bee Bt MM Abdul Rahman untuk menyampaikan ucapan
beliau.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Pn Faridah Bee Bt MM Abdul Rahman atas
ucapan itu tadi.

(UMAR)

Seterusnya dipersilakan Pn Dzaizatul Shikin Binti Madrahim untuk menyampaikan ucapan


beliau.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Pn Dzaizatul Shikin Binti Madrahim atas ucapan
itu tadi.

(AZIAN)

Tuai padi antara masak,


Esok jangan layu-layuan,
Intailah kami sementara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Batang selasih permainan budak,


Mari ditambat di hujung titi,
Bercerai kasih bukannya talak,
Kerana tamat tempoh berbakti.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan cenderamata kepada guru guru yang diraikan

6
Dipersilakan Puan Sivalatta a/p Thangavelu untuk mengiringi Encik Ravi Chandran bagi
menyempurnakan majlis penyampaian hadiah..

Dipersilakan
Puan Wan Norasmah Binti Wan Mahadzir

Dipersilakan
Pn Siti Jamilah Binti Bosarah

Dipersilakan
Pn Faridah Bee Bt MM Abdul Rahman

Dipersilakan
Pn Dzaizatul Shikin Binti Madrahim

7
(UMAR)
Hadirin sekalian, bagi penutup acara majlis ingin mempersilakan Saudari Noor Iman Insyirah
binti Mohd Fadil dan Saudari Yeo Rou Ying dari tingkatan 6 SJI bagi menyampaikan deklamasi
sajak beliau yang bertajuk.. dipersilakan,

Terima kasih di ucapkan kepada saudari

Hadirin yang dihormati sekalian,

Demikianlah tadi selesai sudah majlis perasmian sambutan hari guru. Seterusnya saya serahkan
majlis ini kepada guru yang bertugas untuk pengumuman yang berikutnya.

Kalau ada jarum yang patah,


Jangan disimpan di bawah saji,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan dikutuk diumpat keji.

Pohon kuini dahannya patah,


Di situ tempat bermain kenari,
Sampai di sini kata bernoktah,
Izinkan saya mengundur diri.

Sekian, wassalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai