Anda di halaman 1dari 6

Perasmian Bulan Kemerdekaan

22 Ogos 2022
10.30 PAGI
10.30 a.m Murid berkumpul di dewan
Mohon Perhatian

Bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar, hadirin


diingatkan agar mematikan atau memastikan telefon bimbit
berada dalam pengaturcaraan senyap.

Apabila diumumkan ketibaan tetamu jemputan


 masuk ke dalam dewan, para hadirin diminta untuk berdiri.

Kerjasama daripada para hadirin amatlah dihargai.

10.35 a.m Mengumumkan ketibaan

Ketibaan En Saifol Bahri Bin Mohammad Shamlan


tetamu Yang Dipertua PIBG SK Damansara Jaya (1)

Diiringi barisan pentadbir SK Damansara Jaya (1) masuk ke


dalam dewan.

10.40 a.m. Hadirin diminta agar terus berdiri / untuk bersama-sama


menyanyikan / lagu Negaraku.
Lagu
Negaraku ………………………..“Nyanyian Negaraku"

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih,


hadirin dipersilakan duduk.

Bismillahirrahmannirrahim
10.45 a.m.
Ceria wajah terserlah manis,
Ucapan aluan Hati berkobar semangat dibawa,
pengerusi majlis Sambutan merdeka penyeri majlis,
Sematkan gagah di dalam jiwa

Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera dan selamat datang ke
Majlis Perasmian Pelancaran Sambutan Bulan
Kemerdekaan Tahun 2022
SK DAMANSARA JAYA 1

Yang dihormati
Salutasi En Saifol Bahri Bin Mohammad Shamlan
Yang Dipertua PIBG SK Damansara Jaya (1)
Yang Berusaha
En Mohd Johari bin Mohamed Sahar
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Damansara Jaya (1)

Yang Dihormati
En. Mohd Sabri Bin Hashim
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
SK Damansara Jaya (1)

Pn. Nur Mazlina binti Majnun


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK Damansara Jaya (1)

Puan Suriani binti Husin


Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK Damansara Jaya (1)

Pn. Siti Nor Mahani binti Othman


Guru Penolong Kanan PPKI
SK Damansara Jaya (1)

Ahli jawatankuasa penyelaras Majlis Pelancaran Bulan


Kemerdekaan,
Guru-guru
seterusnya murid-murid yang dikasihi.

Ucapan Aluan Hadirin yang dihormati,


Pengerusi Majlis
Sambutan kemerdekaan pada kali ini diadakan sebagai
tanda semua guru dan anak didik di sekolah ini bersama-
sama melangkah seiring memegang iltizam menjadi
warganegara yang patriotik. Dengan tema, ‘Keluarga
Malaysia Teguh Bersama’ secara rasminya menunjukkan
Malaysia akan meraikan sambutan kemerdekaan ke-65 
sekaligus menjadi lambang kesepaduan rakyat berbilang
bangsa yang hidup dalam keadaan harmoni dan Muhibbah
sebagai sebuah keluarga. Semuanya berada di bawah satu
lembayung / kepimpinan tanpa mengira bangsa dan agama
untuk mengecapi pembangunan, kecemerlangan dan
kemakmuran secara berterusan.

10.55 a.m. Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat;
Bacaan Doa Angkat tangan jari sepuluh;
Doa dipohon biar selamat

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi menjunjung keberkatan dalam majlis, marilah sama-


sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin
oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Farhan bin Rosli. Dipersilakan.
-selesai doa-

Amin Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan


ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
11.00 a.m.
Majlis pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan aluan / oleh
Ucapan aluan GB En Mohd Johari bin Mohamed Sahar
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Damansara Jaya (1),
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Tuan Guru Besar atas ucapan yang disampaikan sebentar
tadi.

11.10 a.m. Hadirin yang dihormati,

Ucapan Perasmian Jangan tertawan alpa duniawi,


YDP PIBG Hanya indah serupa mimpi;
Duhai pahlawan kesatria pertiwi,
Hulurkan madah kata perasmi

Kini tibalah masanya yang kita tunggu dan nantikan iaitu


ucapan Perasmian Pelancaran Sambutan Bulan
Kemerdekaan tahun 2022.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


Yang Dihormati En Saifol Bahri Bin Mohammad Shamlan
Yang Dipertua PIBG SK Damansara Jaya (1),
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis pada
pagi ini.
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan yang


telah disampaikan.

11.20 a.m. *Gimik*


Kini majlis menjemput guru-guru praktikum untuk mengetuai
Gimik nyanyian Lagu Tema Hari Merdeka 2022. Dipersilakan,
Nyanyian lagu Guru
Praktikum

Cik Nur Amira Syazwani


Cik Nur Amalin Farisha
Cik Siti Hajar
Dan Cik Aidil Nadhira

Dipersilakan,

-Nyanyian tamat –

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas nyanyian


lagu KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA

Majlis seterusnya menjemput En Mohd Johari bin Mohamed


11.25 a.m. Sahar
Penyerahan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Damansara Jaya (1)
Bendera Diiringi Puan Suriani binti Husin
Untuk menerima bendera sempena pelancaran Kempen
Kibar Bendera sepanjang bulan Ogos sehingga 16
September 2022.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik


Mohamad Johari bin Mohamed Sahar.

11. 40 a.m.
Silat Kelat bukan sebarang kelat,
Kelat mengkudu ada khasiatnya;
Silat bukan sebarang silat,
Silat Melayu kaya falsafahnya

Dengan itu terimalah persembahan silat daripada


murid-murid Tahun 5 dan 6 SK Damansara Jaya 1. Majlis
dengan sukacitanya mempersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas


persembahan itu tadi.

Untuk makluman hadirin sekalian,


persembahan silat itu tadi adalah dibawah
bimbingan Pn Tn Norhafizah dan Ustaz Farhan.
11.50 a.m.
Hadirin sekalian,
Sajak Merdeka
Majlis pada pagi ini akan diserikan lagi dengan
persembahan Sajak Merdeka yang bertajuk Sumpah Anak
Merdeka nukilan Serunai Fajar. Sajak ini akan
dideklamasikan oleh adik NUR HANA HUMAIRA BINTI
MOHD FAIZAL dari 3 Kreatif. Untuk makluman para hadirin,
persembahan ini mendapat bimbingan daripada Puan Nor
Hasliza. Untuk itu, Majlis mempersembahkan.

-selesai persembahan-
Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan itu
tadi.

12.00 p.m. Majlis diteruskan lagi dengan Taklimat Program Sepanjang


Bulan Kemerdekaan,
Taklimat Program
Sepanjang Bulan Oleh itu, dijemput Puan Suriani binti Husin selaku Guru
Kemerdekaan Penolong Kanan Kokurikulum untuk menyampaikan
taklimat.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Suriani atas ucapan


sebentar tadi.
12.10 pm Seterusnya, kita akan dihiburkan lagi dengan Nyanyian
Solo yang dibimbing Puan Siti Nur Azlina. Untuk itu, majlis
Nyanyian Solo mempersilakan Adik ATEEQA QAISARA RAISYA BINTI AB
RAHMAN dari 3 Kreatif dengan Nyanyian Lagu Warisan.
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas persembahan


sebentar tadi.
12.20 p.m.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Tarian
Persembahan murid menyusul lagi,
Daripada puteri-puteri bestari,
Dengan penuh gemalai dan seni,
Dalam gerak dan juga tari.

Hadirin yang dihormati, marilah kita berikan tepukan


Kepada kumpulan tarian yang akan
mempersembahkan Tarian Joget Malaysia.
Dipersilakan.

**Habis tarian ***

Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Untuk


makluman hadirin, kumpulan tarian itu tadi adalah dibawah
bimbingan Puan Suriya binti Ahmad dan guru-guru
praktikum.
Penyampaian
saguhati Sebagai tanda penghargaan daripada pihak sekolah,
Majlis dengan ini menjemput En. Mohd Johari bin
Mohamed Sahar Guru Besar SK Damansara Jaya 1
dengan diiringi oleh Puan Suriani binti Husin untuk
menyampaikan cenderahati kepada En Saifol Bahri
sebagai tanda kenang-kenangan daripada pihak sekolah
Dipersilakan.

………penyampaian cenderamata……………

Terima kasih diucapkan En. Mohd Johari bin Mohamed


Sahar dan Puan Suriani binti Husin atas penyampaian
cenderamata itu tadi.

Seterusnya, dijemput Puan Suriani binti Husin untuk


menyampaikan cenderahati kepada Encik Johari bin
Mohamed Sahar,

………penyampaian cenderamata……………

Majlis mengucapakan terima kasih atas penyampaian


cenderahati itu tadi.

12.30 pm
MAJLIS BERSURAI Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Berakhirlah sudah majlis perasmian pada pagi ini. Walau


bagaimanapun program yang dijalankan akan diteruskan
sehingga 16 September.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah


menjayakan dan hadir ke program ini dan majlis di akhiri
dengan dua rangkap pantun :

Di atas dahan pohon tempua


Melihat rusa tepi perigi
Salam perpisahan untuk semua
Di lain masa bersua lagi

Bunga seroja di atas cemara


Jatuh sekuntum di atas para
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua yang kami pinta

Sekian terima kasih. Assalamualaikum warahmatullah w.b.t

Anda mungkin juga menyukai