Anda di halaman 1dari 5

SKRIP JURUACARA MAJLIS HARI KECEMERLANGAN PENDIDIKAN 2013 SEKOLAH KEBANGSAAN TEBING TEMBAH,PAKA,TERENGGANU.

MASA 8.00 pagi

TEKS Selamat pagi dan salam sejahtera . Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke majlis HKP SKTT 2012 . Untuk makluman tuan dan puan, majlis akan bermula sebentar lagi. Dijemput tuantuan dan puan-puan mengambil tempat. Majlis juga memohon kerjasama daripada hadirin sekalian untuk meletakkan telefon bimbit anda dalam mod senyap sebaik sahaja ketibaan tetamu jemputan iaitu PPD Dungun. Sekali lagi, dijemput semua utk mengambil tempat bagi melancarkan lagi majlis ini. Dan mohon kerjasama dari semua hadirin untuk sama-sama berdiri sebaik sahaja ketibaan perasmi sebagai tanda aluan. Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Encik. , . Pegawai Pelajaran Daerah Dungun. Majlis dengan sukacitanya menjemput para hadirin sekalian untuk berdiri bagi menghormati nyanyian lagu Negaraku. Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian tadi. Hadirin dipersilakan duduk. Daun layu di tengah gurun, Nampak jalur pohon cemara; Tradisi Melayu turun temurun, Pantun ditutur pembuka bicara. Hari ini menugal jagung, Hari esok memetik peria; Hari ini kita berkampung, Meraikan majlis penuh ceria. Yang Berusaha En Awang Bin Ibrahim Pegawai Pelajaran Daerah Dungun Yang Berusaha Pn Hajah Myshithah bt Mohamad Ali Guru Besar SK Tebing Tembah Yang Dihormati En .Muhammad Idris Bin Muda, Yang Dipertua PIBG SKTT Yang Berusaha Pn Hajah Salbiah Bt Saad, Guru Penolong Kanan 1, Pn. Anidah Bt Omar, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En Azman B Abdullah Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Guru-guru SKTT, ibu bapa,murid-murid yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum, salam sejahtera, dan salam 1Malaysia. Sebelum kita meneruskan acara pada pagi ini, izinkan saya bagi pihak jawatankuasa majlis, membingkiskan ucapan selamat datang dan setinggitinggi penghargaan atas sudinya tuan-tuan dan puan-puan datang ke majlis Hari Kecemerlangan Pedidikan SK Tebing Tembah SESI 2012. Kalau pergi Tanjung Keramat, Anak manis jangan diangkat; Bersama kita memohon rahmat, Moga majlis mendapat berkat. Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dijemput Ustaz Hussin B Yusof untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Hadirin sekalian, untuk tidak melengahkan masa lagi, majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn Hajah Myshithah bt Mohamad Ali Guru Besar SK Tebing Tembah, untuk mengungkap bicara sepatah dua kata aluan. Majlis mempersilakan.

CATATAN Persediaan dan ketibaan murid dan ibubapa

Ketibaan Nyanyian lagu Negaraku

Protokol

Bacaan doa

Ucapan Guru Besar

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Hajah Myshithah atas ucapan alu-aluannya sebentar tadi. Terbang di awan burung jentayu, Di atas papan batang jerami; Tampillah tuan kami merayu, Bersama ucapan kata perasmi. Bagi menyempurnakan upacara kita pada pagi yang berbahagia ini, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Encik .., wakil Pegawai Pelajaran Daerah Dungun untuk menyampaikan ucapan beliau seterusnya merasmikan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah SKTT Sesi 2012. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan atas ucapan perasmPPD itu tadi. Dengan itu, maka rasmilah sudah Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah SK Tebing Tembah 2012. Ucapan sudah perasmian pun sudah, Hanya tunggu penyampaian sijil dan hadiah. Sebelum majlis diteruskan, sama-samalah kita saksikan persembahan nasyid daripada murid Pra Sekolah SKTT Erti Al fatihah. Dipersilakan. Demikian persembahan aripada murid cilik Pra sekolah. Melati kuntum berhias rotan, Tumbuh melata di tepi kali, Anugerah cemerlang kita teruskan lagi , pelajar bertuah kita hargai. Kita teruskan majlis dengan Penyampaian Hadiah/Sijil kepada penerima. Majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, Encik ., diiringi Puan hajah Myshithah Bt Mohamad Ali, untuk menyampaikan sijil dan hadiah. Majlis mempersilakan. 1-Anugerah Kedudukan Terbaik Dalam kelas (Rujuk Lampiran) Bagi Tahun1-6, Tempat Ketiga... Tempat Kedua Tempat Pertama 2-Graduasi Pra sekolah 3-Kedudukan terbaik KAFA 4-Kedudukan terbaik LINUS 5-terbaik PROTIM 6-Terbaik program NILAM Begitulah tadi sempurnanya penyampaian sijil dan hadiah kepada semua penerima. Terima kasih diucapkan kepada Tuan PPD Dungun kerana sudi menyampaikan sijil. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima. Sebelum kita meneruskan acara, majlis diserikan lagi dengan persembahan tarian Tradisiona Tualang Tiga daripada Kelab tarian SKTT. Dengan sukacitanya, dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada pelajar-pelajar SKTT atas persembahan yang penuh gemalai itu tadi. Pergi sekolah seawal pagi, Melintas jalan berhati-hati; Penyampaian Anugerah diteruskan lagi, Penerima-penerima sabar menanti. Penyampaian Hadiah/Sijil Persembahan pertama Ucapan Perasmian

Persembahan Kedua

Acara seterusnya ialah Penyampaian kehadiranpenuh dan anugerah terbaik mata pelajaran. Untuk itu, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Hajah Salbiah Bt Saad, diiringi Puan Anidah bt Omar, untuk menyampaikan sijil dan hadiah. Majlis mempersilakan.

Rujuk lampiran..

Penyampaian Kehadiran Penuh/ Terbaik Mata Pelajaran

Demikianlah, penyampaian hadiah dan sijil terbaik Mata pelajarandan kehadiran penuh. Terima kasih diucapkan kepada Puan salbiah erana sudi menyampaikan sijil serta hadiah kepada para penerima. Syabas dan tahniah diucapkan. Hadirin yang dikasihi sekalian, kita berhenti seketika untuk memberi laluan kepada persembahan tarian KolekBerkolekjuga daripada kelab tarian SKTT. Dengan sukacitanya, dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada KTSKTT atas persembahan menarik itu tadi. Berkebaya batik berwarna merah, Diserikan dengan permata berlian; Tibalah masa penyampaian anugerah, Penerima teruja menunggu giliran. Tuan-tuan dan puan-puan, sesungguhnya sekolah bukan sahaja tempat melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan tetapi juga merupakan wadah menggilap bakat dan potensi diri anak-anak agar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan juga sahsiah agar mampu menerajui negara kita pada masa akan datang. Tanpa melengahkan masa lagi, kita teruskan dengan acara. Untuk itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha, Tuan PPD Dungun diiringi PuanGuru Besar ke pentas. Dengan sukacitanya, dipersilakan. Untuk makluman para hadirin, penerima-penerima anugerah merupakan pelajar-pelajar yang aktif dan cemerlang dalam penglibatan kurikulum, kokurikulum serta banyak menyumbangkan usaha dan tenaga dalam kelab atau persatuan masing-masing. RujukLampiran(Biodata Tokoh) Murid Mewakili MSSD Dungun 1-M.Rizuan b Mohd Zain-ragbi dan bolaTampar,lompat jauh,olahraga 2-Mohd ZulhilmiB Zaki-ragbi dan bola tampar 3-Fakrullah Irfan B mohd asrul-mewakili daerah Dungun ke pertandingan Bercerita Kisah Al-Quran Tokoh Akademik 2012 Nur Asyilah Bt Awang Ngah-terbaik BMPenulisan Sains dan pendidikan Islam Ikut nasihat cikgu saumi Rajin menelaah tanpa berlengah Murid pintar yang kita kagumi Adiknuarasyilah Bt awang Ngah Tokoh kokurikulum 2012 -M Rizuan b Mohd Zain murid yang aktif dalambidang Penyampaian Hadih/Sijil Murid Mewakili MSSD Dungun Tokoh Akademik 2012 Tokoh kokurikulum 2012 Tokoh Akademik2012 Tokoh sahsiah 2012 Tokoh Terbilang 2012 Persembahan Ketiga

kokurikulum.. Tokoh sahsiah 2012 Farah Wahida Bt Abdul Halim-sentiasa tersenyum,ringan tulang dan sentiasa membantu guru pada setiap masa.Contoh murid Tokoh Terbilang 2012 Nursyazawardah Bt ahmadZamzuri Puteri En Ahmad Zamzuri b harun danPuan ini dilahirkan di Hospital BesarDungun pada.. Seorang yang sangat aktif dalamkegiatan kokurikulum.Dianugerahkan Olahragawati SKTT 2012-olahraga Aktif dalam koakademik johan bercerita Karival BM PKG Paka.Bercerita agamaTahap

Demikianlah, penyampaian hadiah dan sijil dalam Bidang Akademik kepada para pelajar. Terima kasih diucapkan kepada Puan Hajah Myshithah Bt Mohamad dan Encik.kerana sudi menyampaikan sijil serta hadiah kepada para penerima. Dengan itu, majlis mempersilakan Puan hajah Myshithah Bt Mohamad Ali iiringi Puan Hajah Salbiah Bt Saad, untuk menyampaikan sekalung penghargaan berupa cenderamata kepada Encik.. Terimalah tanda terima kasih daripada kami, warga SK Tebing Tembah, atas kesudian Yang Berusaha untuk hadir bersama-sama meraikan majlis gilang gemilang ini. Demikianlah berakhirnya penyampaian anugerah sijil dan hadiah kepada pelajar yang telah menunjukkan usaha cemerlang dalam bidang masingmasing. Semoga hari ini menjadi dorongan dan sokongan kepada pelajarpelajar untuk mengejar, meningkatkan, serta mengekalkan prestasi yang cemerlang. Sebagaipersembahanpeutupsamasamakita saksikanpersembahan dikirbarat puteri daripada murid-murid Tahun 6 Terimakasih atas persembahan rancakpenuh bersemangat itu tadi. Hadirin sekalian, Hari Kecemerlangan Pendidikan SK Tebing Tembah Sesi 2012 telah pun sampai ke penghujungnya. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya sampaikan kepada semua warga kerja yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Bagi pihak Ahli Jawatankuasa Pengelola dan seluruh warga SK Tebing, saya me Tembah menyusun jari sepuluh, memohon kemaafan jika terdapat sebarang kesilapan dan keterlanjuran kata sepanjang majlis ini berlangsung. Penutup Persembahan Dikir Barat Cenderamata

Majlis turut merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua hadirin yang sudi melapangkan masa untuk hadir memeriahkan majlis ini. Sebelum kita bersurai, tirai Hari Kecemerlangan Pendidikan Sesi 2012 ditutup dengan beberapa rangkap pantun. Subur padi Allah kurnia, Hidup mula di dalam air, Sudah menjadi lumrah dunia, Setiap yang bermula akan berakhir. Bunga seroja di atas para , Jatuh ditimpa buah berangan, Andai kata tersilap bicara, Kemaafan jua kami pohonkan. Dari simpang ke jaya bakti, Singgah membeli perencah kari, Selesai sudah tugas diberi, Di lain masa bersua lagi. Wabillahi taufik walhidayah wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

12.00 tghari

Majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai