Anda di halaman 1dari 4

Teks Pengacara Majlis

MAJLIS PELANCARAN MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN


DADAH (PPDa) SK METHODIST 2019

Para murid yang dikasihi,


Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu diminta semua untuk senyap dan tumpukan perhatian
kepada majlis yang akan berlangsung

PEMBACA SKRIP ATURAN


MAJLIS
Pengumuman: Murid berdiri

1. Minta semua murid berdiri dan luruskan barisan.

 Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia En.Rosman bin Ishak Nyanyian


Penyelia Pembangunan PPD Mualim , diiringi oleh Yang Berusaha Lagu
Puan Zaleha bt Ahmad Guru Besar SK Methodist serta barisan
pentadbir sekolah. Negaraku
Lagu Negeri
 Majlis pada pagi ini dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Perak
Lagu Negeri Perak.

 Para hadirin diminta berdiri tegak untuk bersama-sama menyanyikan


lagu.

Hadirin sekalian dipersilakan untuk duduk.

UCAPAN
Ke Pekan Kuala membeli bingka, ALU-ALUAN
Burung merba di pohon cemara,
Majlis bermula tirai dibuka,
Assalamualaikum pembuka bicara

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera

 Yang Berbahagia,
En.Rosman bin Ishak Penyelia Pembangunan PPD Mualim,

 Yang Berusaha,
Puan Zaleha bt Ahmad Guru Besar SK Methodist

 Yang Dihormati,
Tn Hj Taquddin bin Abdul Mukti, Yang Dipertua PIBG SK Methodist,
En Moghana Selvam a/l Nadarajah, Naib Pengerusi Lembaga Pengurus
Sekolah,

 Barisan kepimpinan pentadbir sekolah ;


Cik Nor Hasimah bt Mat Yusof, Guru Penolong Kanan Pentadbiran.
En Sahariddun bin Abdul Rani. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
En Irwan Alfarid bin Zainol, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
 Rakan-rakan guru , serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

 Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Rahmat Pencipta kerana di atas


limpah dan kurnia-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul pada
pagi ini bagi menghadiri perhimpunan rasmi serta Sambutan
Pelancaran Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat
Sekolah, SK Methodist

Bacaan Doa
Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati majlis kita yang penuh bermakna pada hari ini, marilah
kita sama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh Al Fadil Uztaz Mohd Shahili bin Md Saman. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

Amin amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada Al Fadil Uztaz Mohd Shahili bin Md Saman atas bacaan doa
itu tadi.

Ucapan GB
Sudilah puan jalan berlapan,
Jalan berlapan di malam kelam,
Sudilah puan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan segala hormatnya


menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Puan Zaleha bt Ahmad Guru
Besar SK Methodist untuk menyampaikan ucapan alu-aluan
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

------ Ucapan GB ------

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan


Guru Besar atas ucapan itu tadi.

Kalau tuan pikat kenari, Ucapan VIP


Jangan patahkan batang jerami; dan Rasmi
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.
Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan En.Rosman bin Ishak
Penyelia Pembangunan PPD Mualim, untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Minggu dengan segala hormatnya mempersilakan.

**** Ucapan ****

Seterusnya majlis mempersilakan Puan Zaleha bt Ahmad Guru Besar SK Gimik


Methodist mengiringi Sarjan Abu Faiq bin Hamdan,untuk menyusun puzzle Perasmian
sebagai tanda merasmikan majlis.
Susun puzzle
Dipersilakan Komputer

Seterusnya majlis mempersilakan Tn Hj Taquddin bin Abdul Mukti, Yang


Dipertua PIBG SK Methodist dan En Moghana Selvam a/l Nadarajah, Naib
Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah,mengiringi Sarjan Abu Faiq bin
Hamdan,untuk menarik tirai sebagai tanda melancarkan Papan Kenyataan Tarik Tirai-
PPS. Papan
Kenyataan
Dipersilakan

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sarjan Abu Faiq bin
Hamdan kerana memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis
Pemuafakatan KPM dan PDRM : Program Jom Ke Sekolah dan Pelancaran
Papan Kenyataan PPS Serta Program Ziarah Cakna SK Methodist 2019.

Sebagai tanda terima kasih, majlis menjemput Puan Zaleha bt Ahmad untuk Penyampaian
menyampaikan cenderahati kepada Sarjan Abu Faiq bin Hamdan dan tetamu Cenderahati
jemputan..

Majlis menjemput Sarjan Abu Faiq bin Hamdan untuk menerima


cenderahati daripada pihak sekolah.

Seterusnya majlis menjemput Tn Hj Taquddin bin Abdul Mukti

En Moghana Selvam a/l Nadarajah,

 Terima kasih diucapkan kepada Puan Zaleha bt Ahmad .

Penutup

 Dengan berakhirnya pemberian cenderahati sebentar tadi, maka


majlis sudah sampai kepenghujungnya

Bunga melur di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Saya juga selaku pengerusi majlis memohon ribuan kemaafan andai ada
salah dan silap sepanjang saya mengacarakan majlis ini.

Dengan itu majlis disudahi dengan wabillah……wassalamualaikum……


dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai