Anda di halaman 1dari 6

TEKS UCAPAN SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SK SERI

NILAM

Bismilllahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum…

Yang dihormati Tuan Guru Besar (Tuan Haji Ahmad Fuad bin Ahmad), Guru
Penolong Kanan 1 ( PN Azizah binti Salleh), GPK Hal Ehwal Murid (En
Sengkuthavan A/L Manikam), GPK Ko-kurikulum (Pn Azhrani binti Daud, GPK PPKI
(Pn Nor Laila binti Samad), barisan guru-guru, pembantu-pembantu murid
seterusnya ,urid-murid yang dirahmati Allah hendaknya.

Hari ini menanam jagung,

Di bawa ke Perlis bersama peria,

Hari ini kita berkampung,

Meraikan Majlis Hari Kanak-kanak penuh ceria.

Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama menadah
tangan penuh kehambaan kepadaNya

Untuk itu, majlis menjemput Ustz Faizal Norzain untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan..

Amin, amin Ya Rabbal ‘Alamin. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Faizal
Norzain atas bacaan doa sebentar tadi.

Seterusnya, majlis berbesar hati menjemput Nir Arissa Zulaikha binti Muhammad
Rizal untuk menyampaikan ucapan wakil murid.

Dipersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada Adik Arissa Zulaikha di atas ucapannya sebentar
tadi..
Seterusnya, majlis berbesar hati mempersilakan Yang Berusaha Encik
Sengkuttavan A/L Maniam, GPK HEM untuk menyampaikan ucapan perasmian.
Dengan segala hormatnya mempersilakan.

Buah longan beli sekati,

Buat makan di atas jambatan,

Pesanmu cikgu kami ingati,

Jadi azimat dalam ingatan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Encik Sengkuttavan. Semoga kita
dapat mengambil iktibar.

Sekarang tibalah acara yang dinanti-nantikan iaitu persembahan daripada murid-


murid.

Acara perta kita dimulakan dengan persembahan murid-murid PPKI dengan


persembahannya Permainan Perkusi Bermelodi.

Wah, menarik sungguh persembahan mereka. Tahniah kepada guru-guru


pembimbing atas persembahan yang mengasyikkan.

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan persembahan murid-murid pra sekolah


pula dengan persembahan Jawa Temporary. Dipersilakan..

Begitulah cilik dan bergayanya adik-adik pra sekolah membuat persembahan.


Semoga siding hadirin terhibur..

Sambutan kanak-kanak pada hari ini diteruskan dengan Penyampaian Sijil Ketua
Kelas/ Penolong Ketua Kelas dan Kehadirin Penuh 2014.

Untuk itu, majlis menjemput Cikgu Adnan untuk menyampaikan sijil. Majlis dengan
ini mempersilakan..
Murid-murid mahukan persembahan lagi?

Ok, persembahan seterusnya adalah persembahan murid tahun 1 iaitu


persembahan Joget.

Begitulah menariknya persembahan murid-murid tahun 1. Terima kasih diucapkan.

Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid tahun 2 untuk membuat


persembahan mereka iaitu Tarian Endang. Dipersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid tahun 2 di atas tarian merka yang
sungguh mengasyikkan. Berikan tepukan yang gemuruh kepada mereka sekali lagi.

Acara kita diteruskan dengan penyampaian Sijil Pengawas Sekolah/ Pengawas


Pusat Sumber da Pengawas SPBT sesi 2014.

Untuk itu majlis menjemput GPK PPKI Puan Nor Laila untuk menyampaikan sijil.

Terima kasih dan tahniah diucapkan.

Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid dari tahun 3 . Tajuk persembahan


mereka ialah Tarian Zapin. Dipersilakan..

Begitulah bergayanya adik-adik tahun 3 membuat persembahan. Semoga sidang


hadirin terhibur.

Seterusnya, majlis mempersilakan murid tahun 4 untuk membuat persembahan


mereka iaitu Berbalas Pantun. Dipersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid tahun 4 di atas persembahan mereka


sebentar tadi.
Seterusnya murid-murid kita akan mengadakan Sambutan Hari Jadi murid-murid.
Untuk itu, cikgu menjemput cikgu Noor Syazleen untuk mengetuai acara ini.
Dipersilakan..

Majlis diteruskan dengan mempersilakan murid-murid tahun 5. Tajuk persembahan


mereka ialah Horey-horey Dikir Puteri.

Begitulah menariknya persembahan yang ditunjukkan oleh mereka. Terima kasih


diucapkan.

Sekarang murid-murid, majlis kita diteruskan penyampaian Anugerah Tokoh Murid


Lelaki dan Perempuan serta Anugerah Tokoh Ko Kurikulum 2014.

Untuk itu majlis mempersilakan GBK Hem untuk menyampaikan anugerah ini.

Tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah Tokoh Murid Lelaki dan Perempuan
serta Tokoh Ko Kurikulum 2014 sebentar tadi. Semoga kejayaan murid-murid ini
boleh menjadi contoh dan inspirasi kepada semua murid untuk terus Berjaya dalam
segala bidang yang kita ceburi. InsyaAllah.

Seterusnya adlah persembahan daripada kakak dan abang kita yang akan
meninggalkan sekolah kita tidak lama lagi iaitu persembahan murid tahun 6.

Wah, hebat sungguh persembahan mereka ya. Semoga kita semua terhibur.

Dengan berakhirnya persembahan daripada murid tahun 6 sebentar tadi, maka


berakhirlah sudah acara kita pada hari ini.

Burung kelicap makan padi,

Padi dating dari Medan,

Perut kini sudah berbunyi,

Tibalah masa untuk santapan.


Untuk makluman semua murid, sebentar lagi kamu akan diraikan dengan jamuan di
kelas masing-masing. SELAMAT HARI KANAK-KANAK SEDUNIA.

Jumpa lagi pada tahun hadapan, InsyaAllah.

Ribuan kemaafan cikgu pohon andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan
majlis ini.

Sekian sahaja. Salam hormat, wabillahit Taufiq Walhidayah Wasalamu’alaikum wa


Rahmatullahi wa Barakatuh.

Bil Teks

Bismilllahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum…

Yang dihormati Tuan Guru Besar (Tuan Haji Ahmad Fuad bin
Ahmad), Guru Penolong Kanan 1 ( PN Azizah binti Salleh),
GPK Hal Ehwal Murid (En Sengkuthavan A/L Manikam), GPK
Ko-kurikulum (Pn Azhrani binti Daud, GPK PPKI (Pn Nor
Laila binti Samad), barisan guru-guru, pembantu-pembantu
murid seterusnya ,urid-murid yang dirahmati Allah
hendaknya.

Hari ini menanam jagung,


Di bawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan Majlis Hari Kanak-kanak penuh ceria.

Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita


bersama-sama menadah tangan penuh kehambaan
kepadaNya

Untuk itu, majlis menjemput Ustz Faizal Norzain untuk


memimpin bacaan doa. Dipersilakan..
Amin, amin Ya Rabbal ‘Alamin. Terima kasih diucapkan
kepada Ustaz Faizal Norzain atas bacaan doa sebentar tadi.

Kita teruskan majlis kita dengan Nyanyian 3 buah lagu.

Lagu Negaraku

Lagu Sabah Tanah Airku

Lagu Sekolah

Semua hadirin diminta berdri…..

Seterusnya, majlis berbesar hati mempersilakan Yang


Berusaha Encik Sengkuttavan A/L Maniam, GPK HEM untuk
menyampaikan ucapan perasmian. Dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Buah longan beli sekati,


Buat makan di atas jambatan,
Pesanmu cikgu kami ingati,
Jadi azimat dalam ingatan.

Anda mungkin juga menyukai