Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS SUMBANGAN TABUNG IHYA’

RAMADHAN UNTUK ANAK YATIM DAN ASNAF 2022


( 27 APRIL 2022 )

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.
Yang Berusaha Puan Rusmini binti Meli, Guru Besar SK Pusat, Kemaman,
Yang Mulia, Syed Amran bin Tuan Padan, Penolong Kanan Pentadbiran
Encik Zaharuddin bin Ibrahim, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang Mulia, Syed Mohd Syaharzi bin Syed Alwi, Penolong Kanan Pentadbiran,
Puan Hasliza binti Hashim, Penolong Kanan Pendidikan Khas,
Yang dihormati, Encik Abdul Mu’min bin Arifin, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
Kemaman,(Pegawai Perhubungan Sekolah),
Yang Berusaha, Ustaz Muhammad Faizal bin Isa, Penyelaras Program Ihya’ Ramadhan
Yang Dihormati barisan urus setia Program Ihya’ Ramadhan,
Seterusnya, guru-guru,serta murid-murid yang dihormati sekalian.

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapat kita sama-sama berkumpul pada
ALUAN MC
pagi ini bagi menjayakan MAJLIS SUMBANGAN TABUNG IHYA’ RAMADHAN
UNTUK ANAK YATIM DAN ASNAF 2022. Jutaan terima kasih kepada tuan-tuan dan
puan-puan yang sanggup berkorban masa bagi menjayakan majlis ini.

Agenda menyantuni anak yatim dan asnaf ini merupakan kegiatan sosial yang patut
dilestarikan tambahan lagi di dalam bulan Ramadhan ini, di mana pahala yang dijanjikan
akan dilipatgandakan..

Untuk pengetahuan Encik Abdul Mukmin, sumbangan tabung ihya’ ramadhan adalah
merupakan antara salah satu aktiviti Program Ihya’ Ramadhan yang telah berlangsung sejak
awal Ramadhan yang lalu. Tabung kutipan ini telah digerakkan sepanjang bulan Ramadhan.

Oleh itu, marilah sama-sama kita memberikan tepukan yang paling gemuruh kepada semua
warga SK Pusat Kemaman yang telah bertungkus lumus selama 4 minggu bagi menjayakan
usaha murni ini.
BACAAN DOA
Hadirin sekalian,

Bunga mawar cantik tersemat,


Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon rahmat,
Moga majlis sentiasa diberkati.

Seterusnya, bagi memohon keberkatkan majlis pada pagi ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz
Dipersilakan.

( Selepas Bacaan Doa )


Amin Amin Ya Rabbil Al Amin

Majlis merakamkan ribuan Terima kasih kepada


di atas bacaan doa sebentar tadi.
Hadirin sekalian,

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,
UCAPAN
PENYELARAS Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.
PROGRAM
IHYA’
RAMADHAN Tirai ucapan pada hari ini dimulakan dengan ucapan Ustaz Muhammad Faizal bin Isa,
selaku penyelaras Program Ihya’ Ramadhan. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan al-Fadhil Ustaz Muhammad Faizal bin Isa untuk menyampaikan sepatah
dua kata. Dipersilakan.

Sudilah tuan jalan berlapan,


Jalan berlapan di malam kelam,
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Bagi meneruskan acara, majlis mempersilakan Yang Mulia Syed Amran bin Tuan Padan,
KATA ALUAN Penolong Kanan Pentadbiran SK Pusat Kemaman untuk menyampaikan ucapan aluan.
GB

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

( Selepas Ucapan )

Terima kasih diucapkan kepada Yang Mulia Syed Amran bin Tuan Padan di atas ucapan itu
tadi.

Terbang di awan burung jentayu,


Di atas papan batang jerami,
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi

UCAPAN Kini, tibalah masa untuk kita mendengar amanat dan ucapan yang akan disampaikan oleh
PERASMIAN Encik Abdul Mukmin bin Ariffin,sekaligus merasmikan majlis sumbangan kita pada hari
ini. Dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada encik
Abdul Mukmin bin Ariffin di atas ucapan perasmian itu tadi.semoga segala amanat dan
ucapan itu tadi dapat kita hayati dan ambil tindakan bersama.
PENYAMPAIAN Hadirin sekalian,
SUMBANGAN
Sekarang, tibalah kita ke acara kemuncak, iaitu penyampaian sumbangan kepada anak-anak
yatim dan asnaf.
Oleh itu, dijemput Ustaz Muhammad Faizal bin Isa, penyelaras Program Ihya’ Ramadhan
SK Pusat 2022 bagi mengiringi Encik Abdul Mukmin bin Ariffin bersama barisan penolong
kanan untuk naik ke atas pentas bagi menyempurnakan acara penyampaian sumbangan.
Dipersilakan.

Oleh itu, dipersilakan murid-murid :


Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3
Tahun 4
Tahun 5
Tahun 6

Terima kasih diucapkan kepada Encik Abdul Mukmin dan barisan penolong kanan di atas
penyampaian sumbangan itu tadi. Diminta agar Encik Abdul Mukmin dan barisan penolong
kanan untuk terus kekal berada di atas pentas bagi meneruskan agenda seterusnya.

Diharap agar dengan penyampaian sumbangan yang telah diberikan itu tadi mampu
meringankan beban murid ini serta diharap agar mereka dapat menyambut suasana aidilfitri
dengan lebih meriah.

Hadirin sekalian,
Bagi menghargai kedatangan Encik Abdul Mukmin ke SK Pusat pada hari ini, pihak sekolah
telah menyediakan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan.

Oleh itu, dijemput Yang Mulia Syed Amran bin Tuan Padan, Penolong Kanan Pentadbiran
SK Pusat, Kemaman bagi menyampaikan cenderamata kepada tetamu jemputan kita pada
hari ini, dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Mulia Syed Amran bin Tuan Padan
di atas kesudiaan menyampaikan cenderamata sebentar itu tadi.

Pohon selasih di dalam kolam,


Anak haruan berenang-renang,
Terima kasih kami ucapkan,
Budi tuan jadi kenangan.

Dengan berakhirnya agenda yang terakhir itu tadi, maka selesai sudah majlis sumbangan
tabung ihya’ ramadhan untuk anak yatim dan asnaf Peringkat SK Pusat, Kemaman 2022.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa majlis dan semua warga
dewan atas kesudian untuk sama-sama menjayakan majlis pada pagi ini. Saya juga mewakili
jawatankuasa majlis dengan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada murid-murid,
PENUTUP guru-guru dan orang perseorangan yang telah banyak menyumbang kepada tabung kutipan
ini. Sehingga kita bertemu semula dalam kesempatan yang lain.

Tenang- tenang air di kali,


Tempat mandian putera dan puteri,
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap di maafi.

Sekian sahaja….. saya akhiri dengan lafaz yang mulia Wabillahhitaufikwalhidayah….


wassalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai